Thursday, February 17, 2011

O Rasulullah... We love u..

Ketika masih kecil, Nabi saw telah turut serta dalam satu rombongan perniagaan ke Syam bersama bapa saudaranya, Abu Talib dan orang-orang Quraisy. Maka ketika mereka sampai di satu kota bernama Bushro, mereka telah disambut oleh seorang Rahib Kristian.

Rahib itu kemudiannya telah bertemu dengan Abu Talib dan bertanya, "Siapakah budak kecil yang turut serta bersama kamu, wahai Abu Talib".

Maka, dengan bahasa mudahnya dan tanpa ingin memanjangkan cerita maka Abu Talib menjawab, "Ini adalah anak aku".

Rahib tersebut kemudiannya berkata, "Mustahil budak kecil ini masih mempunyai bapa".

Maka Abu Talib yang kehairanan kemudiannya berterus terang, "Ya benar, bapanya telah meninggal dunia, dan akulah yang menjaganya. Aku adalah bapa saudaranya".

Rahib itu kemudiannya memeriksa belakang badan Nabi saw dan mendapati adanya "cop mohor" seorang Nabi.

Maka kata Rahib tersebut, "Bawalah anak kecil ini pulang. Aku risau budak kecil ini nanti diancam oleh Bani Israel bila mereka mengetahui Nabi yang terakhir bukan di kalangan mereka".


Abu Talib kemudiannya telah menjadi antara orang-orang yang telah berusaha sebaik mungkin untuk melindungi Nabi saw walaupun kita diberitahu bahawa sehingga akhir hayatnya beliau tetap tidak mengambil agama yang dibawa oleh anak saudaranya itu. (Terkadang-kadang aku berasa sedih dengan kisah pengakhiran hidup Abu Talib. Kalaulah aku boleh mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Abu Talib atas jasa baiknya membantu Nabi saw)

Sehingga aku terfikir, kenapa orang yang mengetahui sesuatu perkara yg benar itu, tetap jugak tidak datang kepada kebenaran??

Mungkin mereka takut kehilangan kedudukan mereka, mereka takut kehilangan perniagaan mereka atau mereka takut kehilangan pandangan mulia masyarakat terhadap mereka..

Atau sebenarnya, inilah yang dikatakan mahalnya harga sebuah hidayah yang dikurniakan oleh Allah swt..

Betapa hari ini kita beruntung kerana kita tidak melihat Nabi saw, tetapi kita yakin dan berpegang dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi saw.
Tatkala ada orang yang hidup bersama Nabi saw, mengetahui akan kebenaran Nabi saw, tetapi tidak diberi hidayah untuk berpegang kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi saw..

Ya Allah, kami bersyukur kepadaMu atas nikmat hidayah yang telah Engkau kurniakan kepada kami..

8 comments:

mhafiz_ydin said...

Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah atas nikmat Iman yang tidak ternilai harganya.

Semoga Allah istiqamahkan ummat dalam agama, matikan dalam agama, dan terima pengorbanan ummat yang sedikit ini untuk agama Allah..

fuad ansari said...

Tuan Hafiz:

Amiin Ya Rabbal 'alamin..

Menegakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik..
Menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu..
Tetapi untuk mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sukar dari meniti di atas sehelai rambut..

Bijen M. said...

Moga kita dapat diberi minum oleh Nabi SAW air telaga Kauthar.

fuad ansari said...

Tuan Bijen:
Allahumma amiin..
Aku juga berharap begitu.. Pasti sungguh indah saat itu.. (",)

نور توفيقة ادريس said...

Moga kita dapat sebaik baik syafaat Nabi SAW..

ukhti,mardhiah said...

salam semua sekali,special to tuan fuad.
Algkh pling bertuahnya jika dpt mnjdi ibu susuan baginda...
-->trfikir jika diri ni lyak..Allah...

Ismi Ijmi said...

mahalnya hidayah...
indahnya rahim Allah..
jangankan berharap, terlintas pun tak mampu untuk berada bersama Nabi di zaman tu...

ujian mereka cukup berat, apalah yang kita mampu buat jika kita adalah Abu Talib, meskipun kita bapa saudara penjaganya, tahu rahsia kenabiannya,jika hidayah tu tidak kita peroleh.

Bak kata Saidina Ali, apa yang ditaqdirkan untukmu adalah yang terbaik untukmu...

fuad ansari said...

PQA @ Cahaya petunjuk:
Mudah2an.. Amiin ya Allah.. Berikanlah kami cahaya petunjukMu ya Allah, agar kami berada pada jalan yang benar di dunia dan beroleh syafaat Nabi saw pada kehidupan akhirat.. (",)

UKM(bukan Uni. Kebangsaan M'sia): Wa'alaikumussalam..
Diceritakan, di zaman Nabi saw, ibu susuan juga merupakan satu pekerjaan. Tetapi, tidak zaman sekarang..Terfikir bahawa, bagus jugak kalau ia menjadi satu pekerjaan pada zaman ini..Adalah lebih baik ibu bapa mencari ibu susuan dari hanya mencari pengasuh.susu ibu byk khasiat.. ye dok?(",)

IBM:
Tul tu..Saya risau kalau sy berada pada zaman tu, sy bukan di kalangan orang yang bersama Nabi saw dek kerana beratnya ujian pada masa tu.. Ternyata, sahabat2 Nabi saw adalah dikalangan manusia terbaik yang dipilih oleh Allah untuk sama-sama berjuang dengan Nabi saw..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...