Amni kelihatan begitu kusyuk baca buku.. Tiba-tiba:
Amni: Ayah, 'kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga', apa maksudnya?
Ramli: Ermmmm..... Maksudnya, 'kalau kulit tak cukup tebal, api neraka jangan diduga'...
Amni: Kalau 'bagai kacang lupakan kulit', apa maksudnya?
Ramli: Maksudnya, 'bagai anak Adam lupakan syurga'...
Amni: Betul ke ni ayah.. Kalau satu soalan 5 markah, cikgu akan bagi markah 10/10 ye, ayah?
Ramli: Samada Amni akan dapat markah 20/10 takpun 0/10.. Tengok nasiblah..
_______________________________
Amni: Ayah, hudud tu ape?
Ramli: Hudud tu hukuman atau undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah swt terhadap sesuatu kesalahan.
Amni: Kenapa negara kita tak mengamalkan hudud?
Ramli: Mungkin kerana pandangan serong terhadap hudud.. Asal sebut hudud je, ada yg kata kejam, asal sebut hudud je, ada yang kata habislah kudung tangan rakyat Malaysia..
Amni: Yang sebetulnya, hudud tu macamana ayah?
Ramli: Di zaman Nabi saw, ada seorang wanita telah jumpa Nabi saw.. Wanita tu bagitau, "saya telah berzina, ya Rasulullah". Nabi saw tanya, "apakah kamu bermimpi pada ketika tu?". Wanita tu jawab, "tidak". Nabi saw tanya lagi, "adakah kamu hanya bercumbu-cumbuan? Wanita tu jawab, "tidak". Sedaya upaya Nabi saw berfikir agar wanita tersebut boleh terlepas dari hukuman. Kemudian, apabila hukuman hendak dijalankan, didapati wanita tu mengandung. Nabi saw tangguhkan hukuman. Selepas melahirkan anak, Nabi saw tangguhkan lagi hukuman supaya wanita tersebut dapat menyusukan anaknya. Nampak kan, masih ada ehsan dan kasih sayang dalam pelaksanaan hukum hudud.. Ketika hukuman sebat dilaksanakan, baru separuh jalan, wanita tersebut melarikan diri. Nabi saw biarkan sahaja dengan anggapan wanita tersebut telah menarik kembali pengakuan zinanya..
Amni: Mesti sakit kan ayah, kalau kena sebat.
Ramli: Tukang sebat hendaklah melakukan sebatan seolah-olah sedang mengepit sesuatu di ketiaknya. Makna kata, tidaklah mengangkat tangan terlalu tinggi. Sakit tetap sakitlah.. Tapi taklah seteruk macam hukuman sebat kat penjara sekarang ni.. Sekali sebat, mau jugak tak berak seminggu.. Konsep sebat ni, mahu menimbulkan rasa keinsafan dan bukanlah mahu sebat dengan kejam.
Amni: Ooo, baru Amni faham..
Ramli: Itu belum cerita bab murtad yang mana bukan senang-senang nak jatuh hukuman. Perlu ada sesi kaunseling untuk mengenalpasti kenapa orang tersebut mahu keluar Islam. Kalau disebabkan kejahilan dia, maka boleh dilepaskan. Atau mungkin kalau dia mahu bertaubat, itupun boleh dilepaskan..
Amni: Senang kata, bukan senang-senang nak jatuhkan hukuman dalam hudud ye ayah.. Banyak perkara yang harus diambil kira.
Ramli: Iye.. Ia bukan hukuman semata-mata tapi ia lebih kepada mendidik hati manusia.
14 comments:
Sy tak berani nak komen apa2 psl hudud. Skg nie tak ley salah ckp. Sikit je salah, abis org2 kat luar sane dok hentam.
=D
Assalamualaikum wbt..
Seandainya hukuman hudud dilaksanakan, insya-ALLAH maksiat sukar bermaharajalela..Pada zaman Rasulullah, tidak banyak berlakunya maksiat kerana adanyan hukuman hudud..
Sekali hukuman hudud dilaksanakan,menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak melakukannya lagi..
Maaflah jika apa yang saya kata ni salah..^^
Apa yg pasti hukum di dalam al-quran telah jelas dan punya garis panduan yg cukup cantik dan wajib dituruti. Tidak mengamalkan samalah tidak percaya pada hukum itu.... bila tidak percaya kena ingatlah balik rukun iman yg 6 satu darinya kena percaya pada kitab Allah... Wallahu'alam...
sangat bimbang org2 yg bukan ma'ruf tentang hudud, tanpa bersalah mempertikaikan hukum Allah..
**Amni dapat 20/10 sebab pandai bertanya, bukan sebab jawab dengan betul ^_^
Dunia aman dengan hukuman hudud
mereka2 yg brcakap2. tntg hudud,tp diri mereka sndiri kosong dr hudud..???mcm mana erk??
kita lg yakin undang2 buatan manusia drpada undang2 Allah..alasan tidak relevan sangat..."masanya belum sesuai"...bila dgr ayat mcm nie...panas je telingan dengar...huhuhu..tu la manusia...
fara:
sy pun tak berani.. cepat2 saya buat entri baru.. (",)
noorieda:
Wsalam wbt..
Benar bagai dikata...
Jika tidak dilaksanakan hudud, maka orang lain sukar untuk mengambil pengajaran dari kesalahan yang telah dilakukan oleh orang lain..
kak zakie:
saya tidak nampak yg kita punya alasan yg kukuh utk menolok hukum Allah.. (",)
cikgu ma:
nanti saya suruh Amni jadi anak murid cikgu ma.. senang dapat markah.. (",)
kak syikin:
ramai yg cuba mencari keamanan dengan cara yg lain.. (",)
tuan fuad akmal:
moga di suatu hari Allah swt penuhkan diri mereka dengan perkara hudud.. (",)
tuan jabbar:
mungkin masanya akan tiba di saat kiamat telah menjelma.. (",)
Ya Atiqa!
Jangan hanya pandang silap orang,
Tapi cari dimana silapmu...
T_T o isk3... Dirimu kurang korban sehingga Allah belum berkenan untuk jadikan agama pada dirimu asbab hidayah & kefahaman buat mereka...
Moga Allah kasih.
sy nak kongsikn ini... ^_^ tqvm..
untung amni ada ayah mcm ramli...pandai utk terangkan apa itu hudud...kalau semua ayah mcm ramli, mungkin kesedaran pasal ni boleh timbul kpd umat islam kita...tahniah ramli....
iqa:
Ya Fuad!
Jangan hanya pandang silap orang,
Tapi cari dimana silapmu...
T_T isk3...
Terima kasih..
moga Allah kasih.. (",)
ckin:
ok.. dipersilakan... ilmu mmg harus dikongsikan..
mmg byk baiknya jika ia dikongsikan di blog ckin.. kerana pembaca blog ckin adalah berbeza dengan pembaca blog saya.. (",)
apan:
ironinya, setiap anak harus berasa untung kerana mempunyai seorang ayah.. ketika ada orang lain, sudah tidak punya ayah.. (",)
assalamualaikum.
hee. saya rasa encik ramli dan amni sangat cute bila berbual. tu je saya nak komen. hee
sar:
wsalam wbt...
ingatkan ramli yg comel.. rupanya perbualan ramli yg comel.. ke guane.. (",)
Post a Comment