Friday, December 17, 2010

ToLoNGLaH..


Ustazah pesan..kalau nak jadi baik...TOLONGLAH jaga hati.. kalau hati bersih, insyaAllah baik la jadinya..tapi kalau hati problem, yang luaran pun akan problem... hasad dengki, iri hati, suka fitnah orang, suka mengumpat dan lain2, sumer tu masalah dengan hati.....Ingat!! Allah tak tengok pun rupa paras kamu, tapi Allah tgk hati2 kamu... (",)



Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh badan kamu dan tidak pula melihat kepada rupa paras kamu akan tetapi perkara yang dilihat oleh Allah ialah hati kamu. Lalu baginda mengisyaratkan ke arah hati baginda dengan
jari-jari baginda. (Riwayat Muslim)


“Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”




Jadi.. Kuatkanlah hati kamu ye...

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”

(al-Bukhari dan Muslim)

6 comments:

AziahAzie said...

(-_-)d

fuad ansari said...

(",)

Bijen M. said...

Hadith yang last tu best!
:D

fuad ansari said...

perkara yg bernilai mmg selalunya best.. (",)

Pencari Cinta Sejati said...

kesabaran puncak keimanan.

fuad ansari said...

mari kita mendaki puncak keimanan.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...