Friday, March 14, 2014

MH370

Hilang [fullstop]


*punya lama x update, itu je hasilnya fuad oii!

MH370 | Antara Intipati Kuliah Tn. Gr. Syeikh Nuruddin, 12 Mac 2014.

1. Kebanyakan daripada jenis ibadah yang kita lakukan akan disertakan dengan kalimah takbir Allahuakbar yang bermksud Allah Maha Besar. Dengan solatnya, ibadah umrah dan hajinya, korban dan sembelihannya, azan dan iqamatnya, takbir hari lebarannya dan macam-macam lagi. Tujuannya agar kita sebagai hamba sentiasa ingat akan kebesaran Allah dan tidak merasa ego, sombong, angkuh, bongkak dan takabbur.

2. Namun, manusia tetap juga sombong dengan ilmu dan kepakarannya. 

3. Maka kali ini Allah tunjukkan sedikit daripada kekuasanNYA yang Maha Luas. Allah tarik nikmat hujan, Allah berikan kemarau dan Allah selindungkan Boeing 777.

4. Nah, di mana kepakarannya? Di mana teknologinya? Di mana kemodenannya? Hinggakan kita tidak mampu untuk menurunkan hujan walau setitik! Hinggakan kita tidak mampu menjernihkan udara yang kita hirup walau sedikit!

5. Kalau di Indonesia sekarang ini beritanya adalah tentang banjir besar dan hujan yang tidak berhenti-henti. Di Malaysia pula lain beritanya. Kemarau dan panas yang sudah berpanjangan. Sedangkan dua negara ini hanya sebelah menyebelah.

6. Beristighfar dan bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amatlah menerima taubat hamba-hambaNYA yang benar-benar bertaubat.

Kemungkinan kedua: Hijacked n safely landed [fullstop gak]

5 comments:

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Ingatlah! jiran akrab kita sentiasa mencatat segala perbuatan kita.

s a r said...

assalamualaikum incik.

kembali kepada yang Maha Pencipta.

*ok. terlebih punya lama incik tak update. alhamdulillah. Dia bagi lagi kesempatan untuk update dan kongsi ilmu bermanfaat. sekian. :D

Titisan Hujan said...

sgt la lama

bila kita diuji

ewanthology said...

tunggu dan lihat

minda berbisa said...

Hai kawan, mungkin dah bermula fasa kemarau tahap pertama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...