Awat tu gigit jari tangan.. (Orang tua-tua kata, kalau gigit jari kaki maknanya nak adik, kalau gigit jari tangan nak apa ye??) hehe.. Haish, macam-macam.. (",)
7 Mei 2011 adalah ulangtahun pertama kelahiran puteri sulungku, Husna Fareeha. Dah setahun rupanya.. Rasa macam muda lagi.. Rasa macam baru je kawin.. Tau-tau anak dah besar ye.. Fuad Fuad.. Wake up.. Wake up.. Kum faanzir.. Wa Robbaka fakabbir..(",)
Masih teringat dikala Husna ingin menjenguk dunia.. Ketika itu, nenek di kampung sedang dalam perjalanan ingin menziarahi kami.. Sebelum nenek sampai, kami pula ke klinik membuat pemeriksaan dikala usia kandungan mencecah 8 bulan.. Tiba-tiba kami diarah ke hospital berdekatan.. Petang itu dimasukkan ke wad.. Malam itu Husna dilahirkan ke dunia melalui satu pembedahan kecemasan.. Memang sangat sekejap.. Neneknya pun masih belum sempat sampai ke Kuala Lumpur.. Husna Husna.. Nak sambut Hari Ibu (8 Mei) ye.. Tak payah Abi beli hadiah.. Kelahiran Husna sudah cukup sebagai hadiah yang paling bermakna untuk Ummi kan.. (",)
Cepat betul masa berlalu.. Dulu bujang.. Baru je ingat nak kawin.. Rupa-rupanya dah ada anak dah.. (nak kawin apo kobondo eh).. hehe.. Agaknya kalau dihitung-hitung:
Berapa banyak masakah yang kita telah habiskan untuk agama Allah??
Berapa banyak masakah yang kita telah gunakan untuk membuat persiapan akhirat??
Berapa banyak masakah yang kita telah gunakan untuk memikirkan tentang kebesaran dan nikmat Allah??
Berapa banyak masakah yang kita telah gunakan untuk bermuhasabah diri dan memohon keampunan atas dosa-dosa kita?? Bukankah mata yang menangis kerana takut kepada Allah itu akan terselamat dari api neraka??
Allah Allah.. Banyak betul masa terbuang dengan sia-sia.. Sebab tu agaknya ahli syurga itu tidaklah menyesal dengan sesuatu apapun kecuali masa di dunia yang berlalu tanpa mengingati Allah swt..
p/s: Selamat Hari Ibu buat bonda, mertua juga isteri yang tercinta..Juga kepada semua ibu-ibu.. Terima kasih kerana menjadi ibu dan isteri yang baik.. Semoga kalian beroleh ganjaran syurgaNya kerana tiada apa di dunia yang mampu membalas jasa kalian semua.. Terima kasih.. Terima kasih.. Terima kasih..

