Friday, February 19, 2010

NaSiHaT Asma' KePaDa BaKaL PeNGaNTiN..

Asma' binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya dihari pernikahan anaknya itu:

"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.

Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung).

Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya.

Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu.Sekiranya dia menjauhimu,maka jauhilah dia dengan baik.

Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.

Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum.

Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu."

2 comments:

~cinonet~ said...

Jodoh yang ditentukan Allah..InsyaAllah sampai ke syurga. Rancangan Allah adalah yang TERBAIK. Dia amat mengetahui segala2nya.

fuad ansari said...

betul3...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...