Friday, February 11, 2011

KoMeN YG PaNJaNG TeRPaKSa DiJaDiKaN eNTRi..

"Usaha di dunia, as if you are going to live forever.. Beribadah, as if you are dying tomorrow.."


Tidaklah salah kita berusaha bersungguh-sungguh ke atas dunia selagi mana kita tidak lupa untuk beramal seolah2 kita akan mati esok hari...

Atas kelemahan iman saya, makanya saya berfikir sebegini:

Bagaimana mungkin saya mampu beramal seolah2 saya akan mati esok hari tapi dalam masa yang sama saya mahu berusaha seolah2 dunia adalah selama-lamanya.. Ia adalah sangat sukar bagi saya..

Bilamana saya beramal seolah2 saya akan mati esok hari, pasti semangat untuk berusaha ke atas dunia akan menurun secara mendadak..

Bilamana saya berusaha bersungguh2 untuk dunia akan menyebabkan saya lupa bahawa kematian adalah sangat hampir dengan saya...

Betapa sukarnya saya untuk tidak hanyut dengan usaha terhadap dunia jika saya memilih untuk berusaha bersungguh2 ke atasnya kerana dunia kelihatan begitu cantik dan dalam masa yang sama akhirat belum lagi kelihatan.. Saya yakin, syaitan akan menipu daya saya dengan menampakkan keindahan dunia bila saya berusaha ke atasnya dan melupakan saya kepada kematian..

Saya yakin jika saya berusaha bersungguh2 untuk dunia, kemungkinan besar kekayaan dunia akan datang kepada saya dan kehidupan agama akan semakin jauh daripada saya..

Saya lebih risau akan ujian kekayaan dari ujian kemiskinan..

Saya mengetahui Nabi saw hidup dalam kemiskinan dan meninggalkan dunia dalam keadaan dia seorang yang miskin pada kehidupan dunia..

"Suatu ketika Nabi saw telah berdoa;

Ya Allah! Pada kehidupan ini jadikanlah saya orang miskin, matikan saya dalam keadaan miskin dan bangkitkanlah saya di kalangan orang-orang miskin pada hari mahsyar..

Hadrat Siti Aisyah r.a telah bertanya, "Mengapa ya Rasululllah?" (Yakni kenapa berdoa untuk kemiskinan?). Baginda Rasulullah saw bersabda, "Orang-orang miskin akan memasuki syurga 40 tahun sebelum orang-orang kaya di kalangan mereka memasukinya........" Misykat. (Fadhilat Sedekah jilid 1&2, m/s 363)


Akhirul kalam, saya lebih suka mengambil dunia dengan yang sekadarnya sesuai dengan realiti bahawa dunia adalah sementara.. Makanya saya rasa adalah lebih baik untuk saya hidup sederhana dan berusaha sekadarnya untuk hidup sederhana.. Mudah-mudahan saya terlepas dari ujian kemiskinan mahupun ujian kekayaan..

22 comments:

Bijen M. said...

Hidup di dunia ibarat hidup selama-lamanya.
Maknanya keperluan dunia, kita boleh tangguh-tangguh.
Sebab esok lusa kita hidup lagi.
Tapi keperluan akhirat tak boleh tangguh sebab esok kita akan mati.

fuad ansari said...

Tuan Bijen:
Kalau itu lah maksud tersirat di sebaliknya, maka saya bersetuju.. (",)

نور توفيقة ادريس said...
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said...
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said...
This comment has been removed by the author.
Ismi Ijmi said...

salam
komen cik tufiqa atas leh wat entry baru,heh

dunia ini kejap je.
ada kawan ana cakap sorang ustaz cerita, zaman naak2 Nabi Adam,biala ada yang mati mereka rasa seronok,sebab saudara tu bakal masuk syurga.mereka faham bila bapa mereka diturunkan ke dunia, pemisah antara mereka dan syurga adalah maut.

tapi masa tu diorang jaga agama lagi kot...takde dosa

sekarang ada orang mati kita rasa sedih,asbabhe?banyak dosa laaa... tak juga,mana la semua orang fikir sal dosa

sebab orang dah mati tak dapat lagi nikmat dunia,takleh makan KFC, gi Genting, tido puas2, dan berpasangan...

kita kene buang fikir2 ni semua dan usaha atas akhirat, insyaAllah bila nazak kita akan seronok macam Bilal b Rabah...

wallahualam.

(kisah anak nabi adam kalau ada sumber soheh kongsikan ya kat blog)

fuad ansari said...

Kenapa ye ada beberapa comment telah di delete?? Pelik gak.

Ibnu Mutalib:
Ketika saya lahir, saya menangis dan orang lain gembira..

saya berharap, ketika saya mati, biarlah kalau orang lain ingin menangis, tetapi saya gembira...

fuad ansari said...

PQA: Adakah saudari sendiri yang telah delete comment saudari?? (sebab apa yang berlaku, komen sendiri pun ada yang kena delete.. sape lah yang rajin tolong delete ni ye..)

نور توفيقة ادريس said...

Fuad, sorry..
Saya yg delete..
It embarrassed me to read it back and to read the feedbacks from u and Ibnu Mutalib..
Malu sangat..
Saya minta maaf sangat2.
Tak pelah. Hari tu awak dah baca kan? Asal dah sampai apa saya nak share, tak pe lah..
Minta maaf sangat2..

fuad ansari said...

PQA: i'm very2 sorry..saya baru berhajat untuk membaca dengan lebih teliti apa yg saudari tulis...apa yang hendak dimalukan.. komen tersebut sungguh bermotivasi.. (terasa bersalah sgt dgn pqa.. mungkin sampai masanya saya berhenti dari berblog.. sudah sampai masanya untuk berikan lebih masa untuk muhasabah kesilapan diri..)

p/s: dari dulu tersa nak berhenti fb gak.. bukankah fb itu lebih byk keburukan dari kebaikan.. tul x?

Ismi Ijmi said...

maaf sangat2.. kalau salah saya menyebabkan cik terganggu emosi..
adeih,tak niat apa2, tak aca habis pun komen tu, sekali kilas je...

owh...

fuad ansari said...

Ramai pulak antara kita sedang berinternet pada waktu ni erk..

Ibnu Mutalib: terpaksalah kita nyanyikan lagu maafkan kami macam dalam filem pendekar bujang lapok tu.. (",)

Bijen M. said...

Semalam pergi markaz dengan orang-orang lama.
Tengok orang Cina kaya-kaya kereta besar, rumah besar.
Satu ustaz ni kata, tak apalah.
Allah SWT bagi dunia ni kat depa.
Kita bersusah-susah dulu.

fuad ansari said...

Mr. Bijen:
Sesungguhnya tiada kehidupan melainkan kehidupan akhirat.. (",)

نور توفيقة ادريس said...

My fault.
Takmo guilty or apologize..

Hurm.. Ramai2 sama2 susah, nanti ramai2 sama senang2 in His path.
Allahumma amin..

fuad ansari said...

PQA:
amiin...

Kamu tidak bersalah... dun worry..

Anonymous said...

aik naper komen di delete?? boleh delete komen org lain ke??

ana sokong sgt setuju cdgn tuan agar berhenti dari ber blog or fb if ia lebih memudharatkan dan melalaikan kita dari tanggungjawab dan tumpuan...

mungkin pada mulanya niat kita kdg kala ingin berkongsi ilmu..namun kdg2 tanpa kita sedar kita terlalu taksub akan medium ini sehingga ada yg terabai dan diabaikan..ana dapat rasakan di medium ini kdg kala boleh meruntuhkan institusi keimanan dan kekeluargaan...

medium ini tiada batasan ikhtilat....misalnya, dari kenal blog ke open komen hinggalah bertukar2 email dan akhirnya kita dan dia yg bukan mahram "berkenalan rapat" menerusi private chatting seperti di fb / hp or YM...

Wallahua'alam ini adalah dari pengalaman sebenar shbt ana...

Anonymous said...

Anonymous:
Adalah lebih baik melihat kesalahan diri sendiri sebelum melihat kesalahan orang lain.. Tindakan enta/enti sendiri nampaknya melayari medium ini menimbulkan kemusykilan kerana ia lebih memudharatkan dan melalaikan kita dari tanggungjawab dan tumpuan.....

Enta/enti ada fb?? Kalau ada, silalah enta/enti yang menutup fb enta/enti sendiri terlebih dahulu..

fuad ansari said...

Anonymous berdua:
Dah la.. toksah gaduh2..

Anonymous pertama:
saya pun x tau sapa yg delete.. tp xpelah.. komen sy sendiri kena delete..lagipun saya pun kurang senang dengan kehadiran anonymous kerana lebih prefer membaca komen orang-orang yang mempunyai nama.. Sbb bila saya tidak tahu siapa yang memberi komen, maka saya takut ia adalah halimunan.. seram oo.. (",)

Anonymous kedua:
betul gak tu.. kadang2 kalau kita buat sesuatu perkara itu terlebih dahulu, kemudian kita ajak orang lain untuk buat sama, maka ia lebih memberi kesan... (sebagai contoh, menutup fb)

fuad ansari said...

Sebagai tambahan....

Kadang-kadang kita terlalu berkeras dan mendesak terhadap orang lain, walhal diri sendiri pun banyak buat salah dan x jalankan tanggungjawab dengan baik..

Jadi berpada-padalah..

Manusia itu kadang kala banyak ilmunya, tetapi kurang kesihatan dari segi pemikiran dan hati.. (yakni membuat keputusan tanpa mengambil kira sensitiviti dan perasaan orang lain sbb hanya nak puaskan hati sendiri sahaja..)

Ismi Ijmi said...

tak habis lagi. jadi sirius pulak

fuad ansari said...

Ibnu mutalib:
Tu lah tu.. Macam2..


Kepada semua:
Kita berhenti setakat ini.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...