Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya, "tanyalah apa yang engkau kehendaki".
Dia berkata : Aku mahu menjadi seorang yang alim.
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya.
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil.
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik.
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia.
Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah
Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku.
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna.
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik ).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin.
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat.
Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa.
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa.
Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat dibawah cahaya.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya.
Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dankasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.
Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu.
Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia..
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia.
Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri (tawakkal) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia.
Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih (dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu.
Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan RasulNya.
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka.
Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya.
Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku.
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya.
Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat.
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat.
Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan.
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ).
Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan
Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?.
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang.
Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah.
Telah berkata Imam Mustaghfirin. Aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....
2 comments:
jzkk atas perkongsian
Srikandi Ummah:
terima kasih kerana sudi melawat.. sharing is caring.. (",)
Post a Comment