bahawa dia adalah seorang atheist. Dia kemudiannya bertanya pada
murid-muridnya sama ada mereka juga seorang atheist. Disebabkan
keinginan untuk jadi seperti guru mereka walaupun tidak tahu maksud
sebenar perkataan atheist itu, murid-murid tersebut mengangkat tangan
mereka dengan cepat dan mengaku bahawa mereka juga atheist.
Bagimanapun terdapat seorang murid perempuan bernama Zainab tidak
mengangkat tangan. Guru muda tersebut bertanya kepada Zainab kenapa
dia tidak mengangkat tangan.
Zainab menjawab, "Sebab saya bukan seorang atheist."
"Kalau kamu bukan seorang atheist, maka apakah kamu?" tengking guru
muda itu.
"Saya seorang muslim cikgu!" jawab Zainab.
"Oh begitu!" kata guru muda itu dengan nada yang sinis. "Kenapa kamu
seorang muslim?" guru muda itu mengajukan lagi soalan.
"Saya muslim sebab ibu dan bapa saya beragama Islam," jawab Zainab.
Guru tersebut kemudian berkata, "Bagaimana kalau ibu dan bapa kamu
seorang baghal. Apa pula kamu?"
Zainab tersenyum lalu menjawab, "Saya akan jadi atheist!"
No comments:
Post a Comment