Monday, April 25, 2011

BeRSaNGKa BaiK TeRHaDaP uJiaN-NYa..

Di suatu ketika yang lalu.. (Menyebabkan aku terasa kembali muda..)

Aku mendaftar masuk di sebuah menara gading.. Sedang mengemas di asrama, aku lihat almari baju tidak berada pada kedudukan yang betul. Maka datang seorang rakan membantu aku mengalihkan almari.. Baik sungguh pekertinya dan indah sungguh bahasanya.. Kemudian, azan Zuhor berkumandang, rakan tersebut lantas mengajakku ke surau.. Alhamdulillah, seronok aku mendengar ajakannya..

Hari demi hari berlalu.. Aku lihat rakanku tersebut begitu taat perintah Allah dan begitu gigih mengulangkaji pelajaran setiap hari.. Namun, apabila tamat semester pertama, dia gagal mendapatkan gred yang baik sehingga terpaksa menamatkan pengajian.. Aku lihat dia begitu REDHA dan BERSANGKA BAIK terhadap kegagalan tersebut..Tidak sesekali aku mendengar dia menyalahkan takdir.. Jarang aku dapat lihat insan yang sebegini.. Jarang juga aku mendapati insan yang begitu taat perintah Allah dan begitu rajin mengulangkaji pelajaran, gagal dalam peperiksaan.. Begitu besar ujian Allah terhadapnya..

Maka, semester dua berlalu dengan begitu sepi tanpa kehadirannya.. Tidak kelihatan lagi kelibat seorang insan yang selalu mengajakku untuk solat berjemaah di surau..

Ketika pendaftaran semester ketiga menjelma, dia menelefon kami.. Dia berhajat untuk pergi berkelah bersama kami sebaik sahaja kami selesai mendaftar masuk.. Malam sebelum hari pendaftaran, dia menelefonku bahawa dia akan bertandang ke rumahku sebelum kami bergerak bersama-sama ke kampus.. 

Pagi itu, dia menelefonku dan berkata bahawa dia dalam perjalanan ke rumahku. Mungkin dalam masa setengah jam lagi dia akan tiba.. Aku menunggu dengan sabar..Setengah jam berlalu sehinggalah ia menjadi begitu lama.. Aku cuba menelefonnya, tetapi tidak berjaya.. Aku menelefon rakan-rakanku di kampus, rupanya mereka juga gagal menghubunginya..

Aku mula membuat andaian bahawa mungkin dia ke tempat lain dan tidak jadi berkelah bersama kami.. Aku lantas bergerak ke kampus dan mendaftar masuk..

Dua minggu berlalu di semester ketiga... Tiba-tiba, kami mendapat tahu berita kematiannya.. Kami lantas menuju ke rumahnya dan menziarahi kuburnya.. Rupa-rupanya, dia kemalangan ketika dalam perjalanan ke rumahku dua minggu yang lalu.. Telefon bimbitnya telah dicuri ketika kemalangan berlaku sehingga menyebabkan kami tidak dapat menghubunginya..

Seperti sebuah batu yang besar sedang menimpa kami sebaik mendengar cerita tersebut..  Telah dua minggu dia meninggalkan kami tanpa kami sedari.. 

Ya Allah, betapa Engkau LEBIH menyayangi insan-insan sepertinya...

Al-Fatihah buat sahabatku.. Aku yakin dan percaya, engkau dikalangan insan-insan yang sedang bersenang-lenang di alam kubur dan sedang menanti kebahagiaan akhirat. 

p/s: BERSANGKA BAIKlah dengan ujian Allah terhadapmu.. Kerana DIA sedang mengujimu sebelum datang hari kematianmu.. Maka jika kamu REDHA, balasan yang baik akan menantimu...

10 comments:

Norsha said...

Ya Allah....benar sekali hidup ini penuh dgn ujian tapi ujian didunia kecil sekali jika dibandingkan dgn ujian di akhirat nanti, malangnya di dunia inipun ramai yg sudah kalah dgn ujian yg diberinya....

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Betul tu cikgu..
Saya rasa ramai yang akan gagal dalam ujian jika mereka tidak betul-betul merasakan ujian itu datang dari Allah dan Allah ingin menguji ketakwaan hamba-hambaNYa..

Kita sering menyalahkan takdir dan kemudian mengambil keputusan untuk berbuat jahat.. Bila orang tanya kenapa kita terlibat dalam perkara jahat, kita dengan tenang berkata bahawa "aku dilahirkan dari keluarga yang jahat maka sebab itu aku juga menjadi jahat..".. hurm...

Afida Anuar said...

Allahuakbar... moga begitu tabahnya arwah...

moga Allah tempatkan arwah di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman...akak pun yakin, arwah sedang berbahagia di alam sana.

Unknown said...

innalillah..
tiada siapa menduga.Allah lebih menyayangi hamb2Nya yg soleh dan solehah.mudah2an arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman

fuad ansari said...

Kak Afida:
Yup, dia begitu tabah...
Bahkan, akhlaknya begitu indah..

Setiap hari selepas isya', dia berada di meja study.. Dia begitu sungguh2 untuk berjaya..

Tetapi, benarlah bahawa usaha tetap usaha tetapi kejayaan itu datang dari Allah..

Ada orang berusaha dan berjaya..
Ada orang berusaha tetapi tidak berjaya..
Ada orang yang tidak berusaha tetapi berjaya..
Dan ada juga orang yang tidak berusaha dan tidak berjaya..

fuad ansari said...

Titisan Hujan:
Yup tul tu...Allah lebih menyayanginya.. Tidak disangka dia pergi terlalu awal..

Ternyata kematian itu tidak mengenal:
Muda mahupun tua..
Kaya mahupun miskin..
Sakit mahupun sihat...
Bersedia mahupun tidak..

Sama2 kita persiapkan diri..

~PENCHENTA~ said...

Ya Allah. Tersentap sekejap. Allah. Allah. Selalu leka dengan dunia. Padahal malaikat maut ready je nak tarik nyawa. Allah.

fuad ansari said...

Tyah:
A'ah kan.. Kita sering terleka..

No wonder malaikat izrail kata:
Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Unknown said...

mashallah...dunia penjara utk mukmin,syurga bg kafir...

Salam ziarah,menarik artikel yang saudara tulis,saya menjemput saudaran untuk memberi komentar,cadangan untuk penambahbaikan atau pandangan terhadap artikel terbaru saya.Semoga jasa saudaradibalas oleh Allah SWT.Mana tahu kemungkinan kita berbeza pandangan,jesturu itu,di harapkan dapat berkongsi bersama.

fuad ansari said...

Tuan Fuad Akmal:
Benar tuan.. Maka janganlah kita berasa hairan andai kita melihat seolah-olah kekayaan dunia itu seperti bersahabat karib dengan mereka dan meminggirkan kita..

InsyaAllah, moga saya diberi kelapangan waktu.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...