Tuesday, July 24, 2012

aPaBiLa MaSJiD KuRaNG MeSRa..

Di sebuah masjid, di bumi Malaysia..

Pakcik Ali yang baru berjinak-jinak ke masjid kelihatan mendatangi masjid dengan baju t-shirt biasa dan seluar slack tanpa mengenakan kopiah..

Pakcik Abu: Ali, cubalah datang masjid pakai baju melayu, pakai kain pelekat dengan kopiah, kan elok sikit..
Pakcik Ali: hmm....
(Beberapa hari kemudian, Pakcik Ali tidak lagi kelihatan datang ke masjid.. Sekarang, salah siapa??)

______________________________

Di sebuah surau, di tempat orang.. 

Ada sekumpulan belia.. Mereka selalu datang ke surau.. Tapi Ramli kesian.. Mereka tidak diberi peluang untuk menjadi bilal apatah lagi menjadi imam.. Walhal Ramli rasa, suara dan bacaan mereka lebih baik dan bertenaga.. 

Jika esok-esok, di surau pakcik, yang ada hanyalah golongan yang sebaya dengan pakcik, saya tahu mana silapnya.. 
______________________________

Johan membawa isteri dan anaknya bertarawikh di sebuah masjid, di dalam sebuah kampung.. 

Pakcik Man: Budak kecik tak boleh bawak datang masjid.. Budak-budak lelaki sekalipun, kalau tak sunat, jangan bawak datang masjid.. Nanti kalau dia kacau orang lain solat, sorang batal solat, satu saf boleh batal.. bla bla bla bla bla.....
Johan: (Senyap.. Mungkin itulah perbuatan yang paling hikmah yang Johan boleh buat.. Sebab jika Johan terus berkata-kata pada ketika itu, takut2 lain jadinya..)
Pakcik Man: Kamu dok kat lorong mana?
Johan: Kat lorong 3..
Pakcik Man: Rumah yang mana?
Johan: Saya menantu Ustaz Kassim.. 
Pakcik Man: (Terus diam..) 
Johan: (Beredar dengan sangkaan yang baik..)

Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. 

Sunday, July 15, 2012

Di HaRi LaHiRKu...

Hari itu hari Jumaat.. Hari ketiga aku demam.. Ketika yang lain sedang sibuk melakukan persiapan untuk kenduri doa selamat dan tahlil arwah bapa mertuaku, aku hanya mampu berbaring keseorangan di dalam bilik.. Kedengaran laptop dipasangkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.. "Wahh, sungguh menikam di kalbu.. Seperti berada di wad ICU," bisik hatiku.. 

Sejurus selepas itu, tidak semena-mena aku berasa sungguh tidak larat.. Dadaku sesak.. Ketika itu, aku tidak punya kudrat untuk memanggil sesiapa.. Mulalah aku terbayang, inilah saatnya aku akan pergi meninggalkan dunia ini.. Mungkinkah kenduri doa selamat dan tahlil arwah itu juga nanti adalah untukku?? Oh, tidak.. Aku masih muda.. Bagaimana dengan nasib isteriku nanti?? Tiba-tiba seakan ada suara berkata, "Kenapa perlu engkau risau tentang isterimu?? Isterimu seorang wanita yang sangat tabah dan berdikari..". "Betul jugak," kata hatiku..

Aku cuba mencari alasan lain....Bagaimana dengan anakku?? Dia kan masih kecil?? Tiba-tiba suara itu datang lagi sambil berkata, "Bukankah anakmu lebih berkelakuan baik bila bersama isterimu dan lebih banyak mengada-ngada bila bersamamu?" Arghh sudah... Aku sudah tidak punya alasan... 

Sebenarnya, terlalu banyak persoalan yang timbul selepas itu.. Namun, kesemuanya terjawab dengan baik sehingga aku benar-benar bersangka dunia bukan lagi tempat untukku...   

Aku hanya pasrah menantikan saat itu.. Andaikata aku punya masa untuk melakukan solat sunat untuk kali yang terakhir, aku sendiri tidak pasti samada aku mampu melakukannya atau tidak kerana aku tersangat-sangat tidak punya kudrat untuk bangun dan meminta pertolongan.. Seakan sukar untuk dipercaya, saat itu aku langsung tidak punya kudrat untuk mengangkat tanganku.. Mulutku seakan terkunci.. Dada dan kepalaku tersangat sakit.. Aku hanya bersangka, mungkin inilah kesakitan orang yang hampir kepada kematian.. Dan aku cuma berharap, moga dengan kesakitan itu, Allah swt mengampuni dosa-dosaku.. 

Aku pasrah dan terus pasrah.. Hampir setengah jam aku melalui saat itu.. 

Namun, sebaik sahaja isteriku menjengukku di bilik, tidak semena-mena kudrat dan tenagaku kembali pulih.. Aku sudah mampu berbicara.. Dan aku hanya mampu beristighfar berulang kali.. Rupa-rupanya, Allah swt sekadar memberikan aku sedikit kesempatan buat merasai saat itu..

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah.. Aku masih punya kesempatan dan waktu untuk beramal dan melakukan lebih persiapan untuk kehidupan akhirat yang pasti akan datang padaku... 

Dan nampaknya, aku juga masih diberi kesempatan untuk menulis di hari lahirku.. 

Tuesday, July 3, 2012

ReaLiTi KeHiDuPaN Di KuaLa LuMPuR..

Walaupun Ramli agak sibuk mempersiapkan diri untuk program bakat bolasepak"Misi Mencari Ramli", Ramli sempat juga mencuri sedikit masa untuk berborak-borak dengan kawan lamanya, Faris..  

Ramli: Faris, lama tak jumpa.. Ko dah kahwin ke?

Faris: Ishh, aku kalau kawin, mesti ajak ko punya..

Ramli: Apa yang ko tunggu lagi tu.. Hensem dah hensem dah, nak kata tak baik, lagi baik dari aku, nak kata tak bekerjaya, dah jadi pegawai kerajaan dah..

Faris: Disebabkan aku bercadang nak jadi suami, ayah, anak dan menantu yang baik, jadi aku mahukan isteri aku duduk kat rumah dan jalankan tugas yg baik sebagai seorang isteri dan ibu.. Aku cepat kesian kalau isteri aku bekerja.. Jadi bila aku buat kira-kira, masih tak cukup lagi pendapatan aku sebanyak RM2800.00 sebulan sebagai pegawai kerajaan yang hidup di Kuala Lumpur untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga aku..

Ramli: Ko biar betul.. Takkan tak cukup kot.. Punya banyak gaji macam tu tak cukup lagi?

Faris: Kalau aku kerja kat kampung mungkin cukup, masalahnya sekarang aku kerja kat KL..  Aku dah kira-kira dah.. Memang tak cukup.. Aku pun pelik, kenapa tak cukup... Walhal dah kerja pegawai dah.. Orang lain, keje kerani je pun, boleh rileks je walaupun anak dah sampai 2-3 orang.. 

Ramli: Haa, itulah keajaiban perkahwinan.. Oklah, cuba ko buat kira-kira.. Tang mana yang tak cukupnya tu.. 

Faris: Meh bagi aku kertas dan pen.. Tolak tepi cerita kos sara hidup 5-10 tahun yang lepas.. Ini cerita tahun ni untuk golongan macam aku yang duduk kat kl ni..

Faris pun mula menconteng di atas lembaran kertas... Lebih kurang beginilah contengannya:

Gaji bulanan: RM 2800.00
Bagi kat mak ayah: -RM 300.00
Bayaran bulanan kereta (Proton Persona): -RM 700.00
Bayar bil: -RM 150.00
Perbelanjaan untuk minyak dan tol, untuk sebulan: -RM 250.00
Perbelanjaan dapur atau makan untuk sebulan: -RM 300.00
Bayaran balik pinjaman PTPTN: -RM 200.00
Kos sewa rumah jika hidup bujang di Kuala Lumpur: -RM 200.00
Simpanan tetap: -RM 200.00
Perbelanjaan pelbagai (bayaran zakat, dll): -RM 100.00
Maka, baki yang tinggal (simpanan utk kenduri kahwin): RM 400

Bila dah kawin (ada sorang anak):
Baki bawa ke depan: RM 400.00
Tambahan duit sewa rumah jika hidup berkeluarga, sebulan: -RM 600.00
Sebagai menantu yang baik, bagi kat makayah mertua: -RM 300.00
Kos perjalanan ulangalik balik kampung, kurang2 sebulan sekali: -RM 300.00
Kos untuk lampin pakai buang dan susu, sebulan: -RM 400.00
Perbelanjaan pelbagai (baju anak isteri  dan lain-lain): -RM 200.00
Nafkah kepada isteri aku: -RM 200.00
Maka, baki yang tinggal: -RM 1600.00

Faris: Jadi, sebab ni lah aku terpaksa tangguhkan dulu niat aku untuk berkahwin.. Takpe kan...
Ramli: Hurmm....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...