Friday, May 27, 2011

KiTa KaTa.. TaPi HaKiKaTNYa..

Kita kata solah itu susah.. 
Kita kata solah itu masalah..
Kita sibuk mencari nafkah..
Kita sibuk mencari khazanah..
Tiada masa nak tunaikan solah..

Dunia ini kelihatan indah..
Kita ingin hidup mewah..
Kita taknak dipandang rendah..
Kita taknak dikatakan lemah..
Sungguh kita tersilap langkah..

Hakikatnya solah itu mudah..
Solah itu hadiah..
Solah itu wasilah..
Yakni jalan menuju Allah..
Dengan solah insyaAllah selesai masalah..

Hidup di dunia menjadi mudah..
Hidup juga penuh barakah..
Hati tiada keluh dan kesah..
Akhirat beroleh syurga nan indah..   
Jom pergi solah!!


Satu soalan:
Anda ada masa satu jam sahaja untuk hidup.. Nyatakan SATU amalan SAHAJA yang anda ingin lakukan sebelum kematian datang kepada anda.. 
(jawapan yang tepat dan terbaik akan memenangi pakej pelancongan dari alam dunia ke alam akhirat) (",)

18 comments:

nurkass said...

sesungguhnys solah itu tiang agama..menyucikan hati membersihkan jiwa..

tu dia..
tawaran hadiah tu..siap pakej..:)

Ummu Fatimah said...

jwpan : solat sunat 2 rakaat. ambil dr kisah sahabat yg akan dihukum bunuh kerana tidak mau menyembah Latta & Uzza. x ingat nama shbt itu. tp slps solat beliau menangis. bila ditanya, katanya dia sedih kerana inilah solatnya yg terakhir sebelum dia pergi menemui Ilahi.

hmmm..mcm jwb soalan interviu pulak!

Norsha said...

saya nak jawab cikgu, jawapannya solat sunat taubat...betul ke ?

err...tapi hadiah pakej pelancongan tu, saya taknaklah, bagi kat orang lainlah ye....:)

Afida Anuar said...

nak jawab solat taubat gak... maaf kak norsha...bukan niat nak tiru ni.. he he..

Anonymous said...

Mati dengan mengucap kalimah syahadah

Sabda Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam-;

مَنْ كَان آخِرَ كَلامِه لا إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ دَخَلَ الجَنَّةَ
“Sesiapa yang ucapan terakhirnya (sebelum mati) ialah Lailahaillallah, maka ia akan masuk syurga”.
(Riwayat Imam al-Hakim dari Mu’az bin Jabar –radhiyallahu ‘anhu-. Kata al-Hakim; Hadis ini sanadnya soheh.)

wallahua'lam

Ziarah76 said...

mau solah

couverv said...

mansuhkan ISA, hehe

Adibah Ishak said...

semoga istiqamah..

نور توفيقة ادريس said...

Nak bertaubat..

Unknown said...

mudah2an Allah tetapkan hati untuk tidak meninggalkan solat..

~PENCHENTA~ said...

ayuh solat. ayuh menuju kejayaan. :)

fuad ansari said...

Kak Nurkass:
Makanya, siapa yang mendirikan solah seolah2 dia mendirikan agama..
Sesiapa yang meninggalkan solah, seolah2 meruntuhkan agama..

Akak x nak menang pakej tu ke? (",)

Kak Ummu Fatimah:
Jawapan tu betul tapi tak tepat.. hehehe.. Tidak menepati skema yang ditetapkan.. (",)

Cikgu Norsha:
Betul tapi tidak tepat jugak.. Boleh cuba lagi sebelum jam 5 petang hari ini..(",)..

Hadiah ni lumayan gak.. Rugi kalau taknak.. Biasa jalan2 melancong bawak air mineral kan... Kali ni leh bawak air kapur barus..Jangan risau.. ada dalam pakej.. (",)

Kak Afida:
Boleh cuba lagi.. InsyaAllah..

Cubaan kedua harus diberikan kerana pemikiran yang pertama mmg begitu jawapannya.. Should think beyond of that..(",)

Hanyalah Hamba:
Diriwayatkan, orang terakhir yang masuk syurga selepas beberapa lama di dalam neraka adalah orang yang dalam hatinya ada kalimah iman ini dan syurganya adalah 10kali besar dunia..

Tapi jawapan ni pun tak tepat.. (",)

Ziarah76:
Solahlah kamu sebelum kamu disolahkan.. (",)

Maaf, jawapan tak tepat..(",)

Converv:
Sempat ke?? (",)

Adibah Ishak:
InsyaAllah.. Sama2 doa..

Ya Allah, berikanlah kami ketakwaan yang istiqomah..

fuad ansari said...

Pqa:
Beruntunglah orang-orang yang sempat bertaubat di akhir kehidupannya..

Jawapan pqa pun tidak menepati skema jawapan yang ditetapkan.. (",)

Nyanyisunyi:
Jangan sesekali tinggalkan solah kecuali ketika bulan mengambang.. Sama2 usaha untuk tingkatkan iman agar ada kekuatan untuk amal agama..(",)..

Tyah:
Biasa dengar orang ajak menuju puncak..
Nasib la ada orang macam Tyah yang ajak menuju kejayaan..
Thanks.. (",)

Ismi Ijmi said...

jauhnya apa yang kita kata dan hakikatnya

Adinda Amy Sensei said...

assalamualaikum fuad ansari..apa khabar?

fuad ansari said...

Izmer:
Semoga Allah swt membuka minda dan hati kita agar bisa melihat sesuatu pada pandangan yang betul.. (",)

Adinda Amy Sensei:
Wa'alaikumussalam.. Alhamdulillah.. tamam.. bi khoir..

p/s: Bestnye letak nama adinda.. Kalaupun sudah umur lanjut, tetap juga dipanggil adik.. (",)

nur aisya humaira said...

Assalam fuad..:)

alamakk,Aisya da terbace jawapan kt entry atas tu..hek2

jawapn die jihad..:)

fuad ansari said...

Aisya:
Salam...

TEEEEETTT.. Masa dah tamat... (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...