Thursday, April 28, 2011

SiRaH NaBi: SaTu PaNDaNGaN

Satu ketika, ketika tahun ke-10 kenabian, wafatlah dua insan yang begitu penting dalam hidup Nabi saw iaitu isteri baginda, Siti Khadijah r.a dan bapa saudara baginda, Abu Talib..  Maka, perginya dua orang insan yang selama ini menyokong kuat pergerakan dakwah Baginda Nabi saw sehingga tahun itu dinamakan tahun perkabungan dan kesedihan.. Selepas itu, ancaman terhadap Nabi saw dilihat semakin dahsyat dengan pelbagai perkara buruk diperlakukan terhadap Nabi saw oleh kafir Quraisy pada ketika itu..

Ahli sirah menafsirkan bahawa inilah cara Allah swt untuk mentarbiyah Baginda Nabi saw.. Allah swt ingin menyatakan bahawa Islam itu tertegak bukan disebabkan manusia.. Tetapi Islam itu akan tetap tertegak dan perlu terus digerakkan walaupun tanpa kehadiran dua insan tersebut..

Andai hari ini kita mengatakan, Islam di Malaysia ataupun di tempat kita tertegak dengan kehadiran ustaz-ustaz mahupun insan-insan tertentu dan Islam akan menjadi lemah jika ketiadaan mereka, maka lihatlah kembali kepada sirah Nabi saw.. Hakikatnya, Islam akan tetap tertegak walaupun tanpa kehadiran kita.. Usahlah kita mendabik dada dan lihatlah bahawa segala yang berlaku adalah dengan kehendak dan izin Allah swt..

Bukan bermaksud untuk kita tidak perlu turut serta dalam menyebar dan menegakkan Islam, tetapi haruslah bersandarkan kepada keyakinan bahawa, "Kita hanyalah insan yang lemah yang sangat perlu kepada taufik dan hidayah Allah swt.. Kita hanya menjalankan tugas kita sebagai khalifah, selebihnya kita serahkan kepada Allah swt.."

Tidak mustahil andai hari ini kita melakukan kerja-kerja dakwah di Malaysia, Allah swt menurunkan hidayahNya kepada orang-orang di China mahupun di negara-negara yang lain..  Dan tidak mustahil juga andai hari ini kita mengajak insan-insan yang tertentu kepada agama Allah, insan-insan yang tidak pernah kita ajak pula yang datang kepada agama Allah swt..  Maha Suci Allah pemilik langit dan bumi dan segala yang ada diantaranya..

Begitu juga kita hari ini, dalam konteks mendidik anak-anak, maka akan sampai satu masa kita perlu melepaskan anak-anak kita untuk mereka menimba ilmu dan membina kehidupan mereka.. Maka, pada ketika itu, sebagai ibubapa datanglah kita sekalian kepada tawajuh dan yakin terhadap Allah swt..

Wallahua'lam.. 

Hanya sekadar pandangan yang lemah.. Mohon maaf atas silap dan salah..

Wednesday, April 27, 2011

aNaK YaNG MeNYeDeKaHKaN PaKaiaN..

Dalam pada aku mengharungi kehidupan ni, aku perasan beberapa perkara yang terkadang-kadang membuat aku berfikir panjang...Kenapa dan mengapa ye??

1) Orang yang kurang berkemampuan itu anaknya ramai tetapi orang yang kaya itu anaknya sedikit...
Betapa orang yang kurang berkemampuan dan mempunyai anak yang ramai itu sungguh yakin akan rezeki yang dikurniakan Allah. Ketika orang yang kaya itu sibuk mengumpulkan harta dan tidak diketahui bilakah akan berlalu kesibukan mereka dalam mengumpulkan harta.. Sedang mereka tidak menyedari bahawa anak-anak (yang soleh) itu juga adalah harta yang bermanfaat.. 

Betapa aku juga tidak pernah mendengar dikalangan anak-anak yang ramai itu ada yang mati kebuluran... 

Maha Suci Allah yang menghidupkan juga mematikan..Maha Suci Allah yang memberi rezeki kepada hamba-hamba-Nya...

2) Orang yang sempurna fizikal tetapi tetap juga meminta sedekah..
Aku selalu berfikir, kalau mereka mampu pergi meja ke meja untuk meminta sedekah.. Kenapa tidak mereka pergi meja ke meja sebagai pembantu kedai yang membersihkan meja selesai sahaja pengunjung menjamu selera..  Bukankah itu lebih baik?? 
Alangkah baiknya kalau kamu berusaha dengan cara yang baik dan hanya meminta kepada Allah pemilik segala kekayaan... 
(Tapi mungkin juga mereka ada alasan yang lain kenapa mereka tetap meminta sedekah.. Hanya Allah yang lebih mengetahui.. Maka tidaklah perlu kita mengherdik mereka mahupun menghalau mereka dengan cara yang kasar.. )

3) Manusia selalu menilai seseorang melalui pakaiannya..
Aku juga selalu begitu..Kenapa entah.. Mungkin Itu lebih mudah.. Itu sahaja ciri-ciri yang aku mampu lihat untuk menilai seseorang pada pandangan pertama.. Bukan bermaksud semua orang yang berpakaian tidak sempurna itu adalah orang yang tidak baik.. Tetapi sekurang-kurangnya aku beranggapan bahawa orang yang berpakaian sempurna itu sedang cuba untuk menjadi lebih baik.. 
(Apa-apa pun, orang-orang yang kelihatan tidak baik pada mulanya, tidak semestinya akan berterusan begitu.. Barang mungkin suatu hari nanti mereka akan menjadi lebih baik dari aku.. Ya Allah, perbaikilah ummat ini...)

Eh eh, macam tak kena je tajuk entri ni.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...