Tuesday, June 28, 2011

CiKGu Bio PuN TaKDe JaWaPaN..

Di suatu petang, seorang guru Biologi memasuki kelas 5 Azam. Kelihatan pelajar-pelajar agak mengantuk.. Lantas Cikgu Noraini mulakan sesi pembelajaran hari itu dengan beberapa soalan..

Cikgu Noraini: Saya ada soalan... Siapa tahu maka boleh cuba jawab.. Ok.. Soalan pertama cikgu.. Kenapa manusia itu kebiasaannya tidur pada waktu malam?

Tahieyah: Untuk merehatkan badan setelah penat bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti pada siang hari..

Taufiqah: Sebagai ujian kepada manusia supaya Allah swt dapat mengetahui hamba-hambaNya yang mana yang dapat melepasi ujian tidur yakni mampu bangun pada malam hari lantas mengerjakan solat malam..

Cikgu Noraini: Pandai betul pelajar-pelajar cikgu ni ye.. Ok, soalan kedua... Syaaban adalah bulan sebelum Ramadhan.. Mengapakah agaknya selalu kedengaran, ramai yang berpuasa pada bulan Syaaban?

Hafiz: Untuk membiasakan diri sebagai persediaan menghadapi puasa wajib pada bulan Ramadhan..

Izmer: Sebab inilah bulan terakhir sebelum datang Ramadhan.. Barangsiapa yang tidak berpuasa penuh pada bulan Ramadhan di tahun sebelumnya, makanya mereka akan mula sibuk menggantikan puasa mereka pada bulan Syaaban di tahun berikutnya.. Manusia adalah sgt menghargai saat-saat yg akhir..

Cikgu Noraini: Bijak bijak...

Liyana: Nak ingatkan kaum Hawa supaya ganti puasa lah tu...

Cikgu Noraini: Ok ok.. cikgu ada satu lagi soalan.. Kenapa kebanyakan kaum Adam akan kelihatan seperti 'mengandung 4 bulan' setelah berkahwin??

Fatihah: Haaa, saya suka soalan ni.. tapi apa jawapannya cikgu?? Tak tahu pulak saya..

Cikgu Noraini: Hehe.. Cikgu gurau-gurau je.. Cikgu pun tak tau jawapannya.. Balik nanti cuba kamu tanya ayah kamu ye.. Sampai sekarang cikgu sendiri masih tertanya-tanya.. Dah dapat jawapan jangan lupa bagitau cikgu ye..

Pelajar-pelajar: Ok.. Beres...

Cikgu Noraini: Hari ni kita belajar tajuk P.E.R.S.E.N.Y.A.W.A.A.N... 

Afida: Inilah tajuk yg saya paling minat cikgu..

Cikgu Noraini: Amboi, kalau bab ni kemain kamu ye.. Sampai hilang ngantuk..

p/s:watak2 di atas adalah rekaan semata-mata.. tidak ada kena-mengena samada yg hidup ataupun yg telah tiada.. hehe..

Thursday, June 23, 2011

Beza antara Hotel dan Hottel

Dulu-dulu, masa belajar, cikgu selalu suruh buat perbandingan.. bezakan meiosis dan mitosis la..bezakan DNA dan RNA la.. bezakan poligami dan origami la.. huhu...

Tu dulu.. Sekarang ni, kalau nak tido kat hotel selalu kita buat perbezaan fasiliti, layanan, makanan, kadar bayaran dan sebagainya...

Apa kata, kalau kita buat sedikit ulangkaji mengenai perbezaan hotel dan HOTtel di kehidupan akhirat.. hehe..

Syurga dan Neraka



p/s: teringat masa kali pertama duduk majlis takril, satu jam hanya cerita pasal syurga je... Rasa macam nak meletup je hati.. Tu belum dapat masuk lagi..(",)

Ya Allah, selamatkanlah kami dari azab api nerakaMu..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...