Kisah satu:
Semut hitam dan semut merah kedua-duanya tinggal di Bangi..
Semut hitam: Ko pergi mana antara Maghrib dan Isyak tadi?
Semut merah: Aku pegi Putrajaya..
(Maka tergelaklah semut hitam dengan terguling-guling sambil berkata "jalan pun terkedek-kedek".. Tidak masuk akal langsung yang kawannya mampu pergi ke Putrajaya dan balik semula ke Bangi hanya dalam tempoh waktu Maghrib dan Isyak..)
Kisah dua:
Ikan Nemo: Korang tau tak, ada kawan-kawan kita yang dihiris-hiris sisiknya, dipotong-potong badannya , dibakar-bakar tubuhnya dan dimakan-makan dagingnya...
Ikan Beliak Mata: Jangan nak membongak.. Gilo ko apo dio ni.. Kat ese ekau nak nipu, tak dapek do..
Hidup hanya di lautan menyebabkan ikan beliak mata, ikan biji nangka, ikan cermin, ikan parang, ikan kapak dan ikan mudim semuanya tak percaya.. Lalu mereka pun beredar..
Kisah tiga:
Ketika tahun ke-11 kenabian (menurut kebanyakan riwayat), Nabi saw telah diisrakkan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dan dimikrajkan ke Sidratul Muntaha dalam tempoh satu malam..
Maka, kebanyakan orang-orang bukan Islam dan orang-orang munafik tergelak-gelak dan ada yang mengatakan Nabi saw telah gila dan nyanyuk kerana mereka merasakan tidaklah logik hanya dalam satu malam Nabi saw boleh sampai ke Masjid Al-Aqsa.. Di kalangan orang Islam juga, ada yang seperti sukar untuk percaya..
PADA SUDUT PANDANG YANG LAIN:
Kisah satu: Semut merah telah masuk ke dalam poket seorang makmum masjid yang telah menaiki kereta lalu pergi ke Putrajaya dan pulang semula ke Bangi dalam tempoh Maghrib dan Isyak..
Kisah dua: Ikan Nemo baru sahaja selamat pulang ke lautan setelah sekian lama hidup di sebuah aquarium.. Maka Ikan Nemo telah mengetahui banyak perkara yang berlaku di daratan.. (macam filem Finding Nemo kan)
Kisah tiga: Itulah antara mukjizat Nabi saw dan sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..
PENGAJARANNYA:
1) Bukalah minda.. Kadang-kala apa yang kita rasa tidak logik oleh tahap pemikiran kita itu, sebenarnya memang benar-benar berlaku.. Jadi, percayalah..
2) Peristiwa Israk dan Mikraj bukan untuk kita terlalu mempersoalkan tentang tempoh masa yang diambil, tetapi perkara utama yang perlu diberikan perhatian adalah ambil beratlah tentang SOLAT, ambil beratlah tentang SOLAT dan ambil beratlah tentang SOLAT kerana atas sebab perintah solatlah, berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj..
3) Apa juga perintah Allah swt itu ada hikmahnya.. Jangan terlalu mempersoalkan dan terlalu mencari logik disebaliknya.. Just do it..
4) Korang tambahlah sendiri.. Pleaseeee.. hehe..
21 comments:
Kak Afida:
Saya rasa kalau semut tu bawak Incik Hitam, logik.. Kalau bawak kete lain, x logik.. (",)
Nur Aisya Humaira:
Wa'alaikumussalam wbt..
Mungkin sape2 yg pernah tgk filem Finding Nemo akan terfikir..
Saya pulak fikir, ntah2 penerbit filem tu mengambil peristiwa israk dan mikraj sebagai idea utk buat filem..
Kalau peristiwa israk dan mikraj, Nabi saw naik ke langit dan kembali ke bumi, kemudian cerita kat sahabat r.anhum..
Dalam filem Finding Nemo, ikan naik ke daratan dan kembali ke lautan, kemudian cerita kat kawan-kawan dia.. (",)
Titisan Hujan:
Salam..
Hidup tanpa solah seumpama hidup tanpa tenaga.. (*fuad, 2011)
Takutlah Allah dalam perkara solat..
Takutlah Allah dalam perkara solat..
Takutlah Allah dalam perkara solat..
Adibah Ishak:
Salam..
Mempersoalkan perintah Allah seumpamana bercakap mengenai keindahan dunia ketika berada di padang mahsyar..tidak relevan sama sekali!! (*fuad, 2011) (",)
p/s: *sume saya reka je.. jadi tidak layak dijadikan hujah ataupun dalil.. (",)
Yang pasai semut tu, mati2 akak ingat dia bawak kereta. Eh lagi tak logik kan? mana la semut boleh bawak kereta... masuk poket tu logik..he he.
nice entry fuad..nice..
Assalam fuad..:)
yang semut tu, sye pun pk camtu gak die terlekat dkt org...:)
yg ikan nemo,tak terpk die duk dlm akuarium..ngeh2
Kak Afida:
Saya rasa kalau semut tu bawak Incik Hitam, logik.. Kalau bawak kete lain, x logik.. (",)
Nur Aisya Humaira:
Wa'alaikumussalam wbt..
Mungkin sape2 yg pernah tgk filem Finding Nemo akan terfikir..
Saya pulak fikir, ntah2 penerbit filem tu mengambil peristiwa israk dan mikraj sebagai idea utk buat filem..
Kalau peristiwa israk dan mikraj, Nabi saw naik ke langit dan kembali ke bumi, kemudian cerita kat sahabat r.anhum..
Dalam filem Finding Nemo, ikan naik ke daratan dan kembali ke lautan, kemudian cerita kat kawan-kawan dia.. (",)
salam
nice entry dan peringatan yg sgt bguna~~~
ambil beratlah tentang SOLAT, ambil beratlah tentang SOLAT dan ambil beratlah tentang SOLAT
salam :)
kadang2 apa yg dilihat, apa yg bermain di fikiran memang tak seperti yg kita jangkakan.. tapi itulah kebenaran..jgn terlalu mempersoalkannya.. nice entri fuad :)
bukan semua perkara dalam dunia ni logik pada pandangan kita.
Titisan Hujan:
Salam..
Hidup tanpa solah seumpama hidup tanpa tenaga.. (*fuad, 2011)
Takutlah Allah dalam perkara solat..
Takutlah Allah dalam perkara solat..
Takutlah Allah dalam perkara solat..
Adibah Ishak:
Salam..
Mempersoalkan perintah Allah seumpamana bercakap mengenai keindahan dunia ketika berada di padang mahsyar..tidak relevan sama sekali!! (*fuad, 2011) (",)
p/s: *sume saya reka je.. jadi tidak layak dijadikan hujah ataupun dalil.. (",)
salam,
akhir zaman ni mmg ramai org suka guna logik akal dari terima bulat2 apa yg diajar nabi....
Tuan Izmer:
Kerana pandangan manusia terlalu sempit jika dibandingkan dengan pandangan Allah swt..
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Pandangan hati itu yang hakiki,
Kalau hati itu bersih.. (",)
Cikgu Norsha:
Salam..
Itulah tu.. Macam lah hebat sangat akal manusia ni kan.. Hatta keindahan syurga itupun sebenarnya kita tak mampu gambarkan.. Ia jauh lebih indah dari apa yg kita sangkakan..
p/s: eh eh, ada pulak komen cikgu ditengah2 komen saya.. ini bermaksud semasa cikgu sedang memberi komen, saya juga sedang membalas komen..kan kan.. hehe..
Cikgu Norsha:
Kebetulan dua-dua sedang online.. Apa kata kita chat je kat sini.. hehehe.. gurau je..
p/s:teruk benar pulak rasanya kalau ruangan komen dijadikan ruangan chat.. (",)
ahlia teet.. teet teet teet teet.. teet teet.. :
Lagi best kalau dapat gi taiping ari tu.. (",)..
salam
pengajarannya...buka mata dan buka minda...
Puan Kamsiah:
Salam..
Betul3..
Buka hati juga sebab sekarang ni jawapan paling popular kala disuruh berbuat sesuatu yang baik, "belum terbuka hati lagi.." (",)
ha ha bijak bijak, minum susu Anmum kecik2 dulu nih .
semut dalam kocek dia lah tuu. Keh3.
Dalam hidup ni takda apa yang mustahil. Sebab Tuhan kita adalah Allah. :)
Couverv:
Minum susu Mum je.. Lebih enak diminum begitu saja.. (",)
Tyah:
Tau2 je.. (",)
Yup betul tu.. dan hakikatnya Tuhan kepada seluruh makhluk adalah Allah cuma masih ada yang tidak mengakui Allah sebagai Tuhan mereka tatkala di alam roh mereka mengiyakan.. QOLU BALA SYAHIDNA..
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",
(Al-A'raaf ayat 172)
haha harap dapat share something
http://couverv.blogspot.com/2011/05/kingdom-of-heaven-versi-nenek-kau.html
couverv:
InsyaAllah.. (",)
Post a Comment