Situasi 1:
Nak buat jahat, tapi bukan main tinggi risiko yang akan dihadapi kalau ditangkap buat jahat atau rancangan jahat tak berjaya.. (memang susah nak buat jahat kan)
Nak buat jahat, tapi bukan main tinggi risiko yang akan dihadapi kalau ditangkap buat jahat atau rancangan jahat tak berjaya.. (memang susah nak buat jahat kan)
Situasi 2:
Tengok TV dan lengah-lengahkan solat bukan main mudah lagi.. tinggalkan TV dan segera solat berjemaah bukan main liat lagi... Ikut nafsu mmg mudah tapi nak tekan nafsu bukan main susah. (Susah gak nak datang kepada kebaikan)
Tengok TV dan lengah-lengahkan solat bukan main mudah lagi.. tinggalkan TV dan segera solat berjemaah bukan main liat lagi... Ikut nafsu mmg mudah tapi nak tekan nafsu bukan main susah. (Susah gak nak datang kepada kebaikan)
JADI, sebenarnya MANA LEBIH MUDAH ni?? Konfius dibuatnya..
Maka aku membuat kesimpulan... (kesimpulan dari insan yang serba kekurangan.. salah silap harap dimaafkan..)
Disebabkan MahMUDAH adalah sifat-sifat yang baik, maka LEBIH MUDAH untuk JADI BAIK... Kurang risiko, hidup tenang dan dijanjikan kebahagiaan pada kehidupan akhirat..
Disebabkan MazMUMAH adalah sifat-sifat tercela, maka keMUSNAHan menanti orang-orang yang melakukannya. Kalau pun tidak di dunia, mungkin pada kehidupan akhirat...
Senang betul aku buat kesimpulan.. anda rasa macamana?? cer citer cer citer..
Cuma aku rasa ada beberapa situasi yang perlu diambil perhatian..
Situasi 3:
Bila NAK jadi jahat, jalan-jalan nak buat jahat bukan main susah lagi (penuh liku dan risiko)..Tapi bila DAH jadi baik, jalan-jalan nak buat jahat bukan main senang lagi.. (kena ingat bahawa sebenarnya kebaikan kita sedang diuji)
Situasi 4:
Bila nak jadi baik, malu dan segan pulak, sebab takut orang mengata, " Eh, ko ni dulu bukan samseng kampung dusun ke? Apsal tiba-tiba jadi baik lak ni??" .. (tak payah la kisah sangat dengan apa yang orang lain nak kata. Orang-orang tu bukan boleh selamatkan kamu dari kesengsaraan akhirat, ye dok? )
10 comments:
assalammualaikum...
Nak jdi baik,nak berubah,nak jadi soleh@solehah mmg memerlukan kekuatan...kena mujahadah....
satu je bila amalan dibuat dgn istiqomah dan ikhlas....insyallah akan kekal...
allah akan datangkan sifat yakin ...
Kekadang rasa malu, segan nak amal sesuatu.
Yelah benda-benda cenggini kan makin aneh di akhir zaman ni.
Tapi bila fikir, buat itu ini kerana Allah SWT semua benda jadi mudah.
Tak fikir apa-apa dah.
nak buat benda baik, memang susah
bila niat je nak buat benda baik,
syaitanpun datang berbisik
tapi kita cubalah istiqomah mana
yang termampu, mungkin berkat
kesungguhan kita Allah kasih dan
sayang kepada kita maka dia bantu
kita di saat kita memerlukanNya
Hidayu:
Wa'alaikumussalam..
Yup betul tu... ISTIQOMAH.. Allah suka sesuatu amalam baik itu dilakukan dengan istiqomah..
Tuan Bijen:
Orang kata untuk berjaya kat dunia, maka lihat kehadapan..
Tapi untuk berjaya dalam agama, maka lihat ke belakang (zaman Nabi saw)..
Cikgu Norsha:
Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata..
Sama-sama doa supaya kita terselamat dari tipu daya syaitan..
Penuhkan masa buat kebaikan. Jadi dah tak de masa nak buat keburukan. :)
Hafiz:
Kalaulah manusia itu mati, berada di alam kubur dan kemudian diberi peluang untuk hidup kembali di dunia, barang mungkin setiap ketika manusia sibuk melakukan kebaikan..
Tatkala yg ghaib jadi nyata, pasti manusia tercengang terkesima..
nk jd jahat bukan susah,dan nk jadi baek bukan payah...
petikan kata2 arwah hj Habib,syura malaysia...
Usaha lagi dan lagi...
Insyaallah....
salam abi husna,
mard apa2 pun,setuju ja
(",)
wink..wink
Tuan Izmer:
Terima kasih kerana bersetuju.. Lega rasanya kalau orang yang soleh seperti tuan bersetuju..
APS:
Kalau dua-dua mudah, tinggal kita je kena wat pilihan nak pilih jadi baik atau jahat.. Pandai-pandai la kita buat pilihan.. Masing2 dah besar.. Dah pandai berfikir.. (",)
Baitil A'tiqa:
Usaha lagi dan lagi sampai tiada lagi..
Mard:
Mard pun nak setuju gak?? Yang soleh dah setuju, yang solehah pun setuju gak.. Alhamdulillah..(",)..
Post a Comment