Tuesday, May 31, 2011

JaWaPaN..

Jawapan teka-teki dari entri sebelum ini adalah............. J.I.H.A.D.. Alangkah baiknya mati di jalan Allah ataupun dikira sebagai orang-orang yang berjihad di jalan Allah.. Dan alangkah beruntungnya orang-orang yang menggunakan diri dan harta untuk agama Allah kerana balasannya adalah syurga yang kekal abadi..
(mengikut skema jawapan sendiri.. pembuat soalan memang ada hak untuk membuat skema jawapannya sendiri walaupun hakikatnya ramai yang tidak berpuas hati..) (",)..
  
“Sesungguhnya Allah swt telah beli dari kaum mukminin itu, diri dan harta mereka, dengan balasan Syurga.” (At-Taubah: 111)

Daripada Zaid bin Khalid al-Jahny r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang mempersiapkan orang yang berperang pada jalan Allah, maka ia dikira berperang, dan barangsiapa yang berada di belakang orang yang berperang pada jalan Allah dengan menyumbang sesuatu kebaikan, maka ia dikira berperang”. (Sahih Bukhari:  2843 dan Sahih Muslim: 5011)

Peristiwa yang dilihat Baginda saw pada malam Isra’ dan Mikraj ialah Baginda saw mendatangi satu kaum yang bercucuk tanam pada satu hari dan menuai hasil pada hari sama. Setiap kali mereka menuai hasilnya ia kembali seperti asal.
Sabda Nabi saw: “Wahai Jibril, apakah ini? Menurut Jibril: Mereka ialah orang-orang yang berjihad di jalan Allah yang dilipat gandakan pahala mereka dengan 700 gandaan. Tiada yang mereka nafkahkan akan dibiarkan tanpa dibalas”. (Al-Bazzar)

Daripada Khuraim bin Fatik r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang memberi sumbangan pada jalan Allah, dituliskan untuknya 700 gandaan”. (Tirmizi) 

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) kurnia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman”. (As-Soff: 10-13) 


p/s: sebagai menghargai setiap jawapan yang diberikan, maka setiap seorang yang telah cuba menjawab akan tetap diberikan hadiah tersebut.. (sila email alamat rumah anda untuk tuntutan hadiah) (",)

Friday, May 27, 2011

KiTa KaTa.. TaPi HaKiKaTNYa..

Kita kata solah itu susah.. 
Kita kata solah itu masalah..
Kita sibuk mencari nafkah..
Kita sibuk mencari khazanah..
Tiada masa nak tunaikan solah..

Dunia ini kelihatan indah..
Kita ingin hidup mewah..
Kita taknak dipandang rendah..
Kita taknak dikatakan lemah..
Sungguh kita tersilap langkah..

Hakikatnya solah itu mudah..
Solah itu hadiah..
Solah itu wasilah..
Yakni jalan menuju Allah..
Dengan solah insyaAllah selesai masalah..

Hidup di dunia menjadi mudah..
Hidup juga penuh barakah..
Hati tiada keluh dan kesah..
Akhirat beroleh syurga nan indah..   
Jom pergi solah!!


Satu soalan:
Anda ada masa satu jam sahaja untuk hidup.. Nyatakan SATU amalan SAHAJA yang anda ingin lakukan sebelum kematian datang kepada anda.. 
(jawapan yang tepat dan terbaik akan memenangi pakej pelancongan dari alam dunia ke alam akhirat) (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...