Saturday, June 26, 2010

AL-HaDiD


Siapakah yang mahu meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, maka Allah akan melipat-gandakan (balasan) pinjaman itu untuknya, dan dia akan memperoleh pahala yang banyak. (Al-Hadid ayat 11)

Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
(Al-Hadid ayat 20)

Monday, June 21, 2010

BeRSaNGKa BaiK..

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu : “Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) : “Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu): “Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang jahil, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia jahil (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) : “Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk…

(Syeikh Abdul Kadir Jailani)

Thursday, June 17, 2010

PiNGGaN..


Manusia akan datang kepada Allah dalam tiga keadaan sepertimana seseorang yang telah meminjam sebuah pinggan dari seorang jiran.. Yang pertama, orang itu memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang telah siap dicuci. Jiran tersebut terus menyimpan pinggan tersebut. Yang kedua, orang itu memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang kotor, maka jiran tersebut akan mencuci pinggan tersebut kemudian menyimpannya. Dan yang ketiga, jiran tersebut memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan yang telah pecah. Jiran tersebut akan membuang pinggan tersebut ke dalam tong sampah..

Begitu juga manusia.. Ada manusia yang datang kepada Allah dalam keadaan iman yang sempurna dan amal-amal kebaikan yang banyak, orang tersebut akan terus dimasukkan ke dalam syurga. Ada manusia akan datang kepada Allah, dalam keadaan beriman tetapi mempunyai banyak dosa, maka orang ini akan dimasukkan terlebih dahulu ke dalam neraka, kemudian setelah dicuci dosa-dosanya barulah Allah swt memasukkannya ke dalam syurga.Yang terakhir, ada manusia yang datang dengan iman yang rosak, maka orang ini terus dimasukkan ke dalam neraka untuk selama-lamanya. Na'uzubillah..

Wednesday, June 16, 2010

TeRTiB..

Allah swt telah ciptakan dunia yang sementara untuk manusia.. Manusia seringkali tertipu dengan tipu daya dunia. Semua manusia datang ke dunia untuk pergi.. Manusia datang ke dunia dengan tertib. Akan ada seorang datuk dahulu barulah seorang ayah akan datang. Akan ada seorang ayah dahulu barulah seorang anak akan datang. Tetapi kematian tidak ada tertib. Terkadang-kadang, anak pergi dahulu dari ayah. Terkadang-kadang ayah pergi dahulu dari datuk. Terkadang-kadang yang sihat pergi dahulu dari yang sakit..

Maulana Abdul Rahman, Bayan Asar, Ijtimak Dunia, Nilai N.Sembilan, 9 Julai 2009.

Monday, June 14, 2010

JiKa iNiLaH PeRinTaH ALLAH..


“Ya Allah, aku telah korbankan dan telah tinggalkan seorang isteri, seorang anak dan meletakkan mereka di rahang kematian, semata-mata kerana perintahMu. Ya Allah, kasihanilah mereka. Daripada pengorbanan ini, wujudkanlah satu ummat yang akan meninggikan kalimah Allah di seluruh pelusuk alam yang kerja mereka membangunkan ummah sebagai ketaatan kepada Allah swt.”

Doa tersebut telah dipohon oleh Nabi Ibrahim as, ialah pada ketika Baginda membawa isterinya Hadrat Hajar dan anaknya Ismail as, dan dengan perintah Allah diletakkan di suatu lembah, lembah yang Allah swt kisahkan di dalam Al-Quran, “Wadi atau lembah yang tidak ada tumbuhan”, yang bermakna tidak ada asbab-asbab kehidupan, satu wadi, satu lembah kontang yang kering, tidak ada makanan, tidak ada sumber air, tidak ada apa-apa asbab hidup.
Ketika itulah apabila Hadrat Ibrahim a.s meninggalkan mereka dan dia ingin beredar, Hadrat Hajar berkata, “Ke mana engkau hendak pergi tinggalkan kami?” Nabi Ibrahim as tidak memberi apa-apa jawapan. Kali yang kedua beliau tanya, juga Nabi Ibrahim as diam tidak memberi apa-apa jawapan. Pada kali ketiga beliau bertanya, kata Ibrahim as, “ Tidak ada seorang bapa yang hatinya begitu keras seperti batu yang tidak rasa belas kasihan, meletakkan anak dalam kebinasaan semasa bepergian dan tidak ada seorang suami yang begitu keras akan sifatnya yang sanggup meletakkan dan membiarkan seorang isteri di dalam ambang kematian. Tetapi wahai Hajar, bahawa inilah perintah Allah.”
Apabila beliau mendengar jawapan Ibrahim as, Hadrat Hajar telah jawab dengan penuh dengan iman, penuh dengan yakin dengan wahyu Ibrahim as.
“Sekiranya inilah perintah Allah, maka biarkan kami. Sebagaimana Allah swt memberi rezeki kepada kami, memelihara serta menjaga kami, semasa kami berada dengan abang, begitu juga Allah swt boleh membela,menjaga dan memberi rezeki kepada kami tanpa abang, di suatu tempat yang yang tidak ada manusia, tidak ada Bani Adam, tidak ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada air dan tidak ada sebab-sebab untuk hidup.”
(Ijtimak Sri Petaling, Bayan Maghrib, 12 Jun 2010)

Wednesday, June 9, 2010

CoBaaN...

Malam tadi tengok rancangan Sehiris Peria Secawan Madu.. Tersentuh dengan ayat ni...

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Al-Baqarah ayat 214)..


Ya Allah.. tabahkan hati hambaMu ini.. Jadikanlah setiap cubaanMu sebagai penyebab ganjaran syurgaMu..

Thursday, June 3, 2010

SaLaH SiaPa..


Kerja x salah, tp jgn sampai buat kerja, lupa Allah..
Kaya x salah, tp jgn sampai bila kaya, lupa Allah..
Miskin x salah, tp jgn sampai bila miskin, lupa Allah..

Hari-hari kerja, bila mati, tetap kena berhenti keje..
Hari-hari kumpul duit, bila mati, tetap gak masuk kubur sehelai sepinggang..
Ada umah besar, bila mati, tetap gak tidur kat kubur.. (itupun kalau leh tido)

Lebih baik jgn lupa Allah..
Lebih baik ingat mati..
Lebih baik buat persiapan utk mati..

Kesimpulannya..
Lebih baik banyakkan usaha untuk kehidupan yang kekal, dari terlalu sibuk berusaha untuk kehidupan yang sementara..
kan.. kan.. kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...