Sedang menunggu azan, Amni berbicara:
Amni: Ayah, dahsyatlah pakcik tu, pergi surau pun naik kereta ferrari..
Ramli: Tak dahsyat sangat.. Dahsyat lagi pakcik yang jalan kaki tu, takde ferrari pun boleh pergi surau..
Amni: Maksud ayah??
Ramli: Contohnya, Amni ada seringgit, ayah ada 10 ringgit.. Dua-dua nak masuk zoo.. Ayah kena bayar pakai duit 10ringgit, baru dapat masuk zoo.. Amni bayar pakai duit seringgit, pun dapat masuk zoo jugak.. Sumbernya sedikit, tetapi dapat mencapai maksud yang sama, maka Amnilah yang lebih untung..
Amni: Ooo, baru Amni faham.. Salah ke naik ferrari pergi surau, ayah??
Ramli: Tak salah... Untunglah pakcik tu, ada ferrari tapi tak lupa nak pergi surau..
_______________________
Lepas isyak ada majlis bacaan hadis.. Amni berbicara lagi:
Amni: Ayah, ayah.. Kenapa ye, dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi yang kafir.. Amni tak sempat nak dengar betul-betul tadi..
Ramli: Itulah, Amni sibuk main kan... Jawapannya.. Kerana nikmat syurga terlalu membahagiakan sehingga dunia kelihatan seperti penjara bagi orang mukmin.. Dan seksaan neraka terlalu pedih sehingga dunia kelihatan seperti syurga untuk orang kafir...
Amni: Oooo... baru Amni faham..
p/s:
Soalan:
Kalaulah setiap ahli jemaah masjid, pergi ke masjid dengan menaiki kereta mewah seperti ferrari dan mercedes, apakah anda merasakan bahawa ini akan menimbulkan kegerunan kepada orang kafir??
(sedang pasang niat nak bagi sedikit hadiah untuk jawapan terbaik, insyaAllah.. Sekali-sekala mahu memberi, sebagai meraikan durian yang runtuh..) (",)
32 comments:
tahniah kerana mendapat durian runtuh .. harap2 bukanlah durian muda.
mungkin mereka tidak gerun sebab berkereta mewah sudah menjadi perkara biasa di negara kita. tapi martabat Islam akan meningkat kerana Islam bukanlah lagi untuk mereka yang mundur atau miskin.
Assalamualaikum...
Ianya menimbulkan rasa minat dengan Islam kerana kaya atau miskin, orang Islam tetap duduk di bawah satu bumbung sujud kepada Tuhan yang satu
Assalamualaikum,
Mohon untuk di terbitkan entri ini untuk diperkembangkan pahalanya, insya Allah.
Entahlah. Sy tak rasa org kafir gerun. Tapi mungkin mrk berebut-rebut nak masuk Islam pula nanti. Yelah kan. Manusia yg semacam ini klu nak berbuat sesuatu perkara yg berkait sgt rapat dgn kemewahan dunia, pasti ada satu jawapan - Why not?
Siapa yg nak hidup susah dlm dunia? Mrk kata, masa yg mrk ada cuma sekejap. Esok lusa dah mati. Tapi mrk mengecap nikmat dunia seolah-olah kehidupan mrk di sini adalah kehidupan abadi. Tak boleh walau sesaat dlm kepala otak mrk terlepas dr memikirkan tentang kemewahan duniawi.
=D
Semoga komen sy ini jd komen pertama dan mendapat hadiah dr fuad..:)
Jawapan :
1. Bg org muslim - ia jd contoh yg baik..'walaupun org tu kaya,mewah..dia masih ingat dan ada masa cri bekalan akhirat.
2 Bg org kafir - mungkin ya,ada yang gerun melihat keberadaan org muslim tp masih igt kepada Tuhan dan tidak lalai dan leka.Tp pd pndpt sy, ia lebih kepada dakwah secara tak langsung kepada org kafir.mereka akan kagum dan 'respek' kpd muslim yg berjaya tp mementingkan' agama.
hadiah untuk 1st comment ada tak?
ferrari sebiji jadi la :-)
saya rasa dari segi yang tak berapa logik, orang kafir tak gerunpun.
huhuhu....
bermujahadah lah untuk agama Allah...
barulah rasa nikmat....beragama....
bagusnya ayah amni...bg fikir pada amni..huhuhu
utgnya ada anak mcm amni, kecik2 dah ada fikir pasal agama, sejuk hati mak dan ayah dapat anak macam tu.....
tang soalan tu, susah juga nk jawab, tapi yg pasti andai semua lelaki muslim dapat istiqomah mendirikan solat suboh berjemaah di masjid seperti solat jumaat, nescaya ada kegerunan di hati mereka...apalagi ? jom lelaki sejati, buktikan anda hebat dan kuat dgn bangun awal pagi utk solat subuh berjemaah di masjid berdekatan ......:D
3 kali baca baru faham..
naik kete Ferrari ke jalan kaki,kedua2nya ok..tapi x ok,x p langsung surau..
xpe2 xp,pun surau,last skli,akan di bawa p jugak.
bagusla kalau bawak ferari ke masjid.. biasa kita tengok bawak ferari ke mall2.. jarang sangat ke masjid.. biasa ke masjid pakai motor honda lampu bulat tu je..
ramli, boleh ke saya pinjam amni? =)
**dunia juga jadi syurga bagi orang Islam keturunan...
umah pakcik ferrari tu jauh sgt ke drpd masjid ?? hee ~
menapak untuk menunaikan solat lebih byk ganjaran kan ? tp takpe,,pergi brjemaah ke surau / masjid pon byk pahala. pendek kata, setiap amal kita pasti ada ganjaran. buat dgn iklas :)
sedikit sebanyak, mungkin dapat menimbulkan persoalan kpd orang lain yg bukan islam.yg islam tpi x penah sampai pun mungkin pelik gak kot...lagi satu, orang kita sensitip sikit.kalau ada org senang yg masih ingat ke masjid, mesti ada yg pikir nak menunjuk.naik motor pun x bole ke? padahal org tu lagi kerap sampai masjid drpd kita...at least, tunjukkan apa yg ada ngan islam.dekat dengan agama bukan penghalang nak senang di dunia...
Ad can kedua jadi 1st komentar rupanya... ^^,
Pada sy, org kafir tidak akan gerun. (^-^)y Kerana kita boleh melihat kembali lembaran2 sejarah.
Bagaimana Saidina Umar pergi ke Baitilmuqaddis secara peribadi untuk menerima penyerahan tempat itu kepada kerajaan Islam.
Bagaimana kezuhudan beliau pada waktu itu mampu menimbulkan kegerunan pada paderi disitu walaupun bergelar seorang khalifah. 0_0
(bunyi macam menyoal, bukan menjawab je. Ek!?!)
"Allah campak gerun dgn amalan bukan harta"
Moga Allah kasih.
Allah sayang orang miskin yg bertakwa, tetapi Allah lebih sayang orang kaya yang bertakwa.
Dunia dengan muslihat fitnah neraka bagi orang mukmin.
setuju pendapat pak ngah di atas nun.. barulah Islam dianggap hebat, namun harap nawaitu yng berkereta ferrari ke masjid tu tulus.. bukan nak menunjuk
1. Tumpang gembira anda dapat durian runtuh, moga kebajikan lain bertambah utuh.
2. Kemewahan dibawa ke tempat ibadah? rasanya tak menjadi hal dimata orang kafir. Yang selalu 'berbunyi' ialah sesama bangsa dan ugama. Antara bunyi2an itu ialah :
"tu nak menunjuk-nunjuk lah tu..."
sebab dah dinyanyikan sejak kenal ugama bahawa "berjalan kaki ke mesjid lebih besar pahalanya..."
Jadi, lebih ramai orang tak suka usaha lebih kerana dimomok2an dan hanyut leka dibuai irama yang merdu dengan senikata yang disalah erti...
Yup.. Org kafir tkut golongan2 atasan ni taat ngan agama yakni agama islam.. Sbb salu org atasan kan bnyk pengaruh..
nak bagi pendapat jugak.. ^_^
kesenangan tu datang dari rezeki Allah..bila pakai kereta mahal macam tu, tidaklah menimbulkan kegerunan di hati org kafir, sebaliknya menimbulkan rasa ingin mendekati org Islam.rasanya..
"org Islam hebat.beribadah, tetapi kaya.bagaimana dia memperoleh kekayaan tu?"
"org Islam mempunyai masa utk beribadah wpun kerja hebat...mengapa?
"org Islam yg ini hidupnya lebih baik dari org Islam yang biasa-biasa.mengapa?"
"apakah punca sebenar kekayaan org Islam?"
disebabkan 'kekayaan' itulah yang membuatkan mereka tertarik..yang akan menimbulkan kgerunan itu adalah tatkala melihat ramainya masjid dengan jemaah tua dan muda yang menunaikan perintah Allah...
p/s :pendapat sy.. ^_^
terima kasih kepada yg sudi bagi komen dan memberi jawapan...
diumumkan..
pemenang jawapan terbaik adalah...
RuMaH TuA
ulasan terhadap jawapan:
- soalan2 agama memang sebaiknya dijawab dengan mengambil contoh dan panduan dari quran dan hadis yang didalamnya merangkumi sirah Nabi saw dan kehidupan para sahabat r.anhum yang mana mereka hidup di zaman kegemilangan Islam... satu zaman yang harus dijadikan contoh dan tauladan..
-penekanan kepada kegerunan yang sebenar iaitu "Allah campak gerun dgn amalan bukan harta"..
-kita juga tidak mahu orang kafir mendekati islam dek kerana harta, tetapi kita mahu orang kafir mendekati islam dek kerana akhlak orang islam dan kebaikan islam itu sendiri..
(",)
Kalaulah dorang mendapat hidayah dan gerun dengan siksaan manusia2 yang kafir alangkah indahnya bumi ini.. tiada lagi peperangan n kekejaman.. hanya yang ada keindahan dan kesucian Islam..
Saya suka blog ni walaupun baru 1st time kat sini..mohon letak link blog ni kt blog saya ya..:)
SUdah follow sini jua..
Untunglah Auni ada ayah macam Ramli.
Darjat Islam menjadi tinggi
bukan mercedes atau ferrari
menjadi ukuran rendah dan tinggi
duduk di rumah allah sama sehati
kafirin pasti hairan sekali
sebab biasanya yg berkereta begini
selalu lupa menghadirkan diri
tetiba sekarang mereka ke sini
barulah kafirin akan mengkaji
berproton atau berfereri
milik umat Islam yg sejati...
masalahnya bila dah pakai ferrari,mulalah lupa jalan ke masjid...hu hu...
siape pun kita
tinggi mne pun drjat kita
semua tu dtgnye dari Allah
mungkin...kerana setinggi manapun kedudukan kita, tapi pada PENCIPTA kita tak pernah lupa
tahniah, durian runtuh apa tu?
mereka mungkin tidak 'takut' tapi semakin berkobar2 untuk mencuba pelbagai teknik terbaru untuk 'mematahkan' jiwa muslim yang goyah dengan nikmat dunia, sedangkan yang berjalan kaki turut 'dikacau' mindanya agar mencemburui 'ketidakadilan' pencipta-Nya...
Lagi gerun org kafir tgk pemilik Ferrari tu meninggalkan keselesaan Ferrarinya di rumah, terus berjalan kaki ke surau yg jauh di tengah mentari Zohor.
pakngah:
kalau durian muda pun, apa salahnya. (",)
tuan razak:
wsalam wbt..
malang pulak rasanya bila ummat islam tidak dapat duduk di bawah satu bumbung dek kerana berbeza fahaman politilik.. (",)
cikgu humairi:
wsalam.. boleh je... dipersilakan.. mmg itulah hakikatnya, ilmu utk dikembangkan, bukan utk disimpan.. (",)
fara:
agama kalau dikaitkan dengan kemewahan dunia, buruk padahnya..
agama lain, memancing orang islam kepada agama mereka, dengan kemewahan dunia..
dan ummat islam memancing dengan bersandarkan kebaikan islam.. (",)
akrine:
jawapan yg baik.. (",)
dakwah secara tidak langsug <--kata kunci yg baik.. (",)
tuan izmer:
ferrari mainan boleh la kot.. (",)
yup, saya pun rasa macam tu.. (",)
tuan jabbar:
yup, itu yg lebih baik. (",)
cikgu norsha:
sukar utk dibayangkan kemeriahan solat subuh sama seperti solat jumaat.. kalaulah ia berlaku, alangkah gembiranya..
sama2 doa.. semoga kita semua cukup kuat untuk angkat kain selimut di subuh hari..
ye lah kan, kain selimut waktu subuh, beratnya lain macam.. (",)
tuan fuad akmal:
datanglah kamu ke masjid, sebelum kamu diusung ke masjid.. (",)
cik pulau:
honda lampu bulat jugak yg banyak berjasa kan.. (",)
cikgu ma:
nanti2, dok sibuk layan amni, buku sekolah pun tak sempat nak tanda.. macamane..(",)
aween:
tak la jauh sgt.. tapi tkalau orang kita, penat.. kalau orang bangladesh, masjid 4-5 kilometer pun, rileks je jalan kaki.. dahsyat depa tu..(",)
apan:
itulah tu.. kena betulkan hati.. kena bersangka baik.. itu belum lagi tok imam masjid sepenuh masa pakai ferrari.. mau jugak depa kata, eh banyak betul elaun imam ni.. (",)
iqa:
tahniah, anda pemenang..
tuan iwan:
mudah2an bila jadi kaya, tidak lupa utk bertakwa... (",)
kak syikin:
dahsyat kata2 tu.. membuatkan saya terfikir.. erm.. betul jugak tu..
(",)
kak nida:
nak buat macamana, kereta mewah je yg orang tu ada.. lupa nak beli motor kepala bulat.. tu yg naik ferrari.. ikhlas tu.. insyaAllah.. (",)
queenie:
mulut orang susah nak tutup..
buat baik salah.. buat salah, lagilah salah..
moga sama2 diberi kefahaman yg betul.. (",)
liyana:
harap2, pengaruh orang kaya yg bertakwa dapat digunakan pada jalan yg baik.. (",)
ckin:
jawapan yg baik.. (",)
kalau ada hadiah tempat kedua, mungkin andalah pemenangnya.. (",)
lyza:
silakan.. (",)
terima kasih kerana sudi jenguk blog yg tak seberapa ni.. (",)
kak zakie:
kak zakie kalau berpuisi,
mahu saja diulang baca banyak kali.. (",)
sham:
disebabkan semakin ramai yg lupa jalan, mungkin kita kena banyakkan signboard menuju ke masjid.. (",)
kaloi:
yup, kembalilah pada Allah.. (",)
kak yatie awang:
alangkah untungnya orang kaya yg tidak lupa kepada Penciptanya..
kak aimaniman:
erm.. segan pulak rasanya nak bagitau.. mau jugak nanti ramai yg carik saya suruh buat pelaburan itu ini.. hehe.. (",)
adalah lebih baik masuk sekolah teknik dari mencari teknik untuk menjatuhkan ummat islam.. (",)
no display name:
Allah... kalaulah pemilik ferrari tu baca komen anda, alangkah baiknya.. (",)
Post a Comment