Wednesday, December 29, 2010

Di SeBaLiK KeRaKuSaN YaHuDi..


Di sebalik kerakusan Yahudi


BANGSA Israel adalah satu cabang daripada keturunan Nabi Ibrahim AS dan dikenali sebagai Yahudi atau Ibrani.

Pada awal alaf ke-2 Sebelum Masehi, sebahagian bangsa itu tinggal di Arabia Barat dan Kanan iaitu sebuah bandar di Palestin.

Namun kebanyakan mereka berhijrah ke Mesir apabila berlaku kebuluran dan kemarau di Palestin yang telah memusnahkan tanaman dan ternakan.

Perpindahan ini berlaku ketika Bani Israel dipimpin oleh Nabi Yaakub dan ia dilakukan atas pelawaan Nabi Yusuf yang menjadi anak angkat Raja Mesir, sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran, surah Yusuf - ayat 12 hingga 93.

Pada awal kedatangan ke Mesir, mereka disambut baik oleh Raja Mesir pada zaman itu, Raja Pharoah.

Apabila bangsa mereka mula berkembang dan produktif dalam ekonomi, Raja Pharoah mulai murka lalu bertindak kejam dengan memaksa mereka menjadi buruh kasar untuk membina piramid dan sebagainya.

Arahan juga dikeluarkan oleh Raja Pharoah supaya mengawasi ibu-ibu yang bakal bersalin dengan membunuh bayi mereka jika yang lahir itu lelaki.

Nabi Musa dilahirkan ketika arahan itu dikeluarkan dan untuk menyelamatkannya, baginda telah dihanyutkan oleh ibunya lalu diselamatkan oleh isteri Raja Mesir dan membesar di dalam istana sebagai anak angkat raja.

Kemudian pada tahun 636 Masehi iaitu di zaman Khulafah al-Rasyidin di bawah pemerintahan Umar al-Khatab, Kota Qudsi di Palestin jatuh ke tangan tentera Muslim.

Antara syarat penyerahan kunci kota Qudsi oleh paderi-paderi Kristian kepada tentera Muslim ialah melarang orang Yahudi masuk kembali ke kota tersebut.

Pada masa penaklukan tersebut, bumi Palestin sunyi tanpa seorang pun Bani Israel menetap di dalamnya.

Ini kerana penduduk asal Arab Palestin menduduki semula tanah air mereka yang telah dirampas oleh Joshua sebelum itu.

Keadaan Bani Israel ketika itu pula bertaburan kerana tidak memiliki negara untuk membina diri dan bangsa mereka.

Oleh itu mereka berusaha mencari negara atau tempat tinggal baru.

Kehidupan mereka ketika itu juga tidak ubah seperti zaman lampau iaitu hidup secara nomad atau berpindah randah.

Inilah yang menimbulkan dendam amat mendalam terhadap setiap manusia yang mempunyai negara.

Justeru hingga ke hari ini, Bani Israel bercita-cita dan berusaha dengan apa sahaja cara termasuk melakukan keganasan dan kezaliman untuk menawan semula Palestin yang mereka anggap sebagai negara yang telah dijanjikan untuk mereka.

Mereka tetap berpegang bahawa mereka adalah bangsa pilihan Tuhan yang mampu melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita membina kerajaan sendiri dan seterusnya mentadbir alam ini.

Pada awal abad ke-20, usaha mereka mendapat sokongan daripada Barat apabila tamat Perang Dunia Pertama pada tahun 1918.

Barat ketika itu memberi bantuan kepada Bani Israel untuk merebut Palestin daripada tangan umat Islam.

Pada tahun 1948, Inggeris dengan rasmi menyerahkan seluruh pemerintahan Palestin ke tangan Yahudi. Bagaimanapun, Bani Israel tidak pernah putus asa malah sentiasa berusaha untuk membalas dendam serta melaksanakan cita-cita mereka untuk menjadikan seluruh Palestin sebagai negara mereka sendiri.

Di samping itu, mereka berusaha merealisasikan apa yang ada di dalam Protokol Zionis.

Hakikatnya, konsep bangsa pilihan tuhan dan keesaan tuhan merupakan dua perkara pokok yang mendasari agama Yahudi.

Keyakinan dan ketaatan bangsa Yahudi kepada dua konsep itu merupakan satu kewajipan.

Pada hari ini, peranannya cukup kuat, pengaruhnya cukup hebat serta tarikannya cukup hangat.

Sebagai umat Islam, seharusnya kita mengetahui dan mendalami dua konsep yang menjadi tulang belakang agama Yahudi terutamanya mengenai konsep bangsa pilihan tuhan yang menjadi penggerak penguasaan Yahudi ke atas dunia hari ini.

Jika kita memerhati kembali sejarah bangsa Yahudi, masyarakatnya yang minoriti, negaranya yang sempit, penjajahan ke atasnya yang berlarutan serta penindasan yang berpanjangan seolah-olah memperlihatkan bahawa bangsa Yahudi tidak mampu lagi bertapak pada hari ini.

Namun keperitan dan kemustahilan pada pandangan kita itulah yang menjadi momentum yang cukup kuat untuk bangsa Yahudi menguasai pelbagai lapangan dunia hari ini.

Apakah rahsia di sebalik kejayaan bangsa Yahudi ini?

Tentulah pegangan yang jitu serta keyakinan yang padu kepada kedua-dua konsep yang telah banyak mencorak setiap tingkah laku dan perancangan Yahudi.

Konsep bangsa pilihan Tuhan boleh ditakrifkan dengan satu keyakinan bangsa Yahudi bahawa merekalah sebenarnya `people of god' yang bertanggungjawab menguasai dunia ini seluruhnya sekali gus meletakkannya di bawah penguasaan bangsa Yahudi.

Bangsa Yahudi mendakwa merekalah yang paling mulia di muka bumi ini.

Ekoran itulah mereka percaya Tuhan memilih bangsa mereka sebagai bangsa pilihan untuk mengetuai bangsa lain di dunia ini.

Antara faktor yang mendorong dan mendokong bangsa Yahudi terus subur di muka bumi ini ialah kelahiran Protokol Pendeta Zionis.

Protokol itu lahir untuk merealisasikan janji Tuhan kepada mereka di samping membuat persediaan bagi mentadbir alam ini sejajar konsep atau kepercayaan yang mereka pegang.

Secara realistiknya, protokol ini membantu Bani Israel mendirikan Kerajaan Yahudi Antarabangsa atau Kingdom of God sebagai bukti dan lambang kewujudan dan identiti mereka sebagai bangsa pilihan Tuhan di dunia ini.

Melalui kerajaan ini, manusia akan tunduk di bawah kekuasaan bangsa Yahudi yang mentadbir alam ini.

Begitu juga yang terdapat dalam protokol ke-14 yang menyatakan apabila terbentuk kerajaan kita (Yahudi) nanti, kita tidak mahu adanya sebarang agama melainkan agama kita.

Justeru sebagai kaum terpilih, nasib kita terikat dengan nasib dunia seluruhnya. Dari itu kita mestilah menghapuskan segala agama lain.

Mereka juga menganggap bangsa lain sebagai Goyem atau Umami atau kafir yang sama taraf dengan binatang yang boleh diperlakukan mengikut kehendak mereka.

Hakikatnya, tabiat semula jadi bangsa itu lebih kepada melakukan kejahatan tanpa menghiraukan perasaan dan budi pekerti, bahkan terus hanyut dengan kekejian.

Ini mendorong mereka menganiaya, menzalimi dan bertindak di luar batasan perikemanusiaan untuk memastikan cita-cita membentuk sebuah negara Israel yang diimpikan tercapai.

PeRHaTiaN!!

PeRHaTiaN!!

ISRA'IL dan YAHUDI adalah dua nama yang amat berbeza. ISRA'IL

adalah Nabi Ya’akub. YAHUDI adalah nama kaum Banu Israi'l

(Kaum Nabi Ya’akub) yang kufur, dikutuk serta dilaknat oleh Allah

SWT and menjadi musuh Islam sepanjang zaman


Penampilan nama ISRA'IL sengaja lebih diketengahkan oleh KAUM YAHUDI

dan diguna-ramai sedunia termasuk negara yang didudukinya juga

dinamakan Negara Isra'il semata-mata kerana

dakyah jahat Yahudi antaranya ialah:-



-Untuk mengaburi mata dunia yang mereka bukan kaum yang dilaknat oleh

Allah SWT.Nama YAHUDI adalah label kekufuran mereka dan dengan

menenggelamkan nama YAHUDI melalui penampilan nama

Isra'il (Banu Israi'l) mereka seolah-olah bukan dari kaum yang dilaknat oleh

Allah SWT. YAHUDI didalam kamus-kamus Bahasa Inggeris bermakna

ISRAELITES (selain daripada Jews)


-Untuk mengaburi mata dunia yang mereka bukan kaum yang zalim

sepertimana apa yang berlaku bumi Palestin dewasa ini kerana

dunia lebih memperkatakan itu perbuatan bangsa

Isra'il (Bukankah ini yang kita semua perkatakan selama ini?)


-Untuk mengaburi mata dunia bahawa Isra'il adalah ganas

dan zalim sepertimana apa berlaku dibumi Palestin dewasa ini

agar dunia khususnya kaum Muslimin membenci kaum Isra'il (Banu

Isra'il)


-Dengan kebencian yang menebal dihati kaum Muslimin kepada

bangsa Isra'il, mereka berharap agar kaum Muslimin membenci

Banu Isra'il (Kaum Nabi Ya’akub), sekali gus membenci atau tidak

percaya Nabi Ya’akub dan nabi-nabi lain terutamanya Nabi Muhammad

SAW dan syariat yang dibawanya. Akhirnya membawa kaum Muslimin

kelembah kekufuran


Perancangan besar dan jangka-panjang kaum YAHUDI antara lainnya adalah :-


-merampas semula tanah Arab (seperti Madina dan Tarbuk) dimana mereka

dakwa sebagai milik/tempat asal mereka sebelum dihalau keluar kerana

kekufuran dan dakyah jahat dizaman Nabi Muhammad SAW. Penaklukkan

bumi Palestin merupakan langkah mula mereka


-melunturkan kepercayaan kaum Muslimin terhadap Nabi Muhammad SAW

dimana mereka enggan mengiktirafnya kerana bukan dari kalangan

mereka. Dan akhirnya mengheret kaum Muslimin kelembah kekufuran, jauh

daripada Al-Quran, Sunnah dan syariat Allah SWT. Yahudi

mendakwa mereka umat yang paling "supreme" dan "the chosen one"

oleh Allah SWT dan pada mereka (kaum Yahudi Laknatallah), bangsa lain

didunia dianggap "gentile" yang boleh diperlakukan sesuka hati mereka

Saturday, December 25, 2010

TaMSiLaN..

Kehidupan dunia adalah seperti satu perjalanan..
Ada manusia baik pada permulaannya, baik juga pada akhirnya..
Ada manusia baik pada permulaannya, tetapi buruk pada akhirnya..
Ada manusia buruk pada permulaannya, buruk juga pada akhirnya..
Ada manusia buruk pada permulaannya, tetapi baik pada akhirnya..

Dakwah dan manusia seperti air yang mengalir..
Jika ia terus mengalir, maka jernihlah airnya..
Jika ia berhenti mengalir dan ia bertakung, lama2 kotorlah air tersebut..

Manusia yg beriman itu seperti daun yang berada pada pohon pokok..
Manusia yg tidak beriman itu seperti daun yang gugur dari pohon pokok..
Yang berada di pohon pokok, pasti mendapat manfaat dari udara, air dan cahaya matahari yang berada di sekelilingnya..
Yang gugur dari pokok, maka tiadalah manfaat yang diperolehi dari udara, air dan cahaya matahari yang berada di sekelilingnya..

Ilmu dan zikir itu seperti lampu yang menerangi jalan..
Ilmu itu adalah jalannya..
Dan zikir itu yang akan menerangi jalan tersebut..

Ilmu masail (hukum hakam) dan ilmu fadhail (kelebihan amal) itu seperti dua roda basikal..
Ilmu masail itu roda hadapan..
Ilmu fadhail itu roda belakang..
Maka roda depan akan menunjukkan jalan.. dan roda belakang akan menggerakkannya (dengan izin Allah).

Ikhlas itu seperti semut hitam, di atas batu hitam dan di malam yang gelap gelita.. hanya Allah Yang Maha Mengetahui..

Tempoh kehidupan akhirat itu seperti bumi yang dipenuhi biji gandum.. Setiap seribu tahun, seekor burung akan membawa pergi sebiji gandum sehinggalah habis kesemua biji gandum tersebut.. Apabila habis, maka akan ditambah lagi.. Hakikatnya, kehidupan akhirat adalah kekal abadi selama-lamanya..


Ada apa-apa lagi untuk ditambah? maaf, banyak yang dah lupa.. (",)

Friday, December 17, 2010

ToLoNGLaH..


Ustazah pesan..kalau nak jadi baik...TOLONGLAH jaga hati.. kalau hati bersih, insyaAllah baik la jadinya..tapi kalau hati problem, yang luaran pun akan problem... hasad dengki, iri hati, suka fitnah orang, suka mengumpat dan lain2, sumer tu masalah dengan hati.....Ingat!! Allah tak tengok pun rupa paras kamu, tapi Allah tgk hati2 kamu... (",)



Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan
jari-jari baginda. (Riwayat Muslim)


“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”




Jadi.. Kuatkanlah hati kamu ye...

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, December 9, 2010

PeSaN SHeiKH aHMaD YaSeeN..

Antara pesanan Sheikh Ahmad Yaseen kepada REMAJA MUSLIM..
a) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjamaah, sudah sampai saatnya kalian menghiasi diri dgn akhlak yg mulia, mengamalkan al quran dan mencontohi Rasulullah saw..

b) Aku menyeru kalian wahai anak-anak utk solat tepat pd waktunya ..

c) Aku amat berharap kalian semua tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat serta cinta kepada manusia dan dunia. Latihlah diri kalian utk sementara waktu merasakn kehidupan yg sukar.

d) Wahai puteriku, aku mahu kalian berjanji kpd Allah akan mengenakn hijab secara betul dan jujur,serta mengambil peduli ttg agama dan Nabi kalian yg mulia.Haram bg kalian melakukn sesuatu yg boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Monday, December 6, 2010

10 JeNiS oRaNG isLaM YaNG KeJaM..

Sufyan Atsauri berkata: "Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan
untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidak
membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak solat dua
rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi
salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian
tidak solat jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba
tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak
menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan
kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar,
tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...