Wednesday, March 7, 2012

aNDa BiJaK? BuKTiKaN.. (",)

Bayangkan anda seorang lelaki yang dimasukkan ke dalam penjara oleh seorang raja yang zalim..
Anda akan diseksa dengan begitu kejam di dalam penjara..
Anda tersangat perlu melepaskan diri..
Tetapi, untuk melepaskan diri, raja tersebut meletakkan satu syarat iaitu anda perlu melakukan salah satu dari perbuatan berikut:
a) Minum arak.
b) Membunuh seorang saudara Islam anda.
c) Bersetubuh dengan seorang gadis yang anda tidak kenali yang juga merupakan saudara Islam anda.

Antara a,b dan c, yang mana anda akan pilih??

p/s: sebarang komen akan disimpan terlebih dahulu agar aktiviti plagiat jawapan tidak dapat dijalankan.. (",)

___________________________

Jalan-jalan ingin membeli tilam.. Mahal nampaknya harga tilam... Tilam yang selesa, ribu-raban harganya.. Mau rabak poket dibuatnya..

Ramli: Cuba Amni rasa tilam tu, best tak?
Amni: Erm... Best memang best.. Tapi...
Ramli: Tapi ape?
Amni: Kalau dengan tilam ni, susah nak bangun  tahajjud, tak best jugak..
Ramli: Erkkk....!!

p/s: anda ada cadangan berkenaan pembelian tilam tak? (",) 

33 comments:

Cikgu Ma said...

masa mengaji dulu ustaz penah tanya soalan ni...dia kata baik minum arak sebab kalau bunuh, nyawa x boleh dibayar, kalau berzina rosak keturunan perempuan tu, kalau minum arak, dia sorang2 jerr....jdi, kalau mcm tu, saya pilih jawapan a

=)

amni, pujuk ayah beli tilam tu, hadiah kat CM sebab tilam sekarang sudah nipis...asyik tido..hehe

Unknown said...

Assalamualaikum..
Berat juag nk jwb soalan yg mula2..kalau dia betul2 Islam sejati dia rela diseksa...

Egg Head said...

saya lebih suka diseksa dengan kejam sampai mati daripada buat salah satu dr dosa besar tu....

sebab kejayaan manusia,hanya dalam agama iaitu taat perintah Allah ikut sunnah...
apalah gunanya hidup..kalau bergelumang dengan dosa dan noda....

~kueh~ said...

pada pandangan saya :-

saya pilih A.
sebab : biarlah saya je yang tanggung dosa minum arak tu. memang hukumnya haram, tapi dalam masa yang sama, daripada kita rosakkan masa depan org lain, biarlah kita sendiri yang mengambil risiko tersebut. yakin. Allah itu Maha Pengampun.

andai saya pilih B, mgkin di hujung hayat, saya akan menyesal membunuh saudara islam sndri yang tidak berdosa (x ke sia2 bunuh org tanpa sbb? dan mesti fmli mangsa juga akan keciwa dgn kematian anaknya itu..x ke zalim perbuatan tu..emm).

andai saya pilih c, saya akan dianggap sebagai peragut 'harga diri' gadis tersebut. mana mungkin saya bersetubuh dgn org yang xkenal melainkan dgn akad yg sah.org islam yang celik akalnya tidak akan merosakkan saudara seislamnya sendiri.

*sekadar pandangan..

-------------------------------

"tilam tilam..tilam lama tukar baru.." huhu..

kalaulah di M'sia hanya jual tilam nipis..msti senang nk bgun thjud (",)

~ZuHuD dgn perkara keduniaan~

Unknown said...

dk dlm penjara lah


tilam??ntah la..skg tido ats toto je.

kakibiskut said...

kalau begitu pilihannya, tak perlulah melepaskan diri.. nauzubillah hi min zalik

s a r said...

assalamualaikum encik.

erm, kalau suruh bayang.. tak terbayang la nampaknya azab selepas mati nanti. macam sama aja seksa sekarang dengan seksa ditangguh. kena seksa jugak akhirnya kan. or dah tentunya lagi dasat kan. jawapan saya D- tiada satu pun yang benar antara berikut. :D

(nampaknya kalau camni la jawabnya dalam exam, teus fail sebab buat jawapan sendiri. :))

p/s- tilam untuk keselesaan kan. sebenarnya tak kira la tilam tu best ke tak. kalau nak tahajud, kita akan bangun jugak kan. :)

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Semoga soalan itu Raja tak tanya pada orang yang tak bijak.

Ckin Kembaq said...

tolak tawaran raja tu... mana boleh langgar hukum Allah. +_+ Mintak dijauhkanlah...nampak sangat raja tu nak test org Islam ni...haih

p/s : nak beli tilam, jangan beli yang spring sebab t lama2 spring akan rosak...jadi yang tak ada spring...itu sahaja.. ^_^ tips sedikit..

Noorieda said...

Assalamualaikummmm...

Owhhh..tidakkk..ni macam cerita Nabi-nabi dahulu pasal seorang alim yang diperdayakan oleh ibliss..

Jawapan saya, Bukan A, bukan B, bukan C.. Jawapan saya D: rela dihukum dengan kejam di dalam penjara.....insya-ALLAH jika saya ialah pesalah itu..^^

Noorieda said...

Oppss..bagus la Amni ni..kalau selesa sangat, nanti nak bangun solat Subuh pun tak terbangun, apatah lagi solat tahajjud..

Empuk sangat tilamnya...Jangan jadi macam Sonia ye Amni...^^

fuad ansari said...

semua jawapan yg telah diberi, masih salah nampaknya.. hurmm... (",)

APAN said...

aku amek b kot.huhu...

kueh said...

emm..masih salah?
saya rase jwpn nye..D laaa..hehe(",)
bila fikir2 balik jwpn yang saya bg ari tu, kalau pilih minum arak, akan mabuk, then akan wat pulak pembunuhan then seterusnya..jadi, x dapat tidak, kesemua dosa akan dilakukan..

ke mcm mane?
(susah btul soalan ni..kalah soalan Ipg..:)hee )

Norsha said...

susahla soalan tu, tak mau jawablah....nak tunggu cikgu fuad bagi jawapan...

p/s: cikgu ada antar emel kat awak hari ni

Kakzakie Purvit said...

Pilihan kakak bunuh org (raja zalim itulah) kalau dah bunuh dia tak boleh buat lagi kezaliman

Tilam bukan penghalang bangun tahajjud. Tapi hati/iman jgn rapuh/lembut macam tilam...

Kakak memang tak bijak pun hihi...

fuad ansari said...

terima kasih kepada yg memberi komen dan menjawab soalan..

nampaknya, semua masih belum dapat menjawab dengan betul.. insyaAllah, nanti2 sy bagitau jawapannya ye.. (",)

Mindaberbisa said...

Diambil dari kisah seorang raja dan si alim

si alim itu mengajak perempuan itu mengahwininya. Dengan berkahwin, maka si alim akan menjauhi dirinya meminum arak, membunuh perempuan itu dan bersetubuh dengannya. :)

Mindaberbisa said...

Berkenaan tilam itu, Nabi Muhammad SAW sekalipun tidur di atas tikar sehingga berbirat badan baginda. Ketidaksempurnaan dan ketidakselesaan sebenarnya mengikhlaskan diri untuk beribadah dalam apa jua keadaan.

ewanthology said...

macam pernah dgr citer ni.

minum arak mungkin yang paling mudah tapi dengan meminum arak, apabila mabuk tidak mustahil option yang selebihnya akan dibuat juga sebab dah tak boleh kawal diri.

duk dalam penjara je la, leh dapat makan minum free kan? huhuhu


# bab tilam tu, klu tido atas lantai pun kalau dah malas bangun pagi, akan jadi malas jugak.... yg penting Iman.

#thelagidanlagi said...

he3.. setepek atas pala gua , kes tilam tuh . )

Cikgu Ma said...

apa jawapannya ?

haffizie said...

kite bunuh raja yg zalim tu

atau bersetubuh tp nikah la dulu ngn gadis tu. klu x langgar terms n condition

fuad ansari said...

jawapannya...

C..

ketika mana DARURAT dan terpaksa berkahwin, mana pernikahan boleh dilakukan atas persetujuan bersama antara lelaki dan wanita tanpa perlu wali dan saksi...

maka, lelaki tersebut terlebih dahulu mengajak gadis tersebut untuk bernikah sebelum bersetubuh.. ini dapat menyelamatkan diri dari diseksa mahupun melakukan dosa besar..

tahniah kepada pencari Allah@kak syikin kerana menjadi peserta pertama menjawab dengan tepat..

tahniah juga utk haffizie.. jawapan anda juga tepat walaupun ada sedikit ragu2..

(",)

APAN said...

teringat video ustaz azhar rasanya pasal ni...pandai bertaktik ko ye :)

ukhti,mardhiah said...

Allah....
mard terlepas boat
:)

bagusnya soalan ni..

Afida Anuar said...

alamak...tak sempat nak buktikan yang akak bijak..hahaha..

Fuad, bila baca bab tilam, tetiba teringat kisah ni, dia kata...dia mampu beli tilam, tapi tak mampu beli lena tidur... Allahuakbar..

Allahualam....

PS: agak lama fuad menyepi ni, tapi tak boleh celen akak lagi la. Eh celen tau? bahasa ganu..hehehe

AkuMuzikFilem said...

minum arak akan menjurus kepada b dan c. kalau saya pilih c saja. adakan pakatan suci dengan gadis tersebut

Unknown said...

nampaknya dah ada yg beri jawapan. sayang terlewat masuk.

Nida said...

saya pilih D.. iaitu tidak ada jawapan yang berkaitan..hehehe

Liyana Zahim said...

sy xske soklann objektiff.. alaaaaaa..

Ummu Fatimah said...

errr sya tak reti nk jawab la cikgu... walaupun soklannya kena pilih ABC ..

masterkucha said...
This comment has been removed by the author.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...