Monday, February 28, 2011

ReSaH & GeLiSaH..

Hati terasa resah dan gelisah.. Kenapa ye??
Apabila dunia datang lebih dari kebiasaannya, akhirat menjadi semakin sukar untuk didekati.. Sungguh tidak berasa selesa.. (atau sebenarnya iman yang lemah ni...ada-ada je aku ni nak salahkan dunia pulak..)

Ya Allah, mudahkanlah urusan duniaku.. Agar urusan duniaku tidak mengurangkan amalan untuk akhiratku..

Terkadang-kadang aku sering berfikir mengenai takdir.. Ya benar, aku harus menerima segala takdir yang telah ditetapkan untuk aku.. Itulah yang terbaik untuk aku.. Dunia adalah medan ujian.. Ujian sebelum datang hari kemenangan untuk orang-orang yang sabar menghadapi ujian..

Dulu aku pernah bertanya, adakah membunuh diri itu juga adalah melawan takdir kematian yang ditetapkan oleh Allah?? Yakni kita seolah-olah membuat keputusan sendiri bila kita akan menemui ajal walhal ajal itu adalah di tangan Allah.. Maka pelbagai pandangan dilontarkan. Maka aku bersetuju bahawa itulah takdir yang ditetapkan oleh Allah bergantung kepada amalan kehidupan kita kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.. Baik perjalanan kehidupannya di dunia, maka insyaAllah baik juga pengakhirannya..Kerana, ada juga orang yang cuba membunuh diri tetapi masih tidak menemui ajal kerana belum sampai takdir ajal yang ditetapkan oleh Allah swt..

Bila bicara soal jodoh, kita sering mendengar, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.. isteri adalah cermin kepada suaminya.. yup aku bersetuju... Kadang-kala, ada juga isteri yang baik dijodohkan kepada lelaki yang tidak baik.. begitulah juga sebaliknya.. kerana ada hikmah di sebalik kejadian.. Sebagaimana wanita syurga (Asiah) telah menjadi isteri kepada seseorang yang dilaknat olehNya (Firaun), begitu juga Allah swt boleh jodohkan kita dengan sesiapa yang Dia mahu sesuai dengan perancangan yang ditetapkan olehNya.. Dia Maha Mengetahui.. Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.. yup, ini juga aku bersetuju...

(Aku semakin tenang bila mendengar laporan jemaah yang baru balik dari ijtimak di Bangladesh.. Alhamdulillah.. Ternyata dalam perkara agama ada ketenangan..)

Buah tangan ijtimak: Jagalah niat kamu dalam berdakwah.. niat penentu penerimaan amal.. niat yang tidak baik juga akan menjadi asbab terangkatnya hidayah Allah..
Agama itu terdapat dalam quran dan sunnah.. Jika kamu mahu datang kepada agama, maka datanglah dengan cara yang ada pada quran dan sunnah..

8 comments:

Ismi Ijmi said...

yep,semalam karkuzari ijtimak bangladesh kat markas dusun raja

fuad ansari said...

Ibnu Mutalib:
Tuan cerita la sikit karkuzarinya tu.. Nak jugak mendengarnya.. Pesan2 elders ke klau2 ada (mestila ada kan).. (",)

Norsha said...

salam semua,
manusia memang bersifat resah gelisah, berkeluh kesah...itu ujian hidup diberi Allah utk menjadi lebih tabah

Bahagia pula letaknya dijiwa, tidak pada banyaknya harta atau pada cantiknya rupa tapi pada redhanya menerima ketentuan Yang Esa...

Isteri memang cerminan suami, peneman sepi, penyejuk sanubari, penenang jiwa takala suami sedang diuji, peniup semangat utk suami bergelar daei....

Moga anda anak muda terus kekal diteguhkan Allah berada di jalannya yang benar....

ong ong kedek kedek said...

salam kenal,

bunuh diri=syirik=sebab nak jadi Tuhan suka suki cabut nyawa=firaun

fuad ansari said...

Norsha:
Wa'alaikumussalam.. Aminn.. terima kasih atas nasihatnya..

Dah macam pantun dah saya tgk komen tu.. Meh sy tlg jadikan pantun.. (",)

Manusia bersifat resah gelisah,
Juga sifat keluh kesah,
Ujian hidup diberi Allah,
Untuk menjadi lebih tabah..

Bahagia letaknya dijiwa,
Tidak pada harta dan rupa,
Bahagia itu bersama kita,
Bila terima takdir Yang Esa...

Isteri memang cerminan suami, Peneman sepi penyejuk sanubari, Penenang suami tatkala diuji,
Peniup semangat bergelar daei....

(Jgn marah eh.. (",) )

fuad ansari said...

Republik N9:
Salam kenal...
Wah, benar sungguh equation tersebut..(",)

Nyawa terlalu mahal untuk dicabut secara suka suki..dan janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah.. (",)

Norsha said...

wah, pandai betul adik fuad ni mengubah kata2 tu menjadi pantun, nanti lenkali akak tulis lagilah..

fuad ansari said...

Akak Norsha;
Akak yang sebenarnya pandai menulis seakan2 pantun.. sy tolong susunkan je.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...