Mak : Tak payah la, dok umah tlg mak.. Kang kena tangkap polis baru tau.. Ari tu ada kes polis tangkap jemaah yang dok masjid sbb x dapat kebenaran..
Ayah : Biarla dia pegi, apa dah xder keje ke ape polis tu.. Orang yang dok wat benda tak baik kat tepi pantai tu, xnak pulak ditangkap.. Yang nak buat baik kat masjid lak kena tangkap....
(Aku fikir, ye lah, apa salahnya kan.. Elok la tu orang nak imarahkan masjid.. Kan elok, masjid hidup 24 jam dengan amalan agama.. Zaman sekarang ni, kita larang lak orang nak imarahkan masjid.. dan bukan ajaran sesat pun kalau nak tangkap2..)
Anonymous : Sorang je? Suami gi mana?
Isteri : Suami pegi keluar jemaah 3 hari..
Anonymous : Apa punya suami la dok tinggal anak bini..
Anonymous : Sorang je? Suami gi mana?
Isteri : Suami kerja outstation seminggu..
Anonymous : Rajin suami gi cari rezeki untuk anak bini..
(Tinggal anak bini sebab keluar jemaah, marah.. Tinggal anak bini sebab gi keje outstation, xde pulak nak marah.. Aduyai..)
Bagi saya, kalaupun kita x mampu nak buat baik, tp janganlah larang orang nak buat baik..
Kasihanilah, bantulah dan berilah sokongan kepada orang-orang yang ingin datang kepada kebaikan (kalaupun kita sendiri belum mampu nak lakukan), dan bukannya kita menghina mereka dan memperlekehkan niat baik mereka..
Janganlah kita hanya melihat kebaikan dunia sehingga kita terlupa kebaikan akhirat..
8 comments:
salam...
'Janganlah kita hanya melihat kebaikan dunia sehingga kita terlupa kebaikan akhirat'..
setuju..!!!
lumrah manusia,yg dipandang hanya dunia..ttpi kejayaan akhirat diketepikan...
Assalamualaikum..
Mereka-mereka masih tidak faham..
Tanggungjawab kita untuk memahamkan mereka..dan sesungguhnya Allah awt sahajalah yang berhak memberikan kefahaman itu pada mereka.. kita di tuntut untuk berusaha, maka... berusahalah!! hehee
Ramai orang ingat nafkah batin ni main dalam selimut ja. Sedangkan nafkah batin yang utama adalah tarbiyah agama untuk isteri dan anak-anak.
salam tuan fuad,
"mard mndengar ceramah dari radio,seorg ustaz mndapat surat y claim bhwa penulisnya non-muslim"
penulis surat bertanya,kamu kata Allah itu Ar-Rahim,milik kamu orang Islam,Habis bagaimana kami y dah memang Allah takdirkn dilahirkan bukan Islam?bukan tu juga Allah dah takdirkan?mengapa pada pengakhiran nanti kami dikatakan masuk syurga dan kamu yang dilahirkan Islan syurga?bukankah Allah yang takdirkan kami memang akn jadi begini?
-->Kdg kala kita tengok,dashat lagi y org Islam daripada Kafir.Tapi masih boleh berbangga kerana di akhirnya y Islam itu masih dapat membau pintu syurga.
tapi sedarkah yang Islam tu,dia hanya bernasib baik kerana dilahirkan Islam.Itu sahaja.
Jadi kesimpulan Mard nak cakap tuan,"Alhamdulilah kita dilahirkan Islam,kerana di pengakhiran kita tetap dimasukkan ke dalam syurga"
Tapi apalah guna nikmat Islam jika kita xhidup sebagai orang Islam?xjalankn kewajiban sebagai Islam?
Sepatutnya kiya y dah dapat bonus ni y p tarbiyah,dakwah org Kafir nu.
sebab tu Allah takdirkn ada y lahir2 dah dapat nikmat Islam,ada y lahir-lahir kafir sbab kluarga y corakkan.
--->mard fikir,Allah hndak melihat yang Islam tu jalankan tugas mentadbir yang kafir dan membawa mereka kepada Islam.
pernah ke dalam sehari kita mentarbiyah org kafir ni?walaupun dia rakan baik kita ?
takut esok di akhirat,sebelah kaki xlepas sebab dipegang mereka.
Allah huakhbar.
jika mard salah,tuan fuad betulkan,jika ada y xberkenan sila berikan mard perkongsian.
(",)"best mghabiskn space comment papa Husna ni"
Hidayu:
Wa'alaikumussalam wbt..
Manakan tidak, kerana dunia kelihatan begitu cantik dan mengasyikkan..(Walhal kehidupan akhirat lebih cantik dan lebih mengasyikkan) (",)
Kak Umu:
Wa'alaikumussalam wbt..
Tul tu.. salah saya la kerana x usaha sungguh2. T_T
Hafiz:
Nasib baik saya juga x ingat yg sedemikian.. (",).. (Manusia selalu melihat hebatnya keluarga itu dengan rumah dan kereta besar, walhal hebatnya keluarga itu terletak sejauh mana mereka amal agama dalam kehidupan mereka mengikut cara Nabi saw)
Mardhiah:
Wa'alaikumussalam wbt..
Di alam roh, kesemua roh telah mengaku Allah adalah Tuhan mereka..
Allah swt boleh jadikan seluruh manusia ni sbg orang Islam.. tetapi Allah swt x berbuat demikian.. Supaya orang islam mengajak yang bukan Islam kepada Islam.. dan supaya orang yang bukan Islam berfikir tentang kebenaran Islam dan masuk Islam.. Mereka boleh cipta teknologi hebat2, tetapi mereka tidak mahu berfikir tentang kebenaran Islam.. Tsunami di Indonesia juga dah tunjukkan kepada mereka kekuasaan Allah bilamana Allah selamatkan masjid, tetapi mereka tetap tidak mahu masuk Islam.. Maka, patutkah mereka menyalahkan orang Islam seratus peratus???
Kalau mereka mati sebelum mana mereka akil baligh, maka meraka akan diganjarkan syurga.. Tetapi bilamana mereka sudah boleh berfikir dengan baik, tetapi tidak berfikir tentang kebenaran agama, maka mahu x mahu mereka harus menyalahkan diri mereka sendiri jika mereka mati dalam keadaan yang bukan Islam.
Saya tidak melihat syurga dan neraka ini sebagai satu takdir.. tapi ia adalah bergantung kepada usaha kita atas dunia unutk beroleh syurgaNya.. Ada je orang yg lahir Islam, tetapi kehidupan tidak seperti orang Islam (kalau macam ni sy x rasa dapat bau syurga).. Maka lahir sebagai Islam atau tidak, bukan jaminan untuk beroleh syurgaNya..
Sebab tu seluruh orang Islam harus datang kepada kerja mengajak manusia kepada Allah..Sekurang-kurangnya kita telah berusaha pada tahap yang kita mampu untuk ajak manusia kepada Allah. Mudah2an, kita mudah untuk jawab segala persoalan di hari hisab nanti..
Akhirul kalam, mahalnya hidayah Allah.. Allah tahu hati2 manusia dan Allah tahu siapa yang layak untuk memperoleh hidayahNya..
Saya yang lemah tuan.
Saya lemah.
Tsk.
T_T
Mr. Bijen:
Moga Allah beri kekuatan..
p/s:sy pun lemah gak.. byk main2 la.. aduyai...
Post a Comment