Kalaulah kita hanya mengambil kira kerja dakwah, solat fardhu, solat malam, baca quran, zikir dan sedekah sebagai kayu pengukur dalam perkara agama (agama itu luas sebenarnya), MAKANYA....
Ada orang dengan iman yang ada pada dia, maka dia mampu untuk buat kerja dakwah, solat berjemaah di masjid, bangun solat malam, baca quran, zikir dan sedekah..
Ada orang dengan iman yang ada pada dia, maka dia hanya mampu untuk solat 5 waktu di rumah, baca quran, zikir dan sedekah..
Sehinggalah ada orang dengan iman yang ada pada dia, maka dia hanya mampu untuk solat jumaat sahaja ataupun mungkin juga orang tu hanya mampu bersedekah sahaja(bilamana terlalu sibuk dengan dunia)....
Tapi tak perlulah kita mendabik dada atas tahap keimanan kita bila kita membandingkannya dengan orang lain.. adalah lebih baik untuk kita terus berusaha atas iman kita, mudah-mudahan mati dalam keadaan iman yang diterima oleh Allah dan kita ditempatkan di syurgaNya buat selama-lamanya...
Ya aiyuhalladzina aamanu, aaminu...
Wahai orang-orang yang beriman, berimanlah kamu.. (berusahalah atas iman kamu)
Bagaimana untuk usaha atas iman???? Pada pandangan saya, bersusah payahlah untuk agama Allah.. kerana iman dan kefahaman agama tidak datang dengan senang.. tapi iman dan kefahaman agama datang dengan susah payah, mujahadah dan pengorbanan... Sejauh mana susah payah kita untuk datang dekat kepada agama, sebanyak itulah iman dan kefahaman agama akan datang kepada kita..
Or kita leh ambik apa yg Nabi saw bersabda, jaddidu imanakum (perbaharui iman kamu), iaitu dengan memperbanyakkan memperkatakan tentang LA ILA HA ILLALLAH (yakni banyak memperkatakan tentang kebesaran Allah). Ayat quran pun ada bagitau, ya aiyuhal mudatthir, kum faanzir, warrobbaka fakabbir.. (Wahai orang yg berselimut, bangunlah, Tuhanmu perbesarkan)
Ada gak orang kata, kalau kereta problem, hantar bengkel..Kalau iman problem, gi masjid...gi masjid kan antara perkara yang perlukan pengorbanan..bila ada pengorbanan insyaAllah iman meningkat..lagipun, gi masjid kan dapat rahmat.. Maka bila pulang dari masjid ke rumah, kan pulang dengan rahmat.. Bila pulang bawak rahmat, insyaAllah keluarga bahagia...kan elok tu.. Wallahua'lam...
Hanya pandangan dari insan yang lemah sebagai peringatan untuk diri sendiri yang lemah.. mohon maaf andai ada salah dan silap..
p/s:
1) Ada gak orang dengan iman yang ada pada dia, maka dia hanya mampu untuk solat tp masih belum mampu mengenakan pakaian yang menutup aurat.
2) Suka kat topik ni.. http://syurgadidunia.blogspot.com/2011/01/kamu-engineer-belajar-enjin-sudahla.html
No comments:
Post a Comment