Perkara pertama:
Membenarkan pelajar-pelajar sekolah rendah untuk memakai pakaian biasa dan kasut biasa ke sekolah..
Kanak-kanak punya kecenderungan yang kuat untuk bermain-main.. Jadi memakai uniform sekolah hanya akan menyebabkan pakaian dan kasut sekolah mudah kotor..Maka ia akan memberi lebih bebanan kepada ibu bapa dan kanak-kanak untuk mencuci pakaian sekolah hampir setiap hari dan pastinya kasut sekolah pada setiap minggu.. Kadang-kadang tu terpaksa letak kasut bawah peti ais kalau hujung minggu hujan.. Tu pun nasib la kalau ada peti ais.. Kalau tak mampu nak beli peti ais, tak tau la tu macamana.. Mau jugak pakai kasut basah gi sekolah..
Perkara kedua:
Memberikan sedikit ruang kebebasan kepada kanak-kanak untuk menikmati alam kanak-kanak mereka..
Pagi pergi sekolah harian, petang pergi sekolah agama, malam pulak sibuk dengan mengaji dan siapkan kerja sekolah.. Pulak tu, siap hantar gi tuisyen.. Sedara-mara datang rumah, sepupu sepapat datang rumah, tetap jugak hantar anak gi tuisyen.. Dah terbantut mood budak-budak tu nak main-main, bersenda gurau dan meraikan kedatangan pakcik, makcik dan sedara-mara..Dah la sekali-sekala dapat jumpa kan.. Sian aku menengoknya.. Kot ye pun nak anak pandai, tak perlu la kot terlalu mendesak.. Mungkin kita dah rancang nak berbangga-bangga bila anak kita dapat straight A's dalam peksa kan... Tak baik tu.. Tak baik riak..(",) (aku rasa, setakat sekolah rendah, tak gi tuisyen pun leh dapat straight A's la..)
Perkara ketiga:
Masyarakat harus membudayakan dan memandang baik perkahwinan yang ringkas dan mudah.. Budaya sebegini adalah sangat bermanfaat buat insan-insan yang bekerja biasa dan tidak mampu mengumpul duit yang banyak hanya untuk majlis walimah.. Adalah lebih baik mereka mengumpul duit untuk urusan selepas perkahwinan.. Ini tidak, dek kerana budaya masyarakat yang terlalu demand terhadap majlis perkahwinan, serba serbi nak ada, hantaran nak tinggi, RM20k paling kurang kena ada kalau nak kawin, tak ke itu semua menyumbang kepada gejala takut kahwin dan kahwin lambat di kalangan muda-mudi.. Akhirnya, yang terjadi tak lain tak bukan adalah gejala zina, anak luar nikah dan buang anak.. Then kalau stress sgt, ada pulak yang sanggup bunuh diri.. Senang kata, kalaulah pasangan itu hanya mampu buat walimah secara kecil-kecilan yakni dengan kadar menyembelih seekor kambing, maka masyarakat harus faham dan memandang baik atas perkara ni.. Tak perlu nak kecil hati kalau anda tidak dijemput menghadiri walimah.. Tetapi ucapkanlah tahniah dan doakanlah mereka..
Perkara keempat:
Memandang baik nikah gantung buat insan-insan yang memerlukan yakni buat insan-insan yang sedang belajar, masih tidak mempunyai pekerjaan tetapi mempunyai naluri yang kuat untuk berkahwin.. Nikahkan mereka dan biarkan mereka menjalani kehidupan macam biasa.. Tidak perlu tinggal serumah dengan pasangan, teruskan jadi pelajar dengan sumber kewangan yang dibantu oleh ibu bapa.. Biarkan mereka belajar menjadi suami isteri secara perlahan-lahan..
KALAUPUN nikah itu bukan sekadar memenuhi kehendak nafsu semata-mata, tetapi sekurang-kurangnya ada jalan dan ruang yang baik buat mereka yang memerlukan.. Bantulah insan-insan yang memerlukan, keprihatinan anda sangat dihargai.. (",)
29 comments:
salam
abg fuad, perkara 1st dan 2nd dah lepas dah..
tapi yg 3rd dan 4th cam ada kaitan,heh
salam fuad,
setuju,setju, setuju tapi yg paling akak setuju no 2 dan no 3
la ni rmi org menilai kejayaan dgn bil A yg didapati dlm peksa tapi terlupa ttg kekosongan jiwa yg dialami oleh sesetengah pelajar
pasal hantaran tinggi, terlalu demand sbb ikut semasa, akhirnya siapa jd mangsa? fikir-fikirkan....
Kalau tak jamu dengan kambing, jamu hadirin yang hadir dengan karipap ok dak? kahwin karipap.... he he..
salam.
Dulu2, org belah utara sana suka buat mjlis nikah gantung (tanpa sbb trtntu & dah jd adat org tua2 kat situ). Pelik juge..
Assalam..
1st: *Senyum sorang2* Dulu selalu letak kasut belakang peti ais. Kadang2 bukan sebab hujan.. Tapi saya memang malas basuh kasut kecik2 dulu~
2nd: Sebab manusia mind set, usaha makhluq tu yang bagi hasil.. Whilst the reality, Allah punya kuasa. Allah knows best who deserve what..
3rd and 4th: Sohih!
(",)
jamu teh dgn roti canai.
pilihan lain..cekodok.
up ckit,cekodok pisang.
Izmer:
Salam..
No 3 & 4 tu memang ditujukan khas buat insan2 seperti tuan..
SEBAGAI CONTOH, kalau tuan masih belajar di kelantan, calon isteri masih belajar di penang, at least perkara 3 dan 4 dapat memberi sedikit kelegaan buat tuan dalam meneruskan niat yang baik..Saya rasa,di zaman kerosakan ummat ketika ni, memang ada baiknya kahwin awal.. (",)
Cikgu Norsha:
Salam..
Yang saya pelik, dalam sesetengah kes (yang tiada kaitan dengan saya, saya alhamdulillah ok), kenduri kahwin belah perempuan yang menggunakan duit hantaran yang tinggi dari pihak lelaki secara keseluruhannya... Then bila dapat duit 'salam cangkuk', maka yang akan untung adalah 'penyalam cangkuk' itu sendiri yang sedikit pun tidak mengeluarkan apa2 modal.. tidak adil sungguh kan.. ni namanya jual anak..(",)..
Seharusnya keluarga belah perempuan lebih bertimbang rasa dalam menjayakan walimah.. Kalau rasa2 tak mampu, ada baiknya buat secara kecil2an..tidak perlu membebankan pihak lelaki.. (",)
Afida:
Salam..
Karipap pun boleh.. (",)
Tapi kalau betul nak jamu karipap je, bagitau saya erk..Saya sanggup membantu..Ye lah, tak sampai hati lak saya mendengarnya kalau nak jamu karipap je..
Sanggup saya bersengkang mata malam2 buat kuih donut lak.. at least, banyak sikit pilihan, ye dok??..(",)
Kak Aliaazuan:
Salam..
Ic.. ye ke.. best sungguh..
Awatla ceq tak berada di zaman tu..
Yang tu saya x pelik sangat.. Yang saya pelik, orang yang x berapa nak ada duit, tapi tetap jugak nak buat majlis walimah yang hebat2.. buang tebiat ke ape..
PQA:
Salam..
Mengatakan sohih sahaja tidak memadai.. kena amalkan.. (",)..
InsyaAllah, selepas 4 bulan dari sekarang, leh bawak bincang2 dengan family ye.. (",)
Mard:
Salam..
Dah macam sarapan pagi dah saya tengok.. Ada baiknya waktu walimah tu diawalkan sikit.. Kalau walimah kat Malaysia ni biasanya dari pukul 11pagi hingga 5petang, mungkin kenduri walimah Mard patut diadakan pada pukul 6.30pagi hingga 11.30pagi.. (",)
Abi Husna,
amboi,amboi,amboi
senyum jela baca (",)
doakan y terbaik untuk mard dn semua ya.
syukran jiddan ya akhi.
Insya Allah:)
Cuma saya nak share tentang pakai duit mahar lelaki, tak pe tak..
Wedding Fatimah dulu, Ali jual baju besi dia, dan dapat certain amount of money of which he gave to Rasulullah. Rasulullah bahagi 3:
1. Belikan perfume untuk Fatimah
2. Beli baju dan perabot rumah. Sangat2 sederhana. Sampai menangis bila baca:'(
3. Walimah. Sederhana dan sikit.. Tapi ada cara Rasulullah jemput makan. Dapat jamu ramai sahabat.. Mukjizat baginda..
Means boleh guna, tapi first and foremost, mahar tu atas kemampuan lelaki.. Walaupun mahar tu hak perempuan, tapi perempuan yang faham agama tak kan bebankan bakal suaminya..
"Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya dan akhlaknya baik."
WA.
Semoga kita semua tergolong dalam wanita tersebut. Amin Amin Allahumma amin..
Assalamualaikum tuan...
wahh..senyum2 je saya baca syor pertama. nanti leh la anak perempuan saya g sekolah pakai purdah dan yang lelaki pakai serban dan kurtah..hehee..sungguh seronok!
err...betul ke adik saya nak kenduri cekodok je tu? nanti boleh la saya panjangkan perkara ini pada abah..hohoho :p
aishhh..aishhhh..
ai,kanda,semenjak menjak ada bodyguard ni,dh berani nk mncuit-cuit sarang tebuan nampak?
ate x kuasa teman nak mendengonye
(",)
maaf abi husna,pinjam space nk "manja-manja" dgn kandanya.
Mard:
InsyaAllah, mudah2an.. teringin gak nak datang gemas makan nasi minyak..eh eh silap lak.. nak makan roti canai and cekodok pisang.. (",)
PQA:
Share lah apa yang ptut.. xpe.. dibenarkan..
Betapa kita harus mencontohi zaman yang terbaik yakni zaman Nabi saw..
Perkara mudah bila disusah2kan akan membawa keburukan yang merosakkan masyarakat.. Patut pun zaman sekarang digelar zaman kerosakan ummat..
Puan Umu:
Wa'alaikumussalam wbt..
Wahh, murni sungguh impian puan umu.. betapa beruntungnya bakal anak itu nanti kerana mempunyai abi wa ummi yang ada fikir agama.. Barang mungkin nanti harus dinamakan anak perempuan dengan nama anisah.. baru sesuai dengan nama puan umu yakni umu anisah.. hehe.. gurau je.. (",)
Yup, saya sokong.. harus diperpanjangkan kepada ayahanda tercinta..
Betul la tu kot nak jamu cekodok je.. Tapi xpe, akak2nya pandai masak macam2.. Seharusnya si adik menarik nafas lega. Pasti akak2nya tak sanggup melihat tetamu dijamu dengan cekodok je, ye dok..(",)
Mard:
Itulah.. itu untungnya ada bodyguard.. (",)
Xpe.. saya x kisah.. saya memang sedia maklum bahawa mard sangat manja dengan kandanya yang sorang ni.. (",)
eh3, teruk bebenor teman mendengonye orang gemas belajor cakap perak di sungai dua. hehe
pasal kahwin2 ni, abg saya kawen tak berapa cukup bajet,adik beradik meeting2 dan bantu apa patut.
alhamdulillah perkahwinan berkat.
pasal kasut tu,masa kecik2 berebut nak letak kasut bawah peti ais,terutama time monsun barat daya. tapi kalau terdesak pakai je selipar jepun rm1.50, cikgu okay je,hehe
dulu sekolah pakai kepiah putih sebab atuk targhib,hehe. cikgu cakap pakai songkok tapi selamber je tanak,takpekot sekolah kampung.yelah cita2 nak jd ustaz tp dapat aliran pizik. alahaoooo,heh
kak umu, kalau nak wat camtu jangan sampai masuk mahkamah sudaaa...hehe
maaf "hehe" yang terlalu banyak. tak sedap membacanya...
2 hari tak dapat post komen sebab tenet slow. :-)
Tuan Izmer:
Xpe.. Nanti kalau orang gemas tu dah kawin dengan orang perak, pandailah tu.. (",)
Tapi jangan jadi macam saya.. Kawin dengan orang Perak, dah kahwin dah.. Ingatkan, boleh la pandai cakap Perak.. Tapi, x kesampaian pun hajat tu..
Dah orang kat Taiping kalau bercakap, dah macam orang Kedah teman mendengonye.. (",)
perkara yg pertama, I dun agree la wahai en fuad, I do think pemakaian uniform lebih bgs untuk menerap disiplin dln diri knk2..sbb if mereka dibenarkan wear normal clothes, they tend to do bad things sng2 jer...at least pemakaian baju sekolah bole restricted sket pergaulan dan perbuatan knk2..my opinion laa..
Perkara ke 3, well..am not married yet...n sbg seorang perempuan..sy tak nak tipu la..I do dream of a grand wedding..tak perlu la garden wedding..tp ckp la..a wedding with beautiful pelamin, busana yg cantik dan majlis yg org ckp bole jd memorable..but i hav to berpijak di bumi yg nyata...xboleh demand lebih2 kn..sedang belajar untuk menjadi lebih redha dan menerima seadanya..;)
Hopefully dipertemukan jodoh wif sum1 yg boleh menerima sy seadanya~
amin byk2~
Tihah:
Perkara pertama:
Saya berfikir, bukan kanak2 (sekolah rendah) yang terbeban bila adanya pemakaian uniform.. tetapi lebih kepada ibu bapa.. ibu bapa yang kebiasaannya akan cuci dan sediakan uniform sekolah.. terkadang2 kesian kat ibubapa yang x berapa nak mampu beli uniform byk2..ye lah, kena beli paling kurang 2 pasang.. uniform cepat kotor..
Budak2 sekolah rendah kalau x di didik, pakai uniform pun depa akan tetap buat perkara x elok.. still ada kes buli dan ponteng sekolah, for example.. naluri melakukan perkara jahat tidak dipengaruhi oleh uniform, tetapi bergantung pada didikan yang diterapkan.. saya rasa la.. tetapi mmg ada betul jugak apa yg tihah cakapkan tu..
Perkara ketiga:
Life is a learning process.. Learn to be a better person.. Moga cepat bertemu jodoh ye.. Nanti dapat belajar banyak perkara.. Perkara2 yang tidak dapat dipelajari ketika bujang..
Kalau boleh,bukan sahaja majlis yang indah, tetapi yang lebih penting adalah perkahwinan indah yang dilimpahi dengan rahmah dan barakah dari Allah..(",)
(",)
pandai la kome,
minta doa mekeme-mekeme ni semua..
hihi.
ala,org kubang kerian tu,ckp kelantan pun terabur,tu belum disuruh ckp bahasa org gemas ni...
(",)teman bukan xtaw...teman nebes taw..
tuan fuada laa....
kalau menambah,serah...
asyik back up kak umu n t.iz tu ja.
xkuasa teman.
Mard:
Xpe.. Nanti kalau orang kubang kerian tu dah kawin dengan orang gemas, pandailah tu..tuan izmer bukan xtaw...tuan izmer pun nebes taw.. (",)
Best kan bahasa perak.. lembut je bunyinya..
macam2 la mard dan abg fuad nih.
doakan saya ya!
btw perak mmg lembut,tapi hati ganas dan keras.
usaha di perak beza ngan usaha di kelantan.siyes.
cakap orang perak berlapik,tapi maksudnya pedas,hehe.
tapi org2 belah taiping taktau lak
(",)hati ganas dan keras..
uishh..mard t.a.k.u.t.
Izmer:
InsyaAllah, didoakan agar bahagia hingga ke akhir hayat.. (",)
Orang taiping cakap macam orang kedah.. kasaq bunyinya.. sat gi, kalau depa mai nak putaq, ceq jugak yang terketaq2.. hehehe..(",)
Mard:
Tapi mard jangan risau.. kalau mard dah ada kat sebelah, hati yang keras pun leh jadi lembut.. hehehe.. gurau je.. jangan marah erk.. (",)
Post a Comment