Thursday, November 25, 2010

Dunya Sab Kush Nehe Hey,,

Bahagian permulaan ummat ini telah memperolehi kejayaan kerana keyakinan kepada Allah serta tidak meminati dunia. Dan bahagian akhir ummat ini akan binasa kerana kebakhilan serta cita-cita dunia yang panjang. (Targhib)

Sesiapa yang bermatlamat dunia akan terperangkap kepada 4 perkara:
1) Kegelisahan yg tidak berakhir.
2) Kesibukan yang tiada peluang menikmati masa lapang.
3) Kesempitan yg tiada memberi kepuasan (walaupun semakin bertambah pendapatan)
4) Angan-angan panjang yang tidak tercapai.


Hadrat Isa a.s berkata, "Janganlah jadikan dunia itu pemimpin kamu, nanti ia akan menguasai kamu dan memperhambakan kamu........"


Sesiapa yang mencintai dunia merugikan akhiratnya..

Sunday, November 21, 2010

SoMeTHiNG To ReMeMBeR..

Pesan ustaz di raya haji.....

Manusia tidak masuk syurga dengan amal agama..
Amal agama adalah usaha untuk mendapatkan rahmat dan keredhaan Allah..
Dan hakikatnya manusia masuk syurga dengan rahmat dan redha dari Allah..

Islam dan iman bukanlah satu nikmat yg kekal..
Usaha harus dilakukan agar ia kekal dalam diri seorang muslim...

Kalaupun kita x mampu nak buat semua, tetapi jangan tinggalkan semua.. ambillah sedikit..
(contoh: kalau tak mampu nak duduk dalam keseluruhan majlis agama kerana sedang bermusafir, dengarlah sekejap untuk ambil sedikit berkat)

Ada keberkatan dalam perkara mendampingi dan melakukan khidmat terhadapat orang-orang yang alim..

Di dalam rezeki kita, ada haq orang lain.. Bersedekahlah dan janganlah bakhil...


Monday, November 15, 2010

MuTiaRa iLMu

Hasan al-Basri berkata harta itu berupa sekeping luh yang diperbuat daripada emas, di atasnya tertulis mutiara ilmu:

“Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku berasa hairan melihat orang yang beriman dengan qadar, bagaimana dia masih bersedih? Aku berasa hairan terhadap orang yang beriman dengan kematian, bagaimana dia masih ketawa ria? Akube rasa hairan terhadap orang yang mengenali dunia serta sifatnya yang cepat berubah, dia masih juga selesa dengan kemewahan dunianya? Tiada Tuhan melainkan Allah. Muhammad itu pesuruh Allah.”

Menurut Ikrimah pula, di bawah dinding itu perbendaharaan harta yang banyak. Yang penting bukan jenis harta serta berapa nilainya. Pengajaran yang paling berharga buat kita adalah janji Allah Yang Maha Benar, iaitu menolong orang yang menolong agama-Nya.

Monday, November 8, 2010

SeLaLu DeNGaR..

Bila duduk dalam majlis agama, selalu dengar ayat-ayat ni, antaranya..


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا
Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka...(At-Tahrim ayat 6)



إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta dengan balasan syurga....( At-Taubah ayat 111)


وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا
Barangsiapa yang bermujahadah di jalan Allah, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami. (Al-Ankabut ayat 69)


كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنڪَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ
Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi (faedah) ummat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali-Imran ayat 110)


لَٮِٕن شَڪَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡ‌ۖ وَلَٮِٕن ڪَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌ۬
Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih... (Ibrahim ayat 7)


وَذَكِّرۡ فَإِنَّ ٱلذِّكۡرَىٰ تَنفَعُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ
Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin.. (Adz-Zariyat ayat 55)


وَمَنۡ أَحۡسَنُ قَوۡلاً۬ مِّمَّن دَعَآ إِلَى ٱللَّهِ وَعَمِلَ صَـٰلِحً۬ا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang muslim (yg berserah diri kepada Allah)!” (Al-Fussilat ayat 33)


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ
Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad ayat 7)


بَلۡ تُؤۡثِرُونَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا (١٦) وَٱلۡأَخِرَةُ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰٓ
(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; sedang kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. (Al-A'la ayat 16-17)


وَٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِ
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang. (Al-Baqarah ayat 45)


قُلۡ هَـٰذِهِۦ سَبِيلِىٓ أَدۡعُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ‌ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا۟ وَمَنِ ٱتَّبَعَنِى
Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, menyeru manusia seluruhnya kepada agama Allah dengan basirah (berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata), aku dan orang-orang yang menurutku. (Yusuf ayat 108)


إِنَّمَا ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ ٱللَّهُ وَجِلَتۡ قُلُوبُہُمۡ وَإِذَا تُلِيَتۡ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتُهُ ۥ زَادَتۡہُمۡ إِيمَـٰنً۬ا وَعَلَىٰ رَبِّهِمۡ يَتَوَكَّلُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang mukmin itu ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.



Moga dapat diambil iktibar, diamalkan dan disampaikan....(",)

Thursday, November 4, 2010

HaK oRaNG iSLaM..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda, ada lima kewajipan bagi seorang muslim terhadap saudaranya sesama muslim iaitu:

1) Menjawab salam,
2) Mendoakan kepada orang yang bersin,
(bila dia berkata Alhamdulillah, maka doakan dia dengan Yarhamukallah)
3) Menyahut undangan,
4) Menziarahi orang sakit dan
5) Mengiringi jenazah
.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...