"Jika Zaid bin Harithsah terbunuh, maka Ja'far bin Taib akan ambil alih tugas sebagai pemegang bendera Islam.. Jika Ja'far terbunuh, maka Abdullah bin Rawahah sebagai gantinya.."
Kemudian, telah berkata seseorang kepada Abdullah bahawa kemungkinan dia dan dua sahabatnya lagi akan syahid pada peperangan tersebut berdasarkan kata-kata yang diucapkan Nabi saw..
Maka Abdullah telah buat keputusan untuk menangguhkan perjalanan ke medan perang dgn niat utk bersolat Jumaat di belakang Nabi saw tatkala dia menyedari bahawa itu mungkin solatnya yang terakhir.
Maka pada pengamatan kita,pastinya Abdullah bin Rawahah mendapat empat kelebihan berbanding sahabat-sahabatnya yang telah pun menuju ke medan perang..
1) Dapat bersolat di belakang Nabi saw tatkala yang lain hanya bersolat di belakang amir yg mengimamkan mereka ketika musafir.
2) Dapat bersolat di Masjid Nabawi tatkala yang lain hanya bersolat di perjalanan.
3) Dapat bersolat Jumaat tatkala yang lain hanya solat zuhor kerana sedang bermusafir.
4) Dapat bersolat di kota yang mulia iaitu Madinah tatkala yang lain telahpun berada di luar Madinah.
Tetapi bila mana perkara ini diberitahu kepada Nabi saw, maka kata Nabi saw, "Sepagi dan sepetang di jalan Allah itu lebih baik dari dunia dan seisinya.."...
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Satu titis air jika dikeluarkan dari lautan, maka akan berkuranglah air lautan tersebut kerana lautan mempunyai sempadan...
Tetapi bilamana Allah swt mengeluarkan sesuatu dari khazanahNya untuk diberikan kepada hambaNya, maka tidak akan berkurang walaupun sedikit kerana khazanah Allah tiada sempadan...
2 comments:
Naik jazbah ni.
InsyaAllah tak lama dah ni.
Doakan untuk saya ye tuan.... (",)
Post a Comment