Tuesday, August 7, 2012

NiKMaTNYa MiNuM KeTiKa SeDaNG BeRPuaSa..

Malam Sabtu itu, isteri Ramli kurang sihat dan Ramli sekadar berbuka ala kadar.. Pagi Sabtunya pula, Ramli bersahur juga ala kadar.. Seperti orang bujang sahaja rasanya.. Kata orang, hendak merasai bagaimanakah berbuka dan bersahurnya orang yang susah..  

Usai solat Subuh, Ramli mengemas rumah.. Mengemas dan terus mengemas seakan-seakan esok adalah hari raya... Selesai mengemas, Ramli terasa terlalu letih.. Tekaknya kering.. Mungkin terlalu bekerja keras ditambah lagi hanya berbuka dan bersahur dengan sesuatu yang ala kadar..

Ramli merebahkan sebentar badannya di atas tilam... 

Kemudian, Ramli menuju dapur.. Terus minum seteguk air.. Alahai, nikmatnya.. Baru satu teguk. tiba-tiba Ramli teringat bahawa dia sedang berpuasa... Terus Ramli batalkan niat untuk membuat tegukan yang berikutnya.. Dalam hati Ramli berkata, takpelah, terlupa.. Dimaafkan.. Untung jugak dapat minum seteguk.. Nikmat Allah.. (",)

Tapi kan.. Rupanya.... Ramli hanya bermimpi.. Ketika Ramli merebahkan badan itulah, Ramli bermimpi terminum air..  Ramli lihat jam, baru setengah jam dia tertidur.. Namun ajaibnya, badannya sudah kembali bertenaga.. Tekaknya sudah tidak kering.. Bolehlah dikatakan bahawa ia seperti mimpi yang telah menjadi kenyataan... Alhamdulillah.... (",)

---------------------------------

Teka-teki Ramadhan:

Usai Kuliah Subuh Ustaz Harun Din, pagi Ramadhan itu,   Mardhiah siswazah universiti yang sedang bercuti, menunggu ayahnya di kereta..

Mardhiah: Lamanya Mardhiah tunggu ayah.. Ayah buat apa..
Ayah Mardhiah: Ayah beratur untuk bersalaman dengan ustaz..
Mardhiah: Ye lah kan, ayah bolehlah pergi salam.. Mardhiah mana boleh bersalaman dengan ustaz tu..
Ayah Mardhiah: Haa, ayah ada teka-teki, apakah cara yang Mardhiah boleh lakukan, agar Mardhiah boleh bersalaman dengan ustaz tu???

p/s: ce jawab.. ce jawab.. (",) 

Tuesday, July 24, 2012

aPaBiLa MaSJiD KuRaNG MeSRa..

Di sebuah masjid, di bumi Malaysia..

Pakcik Ali yang baru berjinak-jinak ke masjid kelihatan mendatangi masjid dengan baju t-shirt biasa dan seluar slack tanpa mengenakan kopiah..

Pakcik Abu: Ali, cubalah datang masjid pakai baju melayu, pakai kain pelekat dengan kopiah, kan elok sikit..
Pakcik Ali: hmm....
(Beberapa hari kemudian, Pakcik Ali tidak lagi kelihatan datang ke masjid.. Sekarang, salah siapa??)

______________________________

Di sebuah surau, di tempat orang.. 

Ada sekumpulan belia.. Mereka selalu datang ke surau.. Tapi Ramli kesian.. Mereka tidak diberi peluang untuk menjadi bilal apatah lagi menjadi imam.. Walhal Ramli rasa, suara dan bacaan mereka lebih baik dan bertenaga.. 

Jika esok-esok, di surau pakcik, yang ada hanyalah golongan yang sebaya dengan pakcik, saya tahu mana silapnya.. 
______________________________

Johan membawa isteri dan anaknya bertarawikh di sebuah masjid, di dalam sebuah kampung.. 

Pakcik Man: Budak kecik tak boleh bawak datang masjid.. Budak-budak lelaki sekalipun, kalau tak sunat, jangan bawak datang masjid.. Nanti kalau dia kacau orang lain solat, sorang batal solat, satu saf boleh batal.. bla bla bla bla bla.....
Johan: (Senyap.. Mungkin itulah perbuatan yang paling hikmah yang Johan boleh buat.. Sebab jika Johan terus berkata-kata pada ketika itu, takut2 lain jadinya..)
Pakcik Man: Kamu dok kat lorong mana?
Johan: Kat lorong 3..
Pakcik Man: Rumah yang mana?
Johan: Saya menantu Ustaz Kassim.. 
Pakcik Man: (Terus diam..) 
Johan: (Beredar dengan sangkaan yang baik..)

Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...