Wednesday, April 27, 2011

aNaK YaNG MeNYeDeKaHKaN PaKaiaN..

Dalam pada aku mengharungi kehidupan ni, aku perasan beberapa perkara yang terkadang-kadang membuat aku berfikir panjang...Kenapa dan mengapa ye??

1) Orang yang kurang berkemampuan itu anaknya ramai tetapi orang yang kaya itu anaknya sedikit...
Betapa orang yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak yang ramai itu sungguh yakin akan rezeki yang dikurniakan Allah. Ketika orang yang kaya itu sibuk mengumpulkan harta dan tidak diketahui bilakah akan berlalu kesibukan mereka dalam mengumpulkan harta.. Sedang mereka tidak menyedari bahawa anak-anak (yang soleh) itu juga adalah harta yang bermanfaat.. 

Betapa aku juga tidak pernah mendengar dikalangan anak-anak yang ramai itu ada yang mati kebuluran... 

Maha Suci Allah yang menghidupkan juga mematikan..Maha Suci Allah yang memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya...

2) Orang yang sempurna fizikal tetapi tetap juga meminta sedekah..
Aku selalu berfikir, kalau mereka mampu pergi meja ke meja untuk meminta sedekah.. Kenapa tidak mereka pergi meja ke meja sebagai pembantu kedai yang membersihkan meja selesai sahaja pengunjung menjamu selera..  Bukankah itu lebih baik?? 
Alangkah baiknya kalau kamu berusaha dengan cara yang baik dan hanya meminta kepada Allah pemilik segala kekayaan... 
(Tapi mungkin juga mereka ada alasan yang lain kenapa mereka tetap meminta sedekah.. Hanya Allah yang lebih mengetahui.. Maka tidaklah perlu kita mengherdik mereka mahupun menghalau mereka dengan cara yang kasar.. )

3) Manusia selalu menilai seseorang melalui pakaiannya..
Aku juga selalu begitu..Kenapa entah.. Mungkin Itu lebih mudah.. Itu sahaja ciri-ciri yang aku mampu lihat untuk menilai seseorang pada pandangan pertama.. Bukan bermaksud semua orang yang berpakaian tidak sempurna itu adalah orang yang tidak baik.. Tetapi sekurang-kurangnya aku beranggapan bahawa orang yang berpakaian sempurna itu sedang cuba untuk menjadi lebih baik.. 
(Apa-apa pun, orang-orang yang kelihatan tidak baik pada mulanya, tidak semestinya akan berterusan begitu.. Barang mungkin suatu hari nanti mereka akan menjadi lebih baik dari aku.. Ya Allah, perbaikilah ummat ini...)

Eh eh, macam tak kena je tajuk entri ni.. (",)

15 comments:

Unknown said...

hidup ni terlalu byk tersurat dan tersirat.cuma kita je yg perlu pandai menilai dalam tersurat dan tersirat tu ^^,

Afida Anuar said...

lari terus tajuk dengan isi.. layannnn...

Ada juga perempuan yang sempurna pakaian, tapi punya hati yang tak baik. Maksud saya dari segi pergaulan dgn sahabat, sentiasa bermasam muka..ada yang kedekut.. Yang tak sempurna pakaian,(ambil contoh yang tak pakai tudung la) baik lah pulak.. sedekah sana sini, persahabatn terjaga elok..tp tak semua la..(moga Allah buka pintu hati depa tuk sempurnakan pakaian kelak)... . Allahualam..

Allah..macam-macam duga Allah kasi... sungguh banyak yang tersirat dan tersurat.. macam entry dan tajuk entry ni je akak tengok.. tersirat!.. heh

Ismi Ijmi said...

hakikatnya kalau ada anak kurang tu,anak2 kenelah titik beratkan beli baju untuk mak ayah kan.

ahLia shahril said...

rejeki bukan hanya dari duet

sangka baik
sangka baik
sangka baik

Norsha said...

Fuad,
1. ada juga org kaya yg langsung takde anak, bukan mereka taknak tapi dh tak dapat, nak wat camna...ujianlah tu namanya

2. kalau sengaja taknak kerja sedangkn sempurna, itu pemalas namanya

3. memang penampilan luaran tidak menggambarkan segala-galanya, sbb itu, don't judge the book by its cover tapi pakaian juga penting utk kita ketahui sedikit sebanyak gambaran dalaman sipemakainya

~PENCHENTA~ said...

Ishk. Allah takkan bagi ujian kalau hambaNya tak mampu. Kan?

Sebab tu yang miskin pun mampu menyara anak yang ramai. Kerana Tuhannya kaya.

Sebab tu yang cacat pun ada tempat dalam masyarakat. Kerana dunia ni Tuhannya yang punya.

:)

Allah saya sangat baik. :))

fuad ansari said...

Titisan Hujan:
Yup betul tu.. seperti mana turunnya hujan.. penuh dengan tersurat dan tersirat.. (",)

Moga Allah swt beri kita kefahaman yang baik dalam menilai yang tersurat mahupun tersirat pada setiap perkara.. (",)

fuad ansari said...

Kak Afida:
Tu lah tu.. Kadang2 rasa kecewa jugak bila pakaian yang sempurna gagal diterjemahkan kepada akhlak yang baik.. Orang kata, jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga.. (",)

Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka perelokkanlah akhlakku..

Tajuk entri adalah berkadar langsung dengan pencarian makna tersirat disebalik perkara2 tersebut.. (",)

fuad ansari said...

Tuan Izmer:
Bukan sekadar beri baju, kasih sayang juga jangan lupa diberikan..

Pakaian kasih sayang adalah lebih membahagiakan.. (",)

Ahlia teeeetttttt.....@zai:
Payah bebenor teman nak mengeja nama kome..
X sabar nak mendapat title ahlia nampak.. (",)

Sama2 kita bersangka baik ye..

Saya rasa, mungkin zai pun sedang bersangka baik yang jodoh semakin dekat.. tu yang bertukar nama tu.. (",)

fuad ansari said...

Cikgu Norsha:
1)yup betul3.. masing2 dgn ujian tersendiri..
2)masing2 nak mudah.. nak kaya pun nak cara mudah.. Agak2nya kalau saya cakap duit tu kalau ditanam akan tumbuh pokok duit, silap2 ada jugak yang mencubanya.. (",)
3)saya setuju.. pakaian sedikit sebanyak menggambarkan peribadi seseorang.. Pakaian yang sempurna menggambarkan seseorang itu yakin dengan batas-batas pakaian yang telah ditetapkan oleh raja segala raja iaitu Allah..

fuad ansari said...

Tyah:
Allah saya juga sangat baik..Kerana Allah kita adalah Allah yang sama dengan Allah kepada para Nabi, sahabat r.anhum dan orang2 yg terdahulu.. Dan hakikatnya, Allah yang sama juga kepada orang2 yang tidak mentaatiNya.. Kerana Dia, Allah yang satu..(",)

Teringat kata-kata ni..

Jika Allah swt telah menzahirkan bantuan dan pertolonganNya kepada para sahabat r.anhum, maka tidak mustahil untuk Allah swt yang sama menzahirkan bantuan dan pertolonganNya kepada kita bilamana kita taat perintah Allah sebagaimana taatnya para sahabat r.anhum..

Unknown said...

semoga tiap titis hujan yg diturunkan oleh Allah adalah rahmat ^^,

fuad ansari said...

Titisan Hujan:
Rahmat kepada manusia..

Rahmat kepada tumbuh2an..

Rahmat kepada haiwan terutamanya katak (sebab orang kata, katak yg panggil hujan).. (",)

Idah said...

As-salam..fuad,
pandai sungguh anda berkata-kata, pecah berbicara..boleh jadi ustaz fuad kejap lagi ni....ahlan wassalam..

fuad ansari said...

Kak Idah:
Wa'alaikumussalam...
Tu la, ingat dah nak masuk program Imam Muda dah.. hehe.. gurau je..

Takdela, biasa2 je.. Apa yang baik itu hakikatnya dari Allah.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...