Wednesday, August 24, 2011

AnTaRa KeReTa BaRu DaN DuiT RaYa BaRu..

Gambar ehsan dari Google.. Tak mampu pulak nak tukar duit raya sebanyak ni.. (",)
Baru lepas tukar duit raya.. Susah gak nampaknya tahun ni nak tukar duit raya last-last minute... Yang tinggal RM5 dan RM10.. Mujur dapat jugak tukar RM1 pada akhirnya.. Untuk insan-insan yang belum berapa nak kaya ni, mau lari budget kalau nak bagi SEMUA budak-budak RM5 atau RM10.. Saudara-mara terdekat dan insan-insan tertentu boleh la kot..  Silap-silap, mau berkerumun budak-budak datang rumah kalau tau dapat RM5 atau RM 10 kan.. 

Tiba-tiba ada suara ghaib menyapa, "Alaaa abang ni, kedekut la.."

"Abang bukan kedekut dik.. Kalau boleh biar ramai sikit yang merasa duit raya dari abang.. Kalau setakat nak bagi adik sorang, RM100 pun abang boleh bagi.. Orang kata, bagi biar ikhlas dan ikut kemampuan.. Adik pun jangan dok datang rumah orang semata-mata nak kutip duit raya ye.." (",)

Cuba kita fikir-fikirkan situasi berikut:

Kategori C:
Di waktu pagi
Ali: Nampak gembira je, Ahmad..
Ahmad: Biasalah.. Kereta baru.. Boleh pakai masa raya nanti.. Mesti orang lain jeles la..

Di waktu petang
Ali: Nampak muram je, Ahmad..
Ahmad: Baru tukar duit raya baru..
Ali: Tukar kereta baru nampak gembira, tukar duit raya baru nampak muram pulak, kenapa??
Ahmad: Kereta baru aku boleh pakai.. Duit raya baru aku kena kasi kat orang.. Macam mana aku tak muram..
__________________________________________________

Kategori B:
Di waktu pagi
Ali: Nampak gembira je, Ahmad..
Ahmad: Biasalah.. Kereta baru.. Boleh pakai masa raya nanti.. Mesti orang lain jeles la..

Di waktu petang
Ali: Nampak gembira je, Ahmad..
Ahmad: Baru tukar duit raya baru.. Macam mana tak gembira.. Dapat jugak aku sedekah kat budak-budak masa raya nanti..
__________________________________________________

Kategori A:
Di waktu pagi
Ali: Nampak muram je, Ahmad..
Ahmad: Biasalah.. Kereta baru.. 
Ali: Kenapa muram pulak?? 
Ahmad: Risau pulak aku kalau2 timbul rasa riak bila guna kereta baru..

Di waktu petang
Ali: Nampak gembira je, Ahmad..
Ahmad: Baru tukar duit raya baru.. Macam mana tak gembira.. Dapat jugak aku sedekah kat budak-budak masa raya nanti..

Tuesday, August 23, 2011

MaCaMaNa NaK JaDI BaiK??

Di sebuah surau, seorang imam awal 60-an sedang bertadarus bersama beberapa orang anak muda...

Tiba-tiba bacaan imam tersekat-sekat pada satu ayat..

"Astaghfirullahal 'azim,"

"Patut la.. Surah Al-Jin.. Jin dok kacau la ni.." kata imam berseloroh di malam-malam akhir Ramadhan..

Tergelak-gelak anak muda mendengarnya.. Entah apa yang digelikan sangat, orang lain dah habis gelak, anak muda sorang ni masih nak gelak lagi.. Terpaksalah anak muda istighfar banyak-banyak sebab nak pujuk diri supaya serius sikit.. Buruk benar rasanya kalau gelak lebih-lebih masa bertadarus...

Usai bertadarus, tiba-tiba imam berkata.. 

"Al-Quran ni kena baca hari-hari baru boleh lancar membacanya.. Peringatan untuk diri saya la sebenarnya.."

"Al-Quran ni kalau nak pandai baca tak kira umur dah.. Rugi kalau tak pandai baca quran.. Takde istilah dah tua tak boleh belajar quran.. Saya dulu umur 45 tahun baru nak jadi baik.."

Anak-anak muda hanya mendengar dengan tekun.. Umur 45 tahun baru jadi baik pun, sekarang dah jadi imam dah.. Banyak surah-surah panjang yang imam ni hafal..

"Dulu saya kerja kastam bahagian penguatkuasaan untuk kongsi gelap.. Jahat tu tak payah cakap la.. Perkataan "masyuk" yang orang sekarang dok guna, zaman 70-an dulu orang kastam dah selalu guna dah.. Isteri saya sampai sekarang ingatkan saya jangan jadi jahat balik," kata imam lagi..

Anak-anak muda terus mendengar..

"Asalnya hantar mertua pegi haji je.. Kemudian terus daftar haji.. Tak lama lepas tu dapat panggilan haji dan kat sanalah saya mula bertaubat.." sambung imam lagi..

"Tolong orang lain buat baik, akhirnya kebaikan tu datang kat saya, alhamdulillah..." kata-kata penutup imam sebelum bersurai..

"Ermm.. Tolong orang lain buat baik.. Macam ni rupanya nak jadi baik"... kata anak muda di dalam hatinya sambil bersalam-salaman untuk pulang ke rumah... 

"Malam ni jangan lupa cari lailatulqadar.." pesan imam ketika masing-masing mengorak langkah pulang ke rumah...

Maka, pulanglah anak muda ke rumah berbekalkan pengajaran dan iktibar.. 

p/s: 
-seronok jugak dengar cerita orang-orang tua ni kan.. 
-buat yang akan pulang ke kampung.. hati2 dalam perjalanan.. Moga selamat sampai untuk bertemu insan tersayang.. Kalaupun duduk di kampung, jangan lupa mencari malam lailatulqadar ye.. (",)
-disebabkan takut umur tak panjang, saya dengan ini ingin memohon jutaan kemaafan atas salah silap serta ketelanjuran kata...2-2 ye.. eh silap lak.. 0-0 ye... (",)
-ucapan selamat hari raya nanti-nanti lah ye.. takut hilang pulak mood anda semua nak carik lailatulqadar..(",)

Thursday, August 18, 2011

CeRiTa PaSaL BoLa..

Al-kisah.. Tersebutlah kisah.. Sekumpulan jemaah anak-anak muda berikhtikaf di masjid... 

Di hadapan masjid, kelihatan para belia begitu asyik bermain bola sepak di padang.. Nampak seakan-akan mereka itu bakal bergelar pemain bola sepak terkenal.. Ahli jemaah hanya mengintai dari masjid.. Dalam hati berkata, dahsyat jugak mereka ni bermain..

Keesokan harinya, ahli jemaah bermesyuarat.. Masjid dahagakan kehadiran para belia.. Bagaimana agaknya untuk mengajak para belia ini ke masjid.. Mereka sudah sampai ke padang, sikit sahaja lagi langkah yang diperlukan untuk ke masjid.. Seakan memahami jiwa anak-anak muda, ketua jemaah menyuruh kami bermain bola sepak bersama mereka.. Bermain sambil mengeratkan silaturrahim..

Petang itu, usai solat Asar, pertemuan diadakan bersama para belia yang sudah semakin ramai ke padang.. Mereka mahu perlawanan persahabatan.. Ahli jemaah bersetuju.. Ahli jemaah boleh dikenali dengan penampilan seperti berkaki ayam, berseluar panjang dan berkopiah.. Maka berlangsunglah perlawanan persahabatan antara pasukan seluar panjang dan pasukan belia..

Nampak seakan bakal kalah... Tapi tak mengapa, mahu usaha yang terbaik.. Kalau boleh biar menang.. Biar pasukan seluar panjang yang menang.. Gol pertama milik pasukan seluar panjang.. Pasukan belia masih nampak tenang.. Gol kedua dari jarak jauh kemudiannya hadir.. Jaringan dari tengah padang oleh penulis ternyata membuatkan pasukan belia tergamam.. Selepas dari gol itu, kelihatan mereka semakin bersungguh-sungguh.. Mereka tidak mahu kalah nampaknya.. Mungkin mereka takut dimalukan.. Allah punya kuasa.. Akhirnya, pasukan seluar panjang tetap menang dengan jaringan 4 berbalas 1.. Alhamdulillah, Allah kasi menang.. Bantuan Allah itu dekat..

Yang penting, hubungan semakin akrab.. Kami semakin mesra.. Ketika waktu Maghrib dan Isyak, kelihatan ada pemain-pemain pasukan belia turut sama solat jemaah di masjid... Syukur padaMu ya Allah pemilik hati-hati manusia.. Sekali lagi Engkau tunjukkan bantuanMu.. Semoga mereka terus istiqomah ke masjid..

Terfikir juga, kalaulah pemain-pemain pasukan bola sepak Malaysia berpakaian menutup aurat, mungkin bantuan Allah itu lebih dekat dalam setiap perlawanan... Kata seseorang, never give up on a miracle.. (",)... Wallahua'lam....

Saturday, August 13, 2011

aHMaD aLBaB YaNG PuNYa..

Terliur tgk ais krim
Rutin waktu malam Husna ketika Ramadhan adalah berbuka, bertarawikh di surau dan tidur dengan lenanya..

Hari ini?? Hujan yang sangat lebat menimpa bumi Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya.. Perkhidmatan komuter tergendala.. Jalanraya sesak teruk.. Natijahnya, Husna terpaksa berbuka di dalam kereta dan tidak sempat bertarawikh di surau seperti biasa..

Sepanjang perjalanan, Husna melihat petugas-petugas beruniform dan pekerja-pekerja kilang yang bekerja shif malam.. Melihatkan mereka, Husna berasa sangat bersyukur kerana masih belum bekerja dan beroleh banyak kesempatan untuk pergi bertarawikh di surau..

Ketika di rumah, Husna menangis-nangis tidak mahu tidur.. Yang peliknya, ketika mendekati pintu, Huna akan berhenti menangis.. Eh eh.. Ni cerita Husna ke cerita Ahmad Albab.. Rupa-rupanya, Husna ingin berkata bahawa "Hari ni Husna belum bertarawikh, macamana Husna nak tidur??

Maka, kerana surau pun dekat terpaksalah Abi Husna membawa Husna berjalan ke surau.. Jika berpatah balik sebelum sampai ke surau, pasti Husna akan buat-buat menangis kembali.. (sejak bila pulak budak-budak yang baru berumur setahun tiga bulan dah pandai ingat jalan ke surau ni.. pelik dibuatnya..) Usai berjalan ke surau dan walaupun tidak berasa puas hati kerana tidak dapat bermain bersama kawan-kawan ketika tarawikh, Husna pulang ke rumah dan dapat tidur dengan lenanya sehinggalah ke saat cerita ini dikarang...

p/s: moral of da story... sama-sama fikirkan.. (",)

Monday, August 8, 2011

DiSKauN..


Kisahnya bermula di sini..


Cikgu Noraini: Kamu semua azam khatam quran berapa kali sepanjang Ramadhan ni??
Senyum soya : Saya azam untuk khatam 10 kali, cikgu..
Mutiara: Saya mintak diskaun 60% la, cikgu.. Mungkin 4 kali khatam, cikgu..
S A R: Saya nak diskaun 70%, cikgu.. 3 kali la kot...
Sakinah: Depa dah diskaun.. Saya lagi la.. Mungkin saya cuba khatam sekali, cikgu..
Aizureen: Saya pun nak gak la.. Kalau khatam sekali tapi tadarus ramai-ramai, kira aci tak cikgu??
Afida: Kalau depa semua sibuk nak baca, meh saya tolong dengar apa yang depa baca.. Dapat pahala gak kan cikgu..
Cikgu Noraini: Cikgu pun bercadang nak mintak mak ayah kamu diskaunkan sikit duit raya kamu tahun ni...

Pelajar-pelajar: Jangan la macam tu, cikgu.. Bab duit raya mana leh diskaun..


----------------------------------------------------------

Sepanjang Ramadhan ni, bila bicara tentang khatam quran..

Tak dapat tiga hari sekali khatam..
 
Seminggu sekali khatam pun jadilah...

Tak dapat seminggu sekali khatam (sebulan=4kali khatam)..
Sebulan tiga kali khatam pun jadilah..

Tak dapat sebulan tiga kali khatam..

Sebulan sekali khatam pun jadilah..
 

Tak dapat sebulan sekali khatam.. 
Bertadarus quran kat masjid sehari satu juzuk pun jadilah..
 

Tak dapat bertadarus quran kat masjid sehari satu juzuk..
Baca quran hari-hari walaupun tak sempat nak khatam pun jadilah..


Tak dapat baca quran hari-hari pun..
Dengar orang lain baca quran hari-hari pun jadilah...

Kata orang, BETTER than NEVER kan...


p/s: 
-ini dah 90% diskaun.. kalau nak diskaun lagi, boleh tutup kedai dibuatnya.. (",)
-mintak maaf la.. tiba-tiba tajuk bertukar.. (",)

Thursday, August 4, 2011

CiKGu NoRaiNi Di PaGi RaMaDHaN

Di suatu pagi yang hening, di hari pertama Ramadhan..

Cikgu Noraini: Kamu sahur apa pagi tadi Afida?
Afida: Roti canai, cikgu..
Cikgu Noraini: Sempat pulak kamu nak tebar roti canai pagi-pagi ye..
Afida: Bukan saya yang buat, cikgu.. Mamak yang tolong buatkan.. Saya sahur kat kedai mamak pukul 2.00pagi tadi..
Cikgu Noraini: Tu bukan sahur.. Tu 'supper' namanya.. Waktu sahur tu adalah sekira-kira dalam tempoh bacaan 50 ayat Al-Quran sebelum masuknya waktu Subuh.. Kalau Subuh pukul 5.30pagi, bersahur pukul 5.00pagi tu kira cantik sangat la tu.. Makna kata, waktu sahur tu, sama cantik dengan kamu..

Afida menganguk tanda faham sambil tertunduk malu... (",)

Cikgu Noraini: Kamu bersahur apa pagi tadi Nazihah? Monyok je nampak gayanya.. Dah macam ayam berak kapur dah cikgu tengok muka kamu tu..
Nazihah: Saya sempat sahur sebiji kuih yang dibeli semalam dan minum air je cikgu..
Cikgu Noraini: Takpe.. Takpe.. Yang penting sahur.. Dalam sahur ada Kaf-Ba-Ro-Kaf-Alif-Ta-Nun.. K.E.B.E.R.K.A.T.A.N. Kalau sempat makan sebiji kurma dan minum segelas air pun takpe.. Yang penting keberkatannya tu..

Hidayah: Saya tak bersahur pun, cikgu..
Cikgu Noraini: Kamu kenapa tak sahur? Kamu tak boleh berpuasa ke?
Hidayah: Saya bukan taknak sahur.. Tapi sama je kalau saya sahur atau tak.. Tak sahur pun saya larat gak untuk puasa..
Cikgu Noraini: Tak sama sebenarnya..
Titisan Hujan: Takde Kaf-Ba-Ro-Kaf-Alif-Ta-Nun, cikgu...
Cikgu Noraini: Pandai pulak kamu mengeja ye.. Tapi, betul dah la tu..

Cikgu Noraini: Cikgu nak tanya kamu semua.. Apa yang kamu semua dapat sepanjang bulan Ramadhan??
Mutiara: Dapat kuruskan badan, cikgu..
Fuad Akmal: Berniaga kat bazar Ramadhan, dapat untung banyak, cikgu..
Saiful: Dapat jimatkan duit, cikgu..
S A R: Badan rasa lebih sihat, cikgu.. 
Tahieyah: Dapat beli baju raya, cikgu..
Abu Zarim: Dapat makan best-best masa berbuka, cikgu..
Kueh: Dapat beli dan makan macam-macam kuih, cikgu..
Cikgu Noraini: Semua tu adalah sampingan sahaja.. Yang penting adalah dapat meningkatkan ketakwaan kamu kepada Allah swt.. Ironinya, ia juga adalah satu amalan yang dapat menyatukan hati ummat Islam seluruh dunia kerana seluruh ummat Islam sedang melakukan amalan yang sama iaitu berpuasa..

p/s: Watak-watak diatas adalah rekaan semata-mata.. Tidak ada kena-mengena samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...