Kedatangan kami disambut oleh seorang pemuda bersama adiknya.. Si abang yang begitu mengambil berat dalam membantu jemaah, sering ditemani si adik yang mengidap penyakit 'syndrome down'.. Terkadang-kadang si abang dapat bersama kami terkadang-kadang tidak kerana harus memenuhi tuntutan kerja.. Namun, si adik tetap bersama kami.. Sungguh tidak kekok si adik berada bersama jemaah walaupun tanpa ditemani abangnya.. Mungkin sudah menjadi kebiasaan si adik ikut serta bersama jemaah yang beriktikaf di masjid berkenaan.
Si adik yg mengidap penyakit 'syndrome down' adalah pelat jika berkata-kata. Namun ada satu perkataan yang sangat jelas kalau dia berkata-kata iaitu perkataan Allah.. Bila ditanya siapa yang memberi rezeki, maka lantas dijawabnya, ALLAH!! sambil tangan menunjuk ke langit.. Bila ditanya siapa yang menghidupkan, siapa yang mematikan, siapa yang menciptakan dunia, siapa yang menjadikan siang dan malam, semuanya dijawab dengan perkataan ALLAH!! sambil tangan menunjuk ke langit.. Itulah jawapan kegemarannya.. Maka kami juga hanya menanyakan soalan dengan jawapan yang sama..
Satu ketika dia meminta izin untuk pulang ke rumah sebentar.. Rupa-rupanya dia pergi mengambil serban abangnya. Mungkin dia terkesan melihat kebanyakan kami yang memakai serban. Lantas dia berikan kain serban itu kepadaku, disuruhnya aku melilitkan kain serban itu di kepalanya.. Usai dipakaikan serban, dia kelihatan tersangat-sangat gembira.. Selang beberapa jam, disuruhnya aku membetulkan serbannya kembali.. Begitulah keadaannya.. Begitu teruja dia memakai serban..
Semasa solat berjemaah pula, ketika imam belum menghabiskan bacaan Al-Fatihah, dia sudah meng'amiin'kan.. Bersungguh-sungguh dia meng'amiin'kan bacaan imam.. Mujur tidak terbatal solat kami ketika kali pertama mendengarnya.. Selepas solat jemaah, ketika yang lain bersolat sunat, dia juga akan bersolat sunat.. Aku yang memerhatikannya bersolat sunat, hanya tersenyum kecil.
Selepas Isyak, dia masih bersama kami untuk beriktikaf di masjid dan telah ditemani abangnya. Sebelum tidur, ada dikalangan kami yang duduk berzikir dan membaca quran. Lantas diambilnya tasbih yang berada di masjid tersebut, dan menyuruhku mengajarnya berzikir... Aku mengajarnya pelbagai kalimat zikir tetapi hanya perkataan Allah sahaja yang dia mampu tangkap dan lafazkan.. Takpelah, itu pun susah memadai.. Aku pun menyuruhnya duduk di satu penjuru dan berzikir dgn perkataan Allah sahaja. Jarinya begitu laju menggerakkan tasbih beserta kepalanya yg juga terangguk-angguk laju.. Boleh dikatakan, kalah tok bomoh yang sedang membaca mentera.. Mencuit hati juga bila melihatnya..
Begitulah kisahnya.. Fizikal sahaja nampak sakit, tapi amalnya sihat. AKU?? Fizikal sahaja nampak sihat, tapi amalku kelihatan sakit... Syukur padaMu ya Allah kerana memberikan diri ini sedikit tamparan agar tersedar dari lamunan duniawi..
Begitulah kisahnya.. Fizikal sahaja nampak sakit, tapi amalnya sihat. AKU?? Fizikal sahaja nampak sihat, tapi amalku kelihatan sakit... Syukur padaMu ya Allah kerana memberikan diri ini sedikit tamparan agar tersedar dari lamunan duniawi..
p/s:
-siapa yang sakit sebenarnya?? baru aku sedar, adik itu tidak sakit.. aku yang sakit sebenarnya..
-siapa yang sakit sebenarnya?? baru aku sedar, adik itu tidak sakit.. aku yang sakit sebenarnya..
