Thursday, July 1, 2010

KaTa2 HiKMaH KHuLaFa..

Saiyidina Abu Bakar r.a. berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Saiyidina Umar Al Khattab r.a. berkata :
Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
dirinya akan terjaga.

Saiyidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
Hatinya selalu berniat suci
Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Saiyidina Ali Karramallahu Wajhah berkata :
Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.
Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

4 comments:

نور توفيقة ادريس said...

:'(

fuad ansari said...

PQA: (",)
Menangislah di dunia yang sementara, semoga dikau tersenyum gembira di akhirat yg selama-lamanya...

drhidayahjamil said...

mohon share...syukran jazilan

fuad ansari said...

si pengembara:
Silakan.. dan teruskan mengembara wahai si pengembara.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...