Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk bertemu dengan neneknya.Setibanya ke rumah,si gadis terus melurumasuk ke dapur dan memeluk neneknya.Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu,si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya.Teman lelakinya terus duduk di ruang tamu,sambil menantikan kekasihnya di dapur dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja.Bosan menunggu,dia pun terus mangambil sebutir kacang,lalu memakannya.. setengah jam kemudian.. habis semangkuk kacang itu dimakannya!Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu.Lalu dia dan neneknya balik ke ruang tamu. "Nenek,inilah teman lelaki saya yang katakan tadi..,Yang minta maaf lupa nak kenalkan dengan nenek tadi," kata si gadis.. "Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek,habis semangkuk kacang nenek saya habiskan.." kata pemuda itupula. "Itulah cu,cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang,tapi nenek ni bukannya ada gigi,jadi nenek pun hisaplah coklat tu sampai habis,kacangnya nenek letakkanlah dalam mangkuk tu..."
Cerita 2
Seorang lelaki pergi ke klinik mata.Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: "Doktor, lepas pakai cermin mata nanti,boleh saya membaca macam orang lain??? "Dah tentu," jawab doktor. "Oh gembiranya.Dah lama saya buta huruf.Akhirnya boleh juga saya membaca."katalelaki itu dengan riang.
Cerita 3
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasatpunca kematian tiga lelaki sekaligus.Selepas memeriksa mayat-mayat itu,diabertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga: Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba-tiba diserang stroke.Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga di sambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga: Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya..
Cerita 4
Ketika memeriksa seorang pesakit,Dr Ridwan mendapat panggilan telefon daripadaseorang suri rumah.Suaranya begitu cemas.
Surirumah: Doktor! Doktor! Anak saya makan semut!
Doktor : Tak apa,jangan cemas.Semut tak berbahaya.
Surirumah: Tapi,saya dah beri dia makan racun serangga agar semut tu mati.
Doktor : Apa???Cepat bawa dia ke hospital!
Cerita 5
Peter yang telah lama bertugas di Hong Kong terkejut apabila tunangnya tiba-tiba ingin memutuskan pertunangan.Wanita itu juga meminta dikembalikan semua gambarnya.Lalu Peter memungut semua gambar yang ada dalam simpanannya kemudian dibungkus dalam kotak besar lalu diposkan kepada tunangnya bersama nota: "Maaf,aku lupa yang mana satu gambarmu.Pilihlah sendiri gambar tu, tapi ingat selebihnya kembalikan kepadaku.."
Cerita 6
Ramli menyewa sebuah pejabat yang cantik beserta perabot antik. Sedang diaduduk sendirian,tiba-tiba datang seorang lelaki.Untuk menunjukkan kesibukannnya,Ramli mengangkat telefon berkata-kata berseorangan seolah-olah sedang berbincang tentang sesuatu projek besar.Setelah beberapa minit bercakap,dia memandang lelaki tadi yang masih tercegat di depannya. "Boleh saya tolong?"tanya Ramli."Encik! Saya datang nak pasang telefon" kata lelaki tersebut sambil tersengih.
Cerita 7
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab ekslusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . .
"Hello?"Abang, nie sayang nie,"
"emmm . . "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"iya."
"sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru . . cantik bang, Bolehke sayang beli?”
"Berapa harga nya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan denganBMW yang kita beli tahun lepas tu "
“ Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi...""Apa?""Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan....pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu . . . sekarang nie untuk dijual.Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?" " Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kitaboleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! ILove You !!!"
"Bye... I Love you to . . "
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut: "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NI SIAPA PUNYA?
2 comments:
best2...
klakar la...
hilang tension bile bace..
(",)
Post a Comment