Wednesday, February 22, 2012

aNTaRa SeRiNGGiT & 10 RiNGGiT..

Sedang menunggu azan, Amni berbicara:

Amni: Ayah, dahsyatlah pakcik tu, pergi surau pun naik kereta ferrari..
Ramli: Tak dahsyat sangat.. Dahsyat lagi pakcik yang jalan kaki tu, takde ferrari pun boleh pergi surau.. 
Amni: Maksud ayah??
Ramli: Contohnya, Amni ada seringgit, ayah ada 10 ringgit.. Dua-dua nak masuk zoo.. Ayah kena bayar pakai duit 10ringgit, baru dapat masuk zoo.. Amni bayar pakai duit seringgit, pun dapat masuk zoo jugak.. Sumbernya sedikit, tetapi dapat mencapai maksud yang sama, maka Amnilah yang lebih untung..
Amni: Ooo, baru Amni faham.. Salah ke naik ferrari pergi surau, ayah??
Ramli: Tak salah... Untunglah pakcik tu, ada ferrari tapi tak lupa nak pergi surau..  
_______________________

Lepas isyak ada majlis bacaan hadis.. Amni berbicara lagi:

Amni: Ayah, ayah.. Kenapa ye, dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi yang kafir.. Amni tak sempat nak dengar betul-betul tadi.. 
Ramli: Itulah, Amni sibuk main kan... Jawapannya.. Kerana nikmat syurga terlalu membahagiakan sehingga dunia kelihatan seperti penjara bagi orang mukmin.. Dan seksaan neraka terlalu pedih sehingga dunia kelihatan seperti syurga untuk orang kafir...
Amni: Oooo... baru Amni faham..

p/s: 
Soalan:
Kalaulah setiap ahli jemaah masjid, pergi ke masjid dengan menaiki kereta mewah seperti ferrari dan mercedes, apakah anda merasakan bahawa ini akan menimbulkan kegerunan kepada orang kafir??
(sedang pasang niat nak bagi sedikit hadiah untuk jawapan terbaik, insyaAllah.. Sekali-sekala mahu memberi, sebagai meraikan durian yang runtuh..) (",)

Saturday, February 18, 2012

SeMaNGaT YaNG HiLaNG..

Seorang Atheis terkapai-kapai di tengah lautan.. Selepas semalaman, dia diselamatkan.. Lepas pada tu, orang bertanya:

Ajis: Apa perasaan tuan semasa berada di tengah lautan tu??
Atheis: Saya hanya berharap, Tuhan akan selamatkan saya...

p/s: nampak, manusia sukar untuk lari dari fitrah kehidupan..
______________________

Malam tadi Ramli pergi surau.. Solat jemaah macam biasa.. Lepas bagi salam, wirid dulu... Tawajjuh Ramli baca wirid.. Tak pandang keliling dah.. Lepas tu, imam baca doa.. Ramli pun ameenkan... Tiba-tiba, macam ada orang bersandar kat belakang badan Ramli.. Lepas tu gesel-geselkan badannya... Ish, sape pulak ni.... Gila ke ape kat surau buat benda macam tu.. Ramli tenang.. Biarkan ia berlaku.. Tapi lama pulak orang ni dok menggesel.. Ramli agak cuak... Nak toleh belakang pun rasa macam tak sanggup... Sekali, bila toleh....  Ish, tak sanggup Ramli nak cerita...

p/s: 
-semangat untuk berblogging yang hilang... nak kena cari air penawar ni.. 
-amanah saham rakyat 1malaysia, ramai yang masih tertanya-tanya status halalnya..
-masih terngiang-ngiang kata-kata, "dari tanah kita datang, kepada tanah kita kembali dan daripada tanah kita dibangkitkan kembali..."
-rupa-rupanya Ramli terlupa yang dia bawak anaknya ke surau.. Anak Ramli yang dok gesel-gesel tu... Ramli Ramli.. 

Monday, February 13, 2012

aNTaRa iSYRaK DaN DHuHa..

Ajis baru kawin pada hari cuti kelahiran Nabi saw.. Ramli datang jumpa Ajis..

Ramli: Tahniah Ajis.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat anak yang ramai..
Ajis: Terima kasih.. Tapi aku lebih suka ucapan yang lebih tepat..
Ramli: Maksud kau?
Ajis: Apalah gunanya umur yang panjang, jika dipenuhi dengan kelalaian mahupun hanya terlantar sakit tanpa ketaatan kepadaNya.. Apalah gunanya rezeki yang banyak jika tidak pernah rasa cukup... Apalah gunanya anak yang ramai tetapi tidak ada kualiti.. 
Ramli: Betul jugak tu.. Oklah, aku tukar.. Semoga diberkati umur, diberkati rezeki dan beroleh anak yang soleh dan solehah..
Ajis: Haa, yang ni baru aku suka...


p/s:
- Sibuk sikit kebelakangan ni.. Baru selesai menguruskan jenazah keluarga terdekat.. Alhamdulillah, banyak ilmu, keinsafan dan pengalaman yang diperolehi.. Perginya seorang insan yang begitu sabar dan pemurah dalam kehidupan.. Kelihatan seperti arwah akan datang kepada kehidupan akhirat dengan bebanan yang ringan.
-Rupanya mengikut kalendar hijrah, umur kita akan menjadi lebih tua setahun..
-Selama ini tertanya-tanya tentang waktu yang tepat untuk solat sunat isyrak dan dhuha.. Pertanyaan dengan seorang ustaz mengatakan sunat isyrak adalah 15 minit selepas syuruk dan dalam tempah masa 13 minit sebelum masuk waktu sunat dhuha.. Maksudnya, jika syuruk pukul 7.00pagi, sunat isyrak pukul 7.15pagi dan sunat dhuha pukul 7.28pagi.. Anda setuju?? Ada sesiapa boleh kongsikan perbezaan fadhilat antara kedua-dua solat ini? Ke sama je erk?
-Kelebihan Kedai Rakyat 1Malaysia di Serdang adalah anda berkemungkinan beroleh pengalaman bersolat di atas pentas.. Cubalah.. (",) 

Tuesday, February 7, 2012

KiSaH BeLaLaNG SaMBuT MauLuD NaBi..

Malam tu, Ramli pergi ceramah Maulidur Rasul..

Dalam ceramah tu, Ustaz ada bagitau: 
Apakah itu kepimpinan cara Nabi saw?? Boleh dikatakan, motto terhadap kepimpinan cara Nabi saw adalah "pemimpin juga sebahagian dari rakyat"... Ketika mana Nabi saw sampai di kota Madinah, Baginda turut sama mengeluarkan keringat membina Masjid Nabawi...  Ketika perang Khandak, pakaian Baginda dipenuhi dengan kekotoran dan debu kerana Baginda turut sama membina parit bagi memerangi tentera musuh.. Ketika orang lain mengikat perut dengan satu biji batu, Nabi saw mengikat perutnya dengan dua biji batu.. Maka, inilah kepimpinan cara Nabi saw.. Kalau beginilah asas kepimpinan, jelas bahawa bukan senang untuk jadi pemimpin..

Lepas ceramah, Belalang (yang mengalami sedikit masalah kesihatan), datang kat Ramli:
Belalang: Abang, saya jadi imam ye..
Ramli: Jadilah, tapi cuba tanya pakcik tu dulu.. (selalunya, Ramli suruh baca Al-Fatihah dulu, maka memang tak lepaslah.. )

Belalang: Pakcik, saya jadi imam ye..
Pakcik imam 1: Boleh, jadilah.. 

Alamak, pakcik tu bagi pulak.. Ramli dah gatal kepala walaupun tak gatal sebenarnya..

Terus Belalang berdiri di sejadah imam, sambil terpinga-pinga memandang ke belakang.. Yang peliknya, makmum semua sporting.. Seakan semuanya sudah sedia maklum dengan masalah kesihatan Belalang.. Semua macam biasa bersiap-sedia di dalam saf.. Sudin dan Ajis pulak sakit-sakit perut tahan gelak.. "Susah nak jumpa budak macam ni.. Lain macam berani dia.. Ini kalau dia angkat takbir, haru biru jugak dibuatnya..", bicara hati Ramli.. 

Lama sangat terpinga-pinga, Belalang pun kata,
Belalang: Erm... Erm.. Abang je lah yang jadi imam..
Ramli: Haaa itula.. Ingat senang ke nak jadi imam..

p/s:
-Salam Maulidurrasul..
-Orang kita selalu guna simpulan bahasa, ikat perut.. Nabi saw, betul-betul ikat perut dengan batu.. Amacam, mau cuba?? (",)

Wednesday, February 1, 2012

SoaLaN KLiSe..

Hari tu Ramli jumpa Sarip, dia tanya,
Sarip: Amacam kawin, best?
Ramli: Bla bla bla bla bla, perkahwinan itu seperti mendaki gunung dengan membawa bebanan yang berat, bla bla bla bla.. 

Hari tu Ramli jumpa Sudin, dia tanya,
Sudin: Amacam kawin, best?
Ramli: Bla bla bla bla, perkahwinan itu seperti orang buta yang meraba-raba makanan lalu memakannya, bla bla bla bla bla...

Hari tu Ramli jumpa Ajis, dia tanya,
Ajis: Amacam kawin, best?
Ramli: Bla bla bla bla, perkahwinan itu seperti pelajar sekolah rendah yang terus lompat masuk universiti, bla bla bla bla...

Lepas tu, Ramli jumpa Pendekar Mustar..Ramli taknak tanya soalan yang sama dah..
Ramli: Wak, apa beza orang yang baru kawin dengan orang yang dah lama kawin?
Pendekar Mustar: Cuba kamu rasa telinga wak..
Ramli: Tebal jugak telinga wak ni..
Pendekar Mustar: Maksudnya, semakin lama kawin, semakin kamu matang bahkan semakin tahan dengan leteran..
Ramli: Itulah wak, saya suruh kawin dengan orang bisu, wak taknak..
Pendekar Mustar: Masalahnya.. Masa wak kawin, kamu pun belum lahir lagi..

Perkahwinan itu fitrah kehidupan..
Lari dari tanggungjawab yakni mengambil keputusan untuk tidak berkahwin, bukanlah tindakan yang baik..
Sebenarnya, untuk memberitahu tentang keseronokan perkahwinan adalah agak sukar.. Sepertimana orang bertanya, durian tu rasa dia macamana ye?? (nak senang jawab, kopek durian, bagi dia rasa.. ) (",)

p/s:
Anda rasa, kawin tu best tak?? (untuk yang dah kawin)
Anda agak-agak, kawin tu best tak?? (untuk yang bujang)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...