Monday, June 14, 2010

JiKa iNiLaH PeRinTaH ALLAH..


“Ya Allah, aku telah korbankan dan telah tinggalkan seorang isteri, seorang anak dan meletakkan mereka di rahang kematian, semata-mata kerana perintahMu. Ya Allah, kasihanilah mereka. Daripada pengorbanan ini, wujudkanlah satu ummat yang akan meninggikan kalimah Allah di seluruh pelusuk alam yang kerja mereka membangunkan ummah sebagai ketaatan kepada Allah swt.”

Doa tersebut telah dipohon oleh Nabi Ibrahim as, ialah pada ketika Baginda membawa isterinya Hadrat Hajar dan anaknya Ismail as, dan dengan perintah Allah diletakkan di suatu lembah, lembah yang Allah swt kisahkan di dalam Al-Quran, “Wadi atau lembah yang tidak ada tumbuhan”, yang bermakna tidak ada asbab-asbab kehidupan, satu wadi, satu lembah kontang yang kering, tidak ada makanan, tidak ada sumber air, tidak ada apa-apa asbab hidup.
Ketika itulah apabila Hadrat Ibrahim a.s meninggalkan mereka dan dia ingin beredar, Hadrat Hajar berkata, “Ke mana engkau hendak pergi tinggalkan kami?” Nabi Ibrahim as tidak memberi apa-apa jawapan. Kali yang kedua beliau tanya, juga Nabi Ibrahim as diam tidak memberi apa-apa jawapan. Pada kali ketiga beliau bertanya, kata Ibrahim as, “ Tidak ada seorang bapa yang hatinya begitu keras seperti batu yang tidak rasa belas kasihan, meletakkan anak dalam kebinasaan semasa bepergian dan tidak ada seorang suami yang begitu keras akan sifatnya yang sanggup meletakkan dan membiarkan seorang isteri di dalam ambang kematian. Tetapi wahai Hajar, bahawa inilah perintah Allah.”
Apabila beliau mendengar jawapan Ibrahim as, Hadrat Hajar telah jawab dengan penuh dengan iman, penuh dengan yakin dengan wahyu Ibrahim as.
“Sekiranya inilah perintah Allah, maka biarkan kami. Sebagaimana Allah swt memberi rezeki kepada kami, memelihara serta menjaga kami, semasa kami berada dengan abang, begitu juga Allah swt boleh membela,menjaga dan memberi rezeki kepada kami tanpa abang, di suatu tempat yang yang tidak ada manusia, tidak ada Bani Adam, tidak ada tumbuh-tumbuhan, tidak ada air dan tidak ada sebab-sebab untuk hidup.”
(Ijtimak Sri Petaling, Bayan Maghrib, 12 Jun 2010)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...