Lama tak menulis.. Ramli agak sibuk sebenarnya.. Ramli kini berada di Langkawi selama sebulan atas urusan kerja.. Ketika sedang berjalan melihat kehidupan manusia yang pelbagai ragam, kawan Ramli bertanya..
Sarip: Ramli, kau rasa kan, kenapa kebanyakan orang arab yang jalan-jalan kat Langkawi ni, isteri dia berpurdah, tapi suami dia pakai seluar pendek je? kan macam tak kena dan tak serasi je tu..
Anda rasa, apakah jawapan yg patut Ramli berikan??
A) Mungkin mereka tetap serasi kerana bagi sebilangan wanita mereka, berpurdah hanyalah budaya.. Tidak melambangkan siapakah mereka sebenarnya.. Ketika isteri adalah cerminan bagi suami.. Bagaimana suaminya, mungkin begitulah isterinya..
B) Kadang-kadang kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran je.. Walaupun yang lelaki berseluar pendek. mungkin amalan-amalan agamanya yang lain, masih dalam keadaan yang baik..
C) Suami yang kurang soleh adalah ujian untuk isteri yang solehah..
D) Entahlah..
E) Ke anda ada jawapan lain?