Friday, April 16, 2010

PoHoN SeMaLu..

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon
semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita
perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita
muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat
kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya
apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin
senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil.

Wallahu A'lam

Tuesday, April 13, 2010

SeLaMaT SaMPai..

Alhamdulillah, selamat sampai di Malaysia selepas 2 minggu berada di kota Madinah dan Makkah.. Seronok sangat dapat pegi sana.. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat pegi lagi.. Bak kata orang, pasang niat sungguh-sungguh untuk pegi sana.. Nanti Allah sampaikan kita kat sana.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu..

Kat sana, Madinah sedikit sejuk dan Makkah sedikit panas.. Orang-orang Madinah nampak sedikit kasar dan di Makkah orangnya sedikit lembut.. (pada pandangan saya..).. Barang-barang di Madinah lebih banyak pilihan tetapi sedikit mahal.. Di Makkah, barang-barang lebih murah... Makanan harganya 2-3 kali ganda berbanding Malaysia.. Alhamdulillah, duit ringgit tinggi sikit nilainya dari duit riyal sekarang ni.. Kata orang, nak beli kurma di Madinah, kerana kualiti yang lebih bagus..

Erm..kat Madinah yang paling best dapat ziarah makam Nabi saw dan solat dalam kawasan Raudhah.. rasa terharu n bersyukur sangat.. kat Makkah..yang paling seronok.. dapat lihat kaabah.. solat depan kaabah.. dengan keyakinan menyembah Allah dan bukan kaabah.. dapat kucup hajarul aswad pun best gak.. rasa lapang dada lepas kucup.. tak tau lah kenapa..

Erm.. lain-lain perkara banyak gak yang best.. terutama waktu wat ziarah.. macam-macam tempat bersejarah dapat pegi... bukit uhud, bukit thur dan jabal rahmah (tempat pertemuan Adam as dan Hawa).. tempat-tempat lain macam ladang kurma, pasar kurma, bukit magnet (x yah idup enjin pun, kenderaan leh bergerak sendiri), ladang unta, kilang percetakan alquran n lain-lain... Senang cerita, kena gi sana sendiri gak.. tengok dan rasai sendiri... Sekian rangkuman cerita di bumi Makkah dan Madinah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...