Tiba-tiba aku rasa ketakutan bila selesai sahaja menyempurnakan solat jenazah sebentar tadi.. Akan sampai masa, aku pula yang akan disembahyangkan.. Hurm..
KEMATIAN..
KEMATIAN..
Namamu menggerunkan..
Kehadiranmu menakutkan..
Tatkala diri belum cukup amalan..
Kerana hidup penuh kelalaian..
KEMATIAN..
Kedatanganmu penuh persoalan..
Tak kira keadaan..
Tak kira kedudukan..
Masa juga tak mampu nak tentukan..
KEMATIAN..
Datanglah dalam kebaikan..
Bila diri ini cukup persediaan..
Juga cukup keyakinan..
Hidup penuh amal kebajikan..
KEMATIAN..
Sungguh dikau sangat menakutkan..
Menjauhimu akan merunsingkan..
Memikirkanmu nyata menginsafkan.
Ya Allah, matikanlah aku dalam keredhaan..Ingatlah wahai teman..
Hidup di dunia satu ujian..
Tempat mengumpul bekalan..
Kerana dunia ada pengakhiran..
yakni KEMATIAN..
(nukilan kerisauan fuad ansari@1 April 2011)
13 comments:
salam abi husna,
ada org y setiap malam setiap kali nak tido,dia akn takut sbb mati.
benda tu normal ke?
itu tunukkn dia tahu dia xbyk amalan ke mcm mana pendapatnya?
kasihan.
Assalamualaikum
tadi ada seorang ustaz doa lepas ceramah,
"Ya Allah ambillah nyawaku ketika aku telah menunaikan hak2 sebagai hambamu dan khalifah di atas muka bumi,
ambillah nyawaku ketika aku telah menunaikan hak2 sesama manusia,
ambillah nyawaku ketika aku dalam ketaatan kepadamu,
ketika dalam perjuangan Islam"
tanpa sedar air mata mengalir lesu
Allahuakbar..sentap baca komen Ibnu Mutalib....insyaAllah..cuba untuk amalkan doa ni..
"Ya Allah ambillah nyawaku ketika aku telah menunaikan hak2 sebagai hambamu dan khalifah di atas muka bumi,
ambillah nyawaku ketika aku telah menunaikan hak2 sesama manusia,
ambillah nyawaku ketika aku dalam ketaatan kepadamu,
ketika dalam perjuangan Islam"
PS: 'masa' kita, entah2 besok..
Allahualam..
Salam.
Penggilap bg hati ialah: byk mengingati mati...(sunnah nabi)
(bkn akak kata, Rasulullah yg kata)
Yg ni kdg2 belum dpt amal stiap kali nk tido. mana taknye, asyik boraaaak jer. Ramah tamah. :)
Assalamualaikum..
selalu nampak gambar ni di blog2.. -sangat femes-
terus bayangkan yang terbaring tu diri sendiri..
orang2 yang mengangkat tu...abah, suami, adik beradik lelaki..huhuu.. tuan blog pernah bayngkan x macam yang saya bayangkan? pernah??
Mard:
Salam..
Takut sbb mati itu kadang2 tanda ketakwaan kepada Allah dan terkadang2 tanda seseorang itu belum bersedia utk mati dek kerana banyaknya dosa..
Tuan Izmer:
'alaikumussalam..
Amiin Ya Rabbal 'alamin..
Teringat sebuah hadis..
4 tanda kecelakaan; mata yang kering (yakni tidak dapat menangis atas dosanya sendiri atau apa2 mengenai akhirat), hati yang keras, cita-cita yang panjang dan tamak pada dunia..
Afida:
Salam..
Yup tul tu.. kematian terlalu dekat..
No wonder, Nabi saw kata,
"Demi Zat yang nyawaku dalam genggamanNya! Aku tidak yakin akan hayatku walaupun sekelip mata. Semasa aku angkat cawan air untuk diminum, aku tidak yakin aku akan hidup dan sempat letak cawan itu semula.. Apabila aku memakan sesuap makanan, aku tidak yakin aku boleh hidup sampai masa aku dapat menelannya..
Aliaazuan:
Salam..
Yup.. setuju..
Hati2 akan berkarat seperti besi berkarat.. Maka kena selalu baca quran dan ingat mati..
Bagi saya, kata2 Nabi saw sememangnya indah dan mudah terkesan di hati..
Puan Umu:
'alaikumussalam..
Pernah gak terbayang..memang seram kalau membayangkan.. Tatkala diri tidak mampu berbuat apa2.. hanya kaku menunggu masa untuk dipersoalkan di alam kubur..
Ternyata mengingati mati akan mematahkan segala kelazatan.. T_T..
Manusia akan mati dengan apa yang dia cintai..
Rasulullah sangat cintakan ummatnya, sampai nak mati sebut2 nama kita..
Ada football player ni mati waktu tengah match bola. Nak mati tu lompat2 macam tengah timang bola..
Ada patient ni sangat kuat hisap rokok.. Nak mati mintak rokok. Dah sedut, terus mati..
Untungnya orang yang mati dalam solat. Mati waktu tengah bagi khutbah.. Mati dalam sujud..
Semoga tu antra keberkatan Allah untuk kita... Amin..
bila sebut mati ni takut sebenarnya, bkn takut apa, takut sbb sedar amalan diri tk byk mana lagi,Ya Allah....jgnlah diambilnya nyawa kita dlm keadaan kita lalai padaNya
PQA:
Bahkan perkataan terakhir yang akan keluar dari mulut kita juga adalah berkaitan dengan apa yg ada dalam hati kita.. Kalau ada dunia, maka keluarkan perkataan2 dunia, kalau ada kebesaran Allah, maka akan mampulah mengucap kalimah Laa ilaaha illAllah..
Menjadi doktor mesti banyak pengalaman tgk orang meninggal dunia.. Beruntung jadi doktor.. Pekerjaan yang mulia, menginsafkan dan membuatkan kita bersyukur atas nikmat kesihatan..
Cikgu Norsha:
Harap2 begitulah.. Harap2 beroleh husnul khotimah.. Moga ilmu yang bermanfaat yang cikgu curahkan sepanjang kehidupan akan memberi nilai tambah kepada amal kebaikan cikgu di kehidupan akhirat..
Mati yang terbaik adalah mati di jalan Allah dengan dapat mengucap Kalimah Syahadah...
Fawwaz:
Itu bukan sahaja mati yang terbaik.. bahkan mati yang dicemburui..
"Ya Allah, matikanlah kami di jalanMu dengan kalimahMu.."
Post a Comment