Monday, February 13, 2012

aNTaRa iSYRaK DaN DHuHa..

Ajis baru kawin pada hari cuti kelahiran Nabi saw.. Ramli datang jumpa Ajis..

Ramli: Tahniah Ajis.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dapat anak yang ramai..
Ajis: Terima kasih.. Tapi aku lebih suka ucapan yang lebih tepat..
Ramli: Maksud kau?
Ajis: Apalah gunanya umur yang panjang, jika dipenuhi dengan kelalaian mahupun hanya terlantar sakit tanpa ketaatan kepadaNya.. Apalah gunanya rezeki yang banyak jika tidak pernah rasa cukup... Apalah gunanya anak yang ramai tetapi tidak ada kualiti.. 
Ramli: Betul jugak tu.. Oklah, aku tukar.. Semoga diberkati umur, diberkati rezeki dan beroleh anak yang soleh dan solehah..
Ajis: Haa, yang ni baru aku suka...


p/s:
- Sibuk sikit kebelakangan ni.. Baru selesai menguruskan jenazah keluarga terdekat.. Alhamdulillah, banyak ilmu, keinsafan dan pengalaman yang diperolehi.. Perginya seorang insan yang begitu sabar dan pemurah dalam kehidupan.. Kelihatan seperti arwah akan datang kepada kehidupan akhirat dengan bebanan yang ringan.
-Rupanya mengikut kalendar hijrah, umur kita akan menjadi lebih tua setahun..
-Selama ini tertanya-tanya tentang waktu yang tepat untuk solat sunat isyrak dan dhuha.. Pertanyaan dengan seorang ustaz mengatakan sunat isyrak adalah 15 minit selepas syuruk dan dalam tempah masa 13 minit sebelum masuk waktu sunat dhuha.. Maksudnya, jika syuruk pukul 7.00pagi, sunat isyrak pukul 7.15pagi dan sunat dhuha pukul 7.28pagi.. Anda setuju?? Ada sesiapa boleh kongsikan perbezaan fadhilat antara kedua-dua solat ini? Ke sama je erk?
-Kelebihan Kedai Rakyat 1Malaysia di Serdang adalah anda berkemungkinan beroleh pengalaman bersolat di atas pentas.. Cubalah.. (",) 

20 comments:

Noorieda said...

ASSALAMUALAIKUM WBT..

Memandangkan ramai yang sibuk kebelakangan ni, saya berpeluang jadi 'pengomen' antara yang terawal..hehe..

Wah...ajis dah kawen..tahniah2..:)

~takziah ieda ucapkan..;{
semoga rohnya dicucuri rahmat..insya-ALLAH..


~ALamak! maknanya umur Ieda dah 19 tahun ke..?? ><

~tentang tu Ieda nak dengar daripada orang lain..(ilmu tak cukup) (-_-)

~Masa sekolah dulu, makcik kantin pun solat Subuh kat atas pentas..tapi saya tak pernah cuba lagi..:)

# Lama orang tak aktif berblogging...rindu kat Kak fida..#(-_-)

namasayatihah said...

nice info...byk solat sunat yg perlu diketahui kn..kalau boleh fuad share la...;)

faraherda.razalan said...

Pttlah blog nie mcm agak...bersawang!

=p

Alhamdulillah! Untung Fuad dpt sedikit sebanyak pengalaman dan pengajaran. Tak rmi yg mampu bermuhasabah diri slps ape yg dah berlaku.

=D

Egg Head said...

kita..sama2 azam untuk buat solat isyrak dan solat dhuna....huhuhu....ganjaran dah besar tapi masih lemah nak buat....lemahnya iman...

apala guna beistri ramai kalau x taat perintah Allah dan suami...lebih baik beristri satu tapi solehah....

apala guna result yg gempak tapi rasa jauh pada Allah...

apala guna ilmu yang banyak kalau x diamal dan sampaikan.....

apala gunanya...nikmat yg diberikan kalau tidak mensyukurinya....

kita...sama-sama belajar.

Nazihah@Jiha said...

tempoh solat isyraq ni hnya sekadar 15-30 minit shj, duha pula brmula slps tamat waktu isyraq hinggalah ke waktu matahari terpacak di tengah kepala.

Kita tak boleh ttpkn satu waktu khas pukul berapa harus kita solat duha atau isyraq ni kerana
ianya berubah2. apa yg prnh sy terbacalah :)

wm

Mutiara Bernilai said...

hu, betul, umur panjang biarlah di isi dengan penuh keberkatan dan keredhaan Tuhan..

hu, lamanya mutiara tak singgah sini..


- isyrak biasanye 20 min after syuruk dan dhuha adalah bila matahari sudah naik,

- baru balik dr serdang..xtau plak kat situ ade kedai 1 malaysia

Mindaberbisa said...

Macam-macam ALLAH bagi buat solat dhuha ni, nak istiqamah tu banyak ujian. Semoga dapat beristiqamah. ALLAH tolong bagi masa yang lebih untukku denganMU Ya Rabb.

tehr said...

Entri yg sangat mengena ni
Kadang2 kita terlupa apa sebenarnya yg kita perlukan

s a r said...

assalamualaikum encik fuad. :)

salam takziah.
terima kasih info solat tu. radio ikim yang selalu ada mention bila solat dhuha setiap hari. kalau ikut yang betul2 pun saya tak pasti. hmm.

ada ustaz kata, umur bertambah pada angka, tapi kita makin pendek umur sebab semakin dekat dengan kematian. :)

Norsha said...

nak ucap jugak tahniah kat Ajis kerana dah kawen, moga kekal hingga ke syurga.....tang solat tu eloklh tanya pada yg pakar tapi setakat yg cikgu tahu, isyrak tu tempoh masanya tak lama.....

Cik SHiNJU said...

Saya baca banyak pendapat mengatakan waktu solat dhuha antara jam 8.00 - 11.00 pagi.Wallahualam.

ewanthology said...

solat atas pentas?

Umma-ali said...

Aslm, isyraq waktunya sgt pendek n ada jg kata waktu isyraq tu ialah waktu dhuha bg mazhab shafiee krn xde solat isyraq bg mazhab shafiee, yg ada dhuha...namun waktu isyraq itu ada...jd bg siapa yg nak solat isyraq diniatkan solat sunat dhuha, ada jg kata isyraq tu dhuha kecil...
waktunya 20 minit lps syuruq n hanya dalam 10-15 min je masa isyraq, lps tu dah boleh solat dhuha...yg waktunya sehingga sebelum rembang, waktu haram solat iaitu matahari btul2 tgk ats kpla. klu tgok byg2 ms tu xde byg sbb byg2 bwh kaki...
bagi mazhab hanafi plk waktu isyraq sgt panjang, dkt 2 jam jgk, pastu baru dhuha...WA

RuMaH TuA said...

Assalamualaikum....
Banyak da n3 yg trtggal...
;-)
Saya mengambil dhuha yg paling awal sbgaimana kata ummaali... Tp yg paling baik ktika jam 10... Huu... Kene usaha lg... Iqa ambil paling awal sbb bila tgh2 kuliah malaz nak kua....

Lebih mudah jika kita guna ilmu lihat matahari...

APAN said...

tu tajuk utk p/s tu bro.huhu...

xtau la nak jawab persoalan ko tu...gayanya pun ko lbih arif dari aku :)

Unknown said...

sudah lama juga rasanya tidak bertandang.sibuk.



tidak tahu pula pasal masa ni (-_-!!)

Nida said...

Kak Nida selalu guna ayat ni..

"Moga dirimu dipanjangkan usia dalam beribadat kepada Tuhan".. itu kata2 ustazah yg mengajar dulu bila nak mendoakan seseorang panjang umur..:)

fuad ansari said...

ieda:
wsalam wbt..
tempoh kalendar hijrah lebih pendek dari kalendar masihi.. semakin tua, semakin banyak perbezaan tahun.. (",)

tihah:
saya pun sedang cuba2 untuk belajar dari tihah.. (",)

fara:
itulah tu.. macamana nak dapat semangat macam fara erk.. (",)

tuan jabbar:
benar tuan..

apalah gunanya jika memiliki seluruh dunia, jika di akhirat kita beroleh sengsara..

jiha:
thanks.. nice sharing...

a'ah, waktunya berubah2.. sebab tu saya selalu rujuk waktu syuruk, sebelum buat perkiraan.. nak rujuk matahari, tak berapa nak pandai..
(",)

mutiara:
KR1M ada kat MAEPS serdang.. cubalah datang.. sabtu ahad je bukak.. tu pun sampai pukul 8malam je kalau tak silap.. macam kurang sambutan je gayanya..

kak syikin:
a'ah kan.. nak istiqomah, tu yg tak tau boleh ke tak.. moga sama2 beroleh kekuatan utk istiqomah..

mr.tehr:
manusia, sukar utk lari dari sifat lupa.. moga tak lupa nak hidangkan saya secawan teh ramuan..mesti sedap kan.. (",)

sar:
wsalam wbt..
ye lah kan... semakin tua dan semakin pendek umur.. itulah hakikatnya.. thanks kerana ingatkan.. hampir2 terlupa jugak.. (",)

cikgu norsha:
a'ah kan.. isyrak tu singkat sehingga saya sendiri kurang ada kesempatan utk melakukannya selalu kecuali masa keluar jemaah..

cik shinju:
yup.. saya rasa, itu waktu yg selamat utk melakukan solat dhuha..
(kerana biasanya syuruk paling lambat pukul 7:30pg)

tuan iwan:
yup, orang lain berucap atas pentas tu.. ramli tak dapat berucap, dapat solat je.. (",)

fuad ansari said...

umma-ali:
syukran ya umma-ali..

orang lama yg bagi pendapat, mudah dihadam oleh orang muda.. (",)

ustazah iqa:
wsalam wbt..
yup, takut2 bila dilambatkan utk mendapatkan waktu yg paling baik, masa tu kita dah malas.. lebih baik dilakukan masa kita ada kesempatan dan kerajinan, insyaAllah.. (",)

moga Allah kasih... (",)

apan:
tu lah tu.. dah tak tau nak bai tajuk.. tajuk kat p/s pun jadi.. (",)

insyaAllah, sama2 belajar.. (",)

TH:
sibuk nak kawin kan? (",)

kak nida:
betul jugak tu.. boleh pinjam kata2 tu.. (",)

Unknown said...

Hai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...