Apakah itu kepimpinan cara Nabi saw?? Boleh dikatakan, motto terhadap kepimpinan cara Nabi saw adalah "pemimpin juga sebahagian dari rakyat"... Ketika mana Nabi saw sampai di kota Madinah, Baginda turut sama mengeluarkan keringat membina Masjid Nabawi... Ketika perang Khandak, pakaian Baginda dipenuhi dengan kekotoran dan debu kerana Baginda turut sama membina parit bagi memerangi tentera musuh.. Ketika orang lain mengikat perut dengan satu biji batu, Nabi saw mengikat perutnya dengan dua biji batu.. Maka, inilah kepimpinan cara Nabi saw.. Kalau beginilah asas kepimpinan, jelas bahawa bukan senang untuk jadi pemimpin..
Lepas ceramah, Belalang (yang mengalami sedikit masalah kesihatan), datang kat Ramli:
Belalang: Abang, saya jadi imam ye..
Ramli: Jadilah, tapi cuba tanya pakcik tu dulu.. (selalunya, Ramli suruh baca Al-Fatihah dulu, maka memang tak lepaslah.. )
Belalang: Pakcik, saya jadi imam ye..
Pakcik imam 1: Boleh, jadilah..
Alamak, pakcik tu bagi pulak.. Ramli dah gatal kepala walaupun tak gatal sebenarnya..
Terus Belalang berdiri di sejadah imam, sambil terpinga-pinga memandang ke belakang.. Yang peliknya, makmum semua sporting.. Seakan semuanya sudah sedia maklum dengan masalah kesihatan Belalang.. Semua macam biasa bersiap-sedia di dalam saf.. Sudin dan Ajis pulak sakit-sakit perut tahan gelak.. "Susah nak jumpa budak macam ni.. Lain macam berani dia.. Ini kalau dia angkat takbir, haru biru jugak dibuatnya..", bicara hati Ramli..
Lama sangat terpinga-pinga, Belalang pun kata,
Belalang: Erm... Erm.. Abang je lah yang jadi imam..
Ramli: Haaa itula.. Ingat senang ke nak jadi imam..
p/s:
-Salam Maulidurrasul..
-Orang kita selalu guna simpulan bahasa, ikat perut.. Nabi saw, betul-betul ikat perut dengan batu.. Amacam, mau cuba?? (",)
p/s:
-Salam Maulidurrasul..
-Orang kita selalu guna simpulan bahasa, ikat perut.. Nabi saw, betul-betul ikat perut dengan batu.. Amacam, mau cuba?? (",)

