Friday, April 15, 2011

TiGa Ta..

HarTA, TahTA, WaniTA.. Aku melihat, ramai yang tertewas juga ramai yang sanggup menjatuhkan orang lain dek kerananya..

Tidak hairanlah, ketika mana Islam dilihat semakin kuat, maka pembesar-pembesar Quraisy menawarkan ketiga-tiga "TA" ini kepada Nabi saw supaya Nabi saw meninggalkan usaha dakwahnya.. 

Maka apa kata Nabi saw?? "Andaikata kamu meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, aku tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini sehingga Allah memenangkan urusan ini atau aku hancur bersamanya" 

Andai hari ini, ada orang berkata mereka memperjuangkan agama, tetapi dalam masa yang sama, bilamana mereka ditawarkan dengan ketiga-tiga TA ini dan mereka tidak mampu menolaknya, maka usahlah kamu berkata bahawa kamu sedang memperjuangkan agama..

Andai hari ini, ada orang berkata bahawa mereka adalah orang yang berhak memimpin negara Islam ini (ISLAMkah??), tetapi dalam masa yang sama ketiga-tiga TA ini kelihatan begitu sebati dengan diri mereka sehingga mereka sanggup menjatuhnya orang lain  dek kerananya, maka usahlah kamu berkata bahawa kamu layak memimpin negara ini..

Andai hari ini ada orang berkata bahawa mereka adalah orang yang benar dan menyeru agar kita mengikuti ajaran mereka, tetapi dalam masa yang sama seolah-olah ketiga-tiga TA ini sedang menguasai mereka sehingga mereka mengada-adakan pernikahan batin demi untuk kepuasan mereka, maka kita anggap sahajalah bahawa mereka sedang cuba membina jalan-jalan yang menyimpang dari ajaran agama..

Terkadang-kadang aku melihat, dalam memperjuangkan agama, manusia itu bermula baik pada peringkat awalnya, namun setelah beberapa ketika, apabila ditawarkan dengan ketiga-tiga TA ini, mereka tewas dan akhirnya mereka berjalan di atas jalan yang salah..

Terkadang-kadang aku melihat, dalam menghadapi kehidupan ini, manusia itu bermula dengan niat dan perilaku yang baik, namun setelah beberapa ketika bila diuji dengan ketiga-tiga TA ini, mereka tewas dan akhirnya niat dan perilaku hanyalah bermatlamatkan dunia semata-mata..

Aku berharap, akan sampai satu masa, di negara ini, lahirnya seorang pemimpin yang memperjuangkan Islam lebih daripada kecintaan mereka terhadap HARTA dan TAHTA, juga kepada WANITA yang tidak berhak terhadap mereka... 

p/s: wanita itu berhak dicintai.. tetapi hendaklah wanita itu dicintai pada landasan yang betul.. jika tidak, ia bukanlah dinamakan cinta.. Ia bolehlah dinamakan memenuhi nafsu semata-mata..

Nukilan ini sekadar luahan hati penulis sahaja.. Tidaklah bermaksud untuk menempelak mahupun menuding jari kepada orang lain.. Ia adalah sekadar untuk peringatan diri agar diri tidak lupa dan leka.. Harap maklum..

Andai kalian mendapati diri ini sedang lupa dan leka, tolong ingatkan diri ini.. Jasa baik kalian sangat dihargai..

29 comments:

Kamsiah yusoff said...

salam kenal
tazkirah yg baik dipagi jumaat ni..
wanita...makhluk ALLAH yg cantik dipandang,tanpa wanita hilanglah seri dunia..tp dalam masa yg sama..boleh jadi racun dan juga penawar..terpulang pd lelaki bagaimana menguruskan nafsu mereka..

Afida Anuar said...

Bukan saja pimpinan negara...pemimpin keluarga pun sama fuad...

ramai gak akak tengok saudara lelaki yang depan mata akak sendiri tewas sebab wanita. Sebelum kahwin, alhamdulillah lengkap bersolat jemaah di masjid/surau.. tapi lepas kahwin....asyik solat kat rumah je..errr

Nauzubillah...

Ismi Ijmi said...

MasyaAllah benar sangat abg fuad.
dalam susana apapun.
semoga Allah bagi kita taufiq

ahLia shahril said...

salam..

kena lawan nafsu tekan nafsu..

jgn bagi die chance goda kita!!

kakibiskut said...

lelaki yg bijak, akan kalah dengan stu org perempuan..-bijakpndai-

ukhti,mardhiah said...

kadang-kadang kecian jugak pada gol Adam ni. kami pun boleh jadi sbb mereka masuk neraka.
mari kami jaga diri elok2 bagi kurang chance jd fitnah bg mereka ni.Semoga Allah kasihani kita semua.

umu6point said...

Allahuakhbar..
nape ler wanita juga termasuk eh..huhuu > x perlukan jawapan untuk ini..sesaje je nak tanya.heh!

Para Sahabat dulu paling takut nak pegang amanah. atau dengan kata lain pangkat, jawatan dan kedudukan... Kita di masa sekarang?

Firman Allah swt:

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh," (Q.S Al Ahzab 72).

Bila dah pegang amanah ni...maka mata akan di kaburi pula untuk mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya seakan-akan yakin dapat hidup selama-lamanya di bumi yang bersifat sementara ni. Allahuakhbar... bertapa kita tertipu dengan tipu daya dunia.

Anonymous said...

Bukankah nabi pernah berpesan, tidak akan ada fitnah yg terbesar melainkan fitnah dari wanita .

maka berjaga-jagalah wahai kaum muslimin..

dan sebaik-baik wanita ialah wanita yg solehah, seindah perhiasan dunia

shahirahkhairudin said...

Assalamualaikum..
pertama sekali kagum dengan laman ini.

keduanya, melankolik kalau bahasa pasarnya sedih. sayu. pilu.

:)

fuad ansari said...

Kak Kamsiah:
Salam.. Doakan saya ye kak.. Agar diberi lebih kekuatan dan ketakwaan.. Saya pun agak ketakutan dengan godaan wanita sebenarnya.. Orang muda lah katakan.. Darah masih mengalir laju lagi.. hehe.. jgn marah.. gurau2 je.. (",)

fuad ansari said...

Kak Afida:
Benar kak.. menjadi pemimpin keluarga pun satu amanah yang berat.. doa2kan saya ye..

Manakan tidak, di rumah ada anak dan isteri sebagai peneman dan penghibur.. Maka terkadang2 sedikit terleka dengan nikmat kekeluargaan yang diberikan.. Na'uzubillah..

Mau tak mau, kena usaha jugak untuk datang masjid, demi kebaikan diri dan keluarga.. Bila pulang dari masjid, pulang bawa rahmat.. Mudah2an dengan rahmat ini, akan bertambah baiklah ahli keluarga kita.. Lagipun dakwah, asasnya bermula di rumah.. (",)

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
InsyaAllah.. Semoga Allah beri kita taufik untuk amal dan sampaikan..

Betapa dari zaman Nabi saw, ketiga-tiga TA ini sudah dilihat sangat merbahaya..

So, be careful young boy.. hehe.. (dulu ada cikgu selalu panggil young boy) (",)

fuad ansari said...

z@i: (ingatkan sapa lah tadi)

Salam..

Yup, nafsu ni memang selalu kena ditekan-tekan.. Kalau tak, naik lemak nafsu ni nanti.. Maka akan jadilah hamba nafsu.. (",)

alifzikri:
lelaki yg bijak pun boleh kalah dengan perempuan??

Ye lah kan, bijak sahaja x mencukupi kalau iman x kuat.. (",)

fuad ansari said...

Mardhiah:
Itu lah tu.. Bahaya sungguh penangan wanita.. Jaga diri elok2 na na na.. Barang hak elok, kena jaga betui2..(",)

Puan Umu:
Tu lah tu.. Dok berebut2 nak pegang amanah..Ada yang siap tawarkan diri sendiri tu untuk jadi ketua..

Awat la jadi lagu tu.. tak paham betui la.. (",)

p/s: dulu masa pilihanraya kampus, orang lain sibuk kempen untuk diri sendiri, saya sibuk kempen untuk orang lain..xnak menang punya pasal..ye lah, pencalonan pun secara paksa rela.. (tapi malangnya menang jugak)

fuad ansari said...

Srikandi ummah:
Wa'alaikumussalam..

No wonderlah kan, Iblis menggunakan wanita untuk menggoda Adam as yang akhirnya disingkirkan dari syurga.. Apa2 pun, ada hikmah di sebaliknya..

Saya memang sedang berjaga2 ni.. dah macam kerja 'jaga' dah rasanya.. hehe.. gurau je.. (",)

Shahirah:
Wa'alaikumussalam wbt..

Tiada apa untuk dikagumkan.. biasa2 je..

Ic.. tinggi sungguh bahasanya.. Bahasa jiwa bangsa lah katakan.. (",)

Norsha said...

fuad,
selain dr tita TA tu, ada lagi dua TA yg mnjadi kegilaan sekarang iaitu kereTA dan kompuTA...

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Hehe.. betul gak tu.. Macam2.. (",)

Menakutkan sungguh TA ni kan.. Agaknya kalau kita singkirkan TA dari kehidupan ni, barang mungkin kita akan berasa lebih tenteram.. (",)

Norsha said...

dua TA yang patut dielakkan iaitu TAmak dan TAkut, TA yg patut dicari ialah TAkwa..........ok,ta ta

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
Betul3.. Setuju.. (",)

Tapi pada sudut yang lain, sangatlah penting untuk meletakkan dalam diri rasa TAkut kepada azab Allah.. Agar bertambah ketakwaan kepadaNya.. Wallahua'lam..

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.

Terlmbt la pula..
Smua yg kat atas tu mmg betul. inysaAllah.
er...ada lg satu TA yg dok risau ni..

buTA agama..

fuad ansari said...

Kak Aliaazuan:
Salam..

Hok buTA agamo yang beghak sungguh ni.. hok ni kalu gi ngaji denge kak aliaazuan, bereh deh... (",)

Ismi Ijmi said...

heh,.. banyak komen nampak.
eh3,tekeluar cerita penah menang p/raya kampus. kolej mana tu? misti ramai "ta" yang ketiga gi undi,keh3.

abg fuad,tgk Berita harian harian hari ni ada tuisan ttg 2 ta.
wah,fikir bagi kesan seluruh alam,...

;-)

mhafiz_ydin said...

Yup.. sokong2..

Nabi saw telah tolak tawaran 3 Ta tu sewaktu awal2 sampykan dakwah Islam.

Dengan usaha iman yakin betul hanya pada Allah, maka apabila datang ujian Ta pada sahabat2 rhum, sahabat tetap teguh dengan iman yang sempurna, tak tergugat.

Azam usaha iman yakin lagi dan lagi.. InsyaAllah.

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
Masa tu, pilihanraya kampus kat uitm k. pilah.. uitm k.pilah kecik je.. jadi x perlu nak buat pilihanraya mengikut kolej tertentu.. Dibuat secara umum.. Rasanya, mesti TA yang ketiga banyak undi.. Dah memang TA yang ketiga pun yang memonopoli kehidupan kampus.. Sian kaum lelaki.. Semakin terpinggir dan berkurangan.. (",)

p/s:Penah dulu bila motor hilang, nak naik bas dalam kampus uitm s.alam.. Rela saya bagi chance kat perempuan naik dulu walaupun hajat di hati nak sampai kolej cepat.. M.E.N.A.K.U.T.K.A.N.. depa dah la ramai.. cara berebut naik bas, mengalahkan lelaki.. ternyata lelaki semakin dipandang sepi dan dipinggirkan.. (",)

(menjadi pelajar sgt menyeronokkan dan penuh kenangan suka duka.. Sila hargai saat2 tersebut) (",)

fuad ansari said...

Tuan Hafiz:
Betapa hasil tarbiyah yang disampaikan Nabi saw,dengan izin Allah, telah berjaya membentuk para sahabat r.anhum yang tahan ujian..

Ternyata juga, mereka adalah insan2 pilihan yang dipilih untuk sama2 menghadapi suka duka bersama Nabi saw..

p/s: x dapat nak bayangkan betapa beratnya ujian bilamana para sahabat r.anhum dipulaukan selama 3 tahun 3 bulan sehingga terpaksa makan daun-daun kering.. T_T

Ismi Ijmi said...

mengapakah?
sama ja masa study ni
ke masa bekeluarga dah jrg jumpa kwn apa

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
Yup tul tu.. Masa study selalu dapat bersama kawan2..
Masa dah berkeluarga, maka sangat jarang ada masa untuk bersama kawan2.. (",)

Lagipun, masa study.. kita kurang komitmen dan ada lebih banyak masa untuk bersuka ria bersama kawan2..

Masa dah ada family, lebih banyak komitmen diperlukan dalam membina baitul muslim yang diredhai Allah..

Senang cerita, kena kawin cepat2.. Kadang2 sesuatu perkara itu sukar untuk dijelaskan kerana ia perlu dialami sendiri.. (",)

namasayatihah said...

Kami wanita insan yg lemah wahai en fuad....

Mempunyai 9 nafsu dan 1 akal...

Maybe itu adalah kelemahan kami yg menyebabkan wanita menjadi penyebab lelaki mencari dosa itu sendiri...

Maybe lelaki itu sendiri sepatutnya menggunakan 9 akal yg diberi untuk mengelak/menepis dosa itu kan..hehe~

fuad ansari said...

Tihah:
Yup..tul tu..

Lelaki perlu menggunakan 9 akal untuk mengelak dan menepis dosa..

Terkadang2 juga, satu akal sudah mencukupi dalam memikirkan cara bagaimana untuk mengelak dan menepis dosa..

Kita semua sama-sama berusaha ye..

Apa yang penting? K.E.R.J.A.S.A.M.A..(",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...