Friday, March 22, 2019

Itinenari Hat Yai

Sudah 4 tahun tidak bersiaran.. Nak login pun terlupa password.. hehe..

Saja posting ni nak buat itinerari ke Hat Yai sebagai rujukan dan kenang-kenangan.. Perjalanan yang tidak dirancang. Asalnya ada urusan kerja di Langkawi jadi dimanfaatkan masa yang senggang ke Hatyai.. 3H 2M. Ala-ala backpackers. hehe.. Perjalanan pergi naik feri dari Langkawi ke Satun dan perjalanan pulang naik keretapi ke Padang Besar dan kembali ke pangkal jalan di Langkawi. :)

Anggaplah kadar tukaran matawang asing semasa kejadian, 100Bath = RM12.80 ye.. :)

Tarikh perjalanan: 28-30 September 2018

Waktu Thailand awal sejam dari Malaysia.. Jadi kalau di Malaysia jam 6.20petang, di Thailand baru jam 5.20petang.


Day 1 (Waktu Malaysia + Thailand)

5.15pm - 6.20pm (Waktu Malaysia)
Jetty Langkawi to Jetty Satun (Tamalang)
Ferry (rm35)

5.20pm - 5.30 pm and 7.15pm - 8.20pm (Waktu Thailand) *lambat sebab tunggu van penuh.
Satun Jetty to Satun Bus Terminal and Satun Bus Terminal to Hat Yai
Taxi and Van (370bath / +-rm50)
Simcard (300bath / +-rm39)

8.20pm - 8.30pm
Hatyai Town to Wangburapa Grand Hotel
Grab (75bath / +-rm10.00)
Hotel 2 nights (940bath / +-rm120)
Dinner n groceries (200bath / +-rm26)

--------------

Day 2 (Waktu Thailand)

8.30am - 8.45 am
Wangburapa Grand Hotel - Dim Sum Chabura 
Breakfast + Lunch (bath300 / +-rm40)

10.15 am - 10.30 am
Dim Sum Chabura - Chang Puak Camp (Elephant)
Grab (180 Bath / +-rm23)
*kalau nak jalan2 naik atas gajah harga dia 500bath / +-rm64 (saya tak naik pun..)

12.00pm - 12.30pm
Chang Puak Camp - Hatyai Night Tample
Grab (187 bath / +-rm24)

1.00pm - 1.20pm
Hatyai Night Tample - Central Festival Mall
Grab (97 bath / +-rm13.00)

4.00pm - 4.30pm
Central Festival Mall - KlongHae Floating Market
Tuk Tuk (50bath / +-rm7)
Dinner (200bath / +-rm26)
Souvenier (300bath / +-rm39)

7.25pm - 8.30pm
KlongHae Floating Market - Lee Garden Plaza Mall
Grab ( 175bath / +-rm23)

9.40pm - 9.50pm
Lee Garden Plaza Mall - Wangburapa Grand Hotel
Tuk Tuk (40bath / +-rm6)

----------------

Day 3 (Waktu Thailand + Malaysia)

7.00am - 7.10am (Waktu Thailand)
Wangburapa Grand Hotel - Hat Yai Railway Station
Grab(85bath / +-rm11)

7.30am - 8.30am
Hat Yai Railway Station - Padang Besar
Train (50bath / +-rm7)

10.25am - 10.50 (Waktu Malaysia)
Padang Besar - Arau
Komuter (rm3.20)

10.50am - 11.15am
Arau - Kuala Perlis Jetty
Grab (rm31.00)

11.30am - 12.45am
Kuala Perlis Jetty - Langkawi
Ferry (rm18.00)

Perbelanjaan keseluruhan seperti yang sempat dicatat: +-rm550.. Mungkin kadar sebenar termasuk perbelanjaan pelbagai (kudap-kudapan) yang tidak sempat dicatat sekitar rm650..

Sekian.. :)
















Thursday, August 28, 2014

Penyakit yang Paling Berbahaya di Dunia..



Di suatu petang yang mendamaikan, kelihatan Ali duduk termenung keseorangan..

Ramli: Ali, ko kenapa.. Ko sakit ke?
Ali: A'ah sakit... Sakit kronik..
Ramli: Sakit ape?
Ali: Aku menghidap penyakit yang merbahaya.. Penyakit yang biasa di alami oleh kebanyakan manusia..
Ramli: Ye lah, penyakit tu apa namanya?
Ali: Penyakit................ Cinta dunia dan takut mati...
Ramli: Allah.... Allah..... Erm.... Memang kronik penyakit ko ni.. Kalau pergi hospital pun, doktor tak tau nak bagi ubat apa ni..
Ali: Itu lah tu...




Friday, March 14, 2014

MH370

Hilang [fullstop]


*punya lama x update, itu je hasilnya fuad oii!

MH370 | Antara Intipati Kuliah Tn. Gr. Syeikh Nuruddin, 12 Mac 2014.

1. Kebanyakan daripada jenis ibadah yang kita lakukan akan disertakan dengan kalimah takbir Allahuakbar yang bermksud Allah Maha Besar. Dengan solatnya, ibadah umrah dan hajinya, korban dan sembelihannya, azan dan iqamatnya, takbir hari lebarannya dan macam-macam lagi. Tujuannya agar kita sebagai hamba sentiasa ingat akan kebesaran Allah dan tidak merasa ego, sombong, angkuh, bongkak dan takabbur.

2. Namun, manusia tetap juga sombong dengan ilmu dan kepakarannya. 

3. Maka kali ini Allah tunjukkan sedikit daripada kekuasanNYA yang Maha Luas. Allah tarik nikmat hujan, Allah berikan kemarau dan Allah selindungkan Boeing 777.

4. Nah, di mana kepakarannya? Di mana teknologinya? Di mana kemodenannya? Hinggakan kita tidak mampu untuk menurunkan hujan walau setitik! Hinggakan kita tidak mampu menjernihkan udara yang kita hirup walau sedikit!

5. Kalau di Indonesia sekarang ini beritanya adalah tentang banjir besar dan hujan yang tidak berhenti-henti. Di Malaysia pula lain beritanya. Kemarau dan panas yang sudah berpanjangan. Sedangkan dua negara ini hanya sebelah menyebelah.

6. Beristighfar dan bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amatlah menerima taubat hamba-hambaNYA yang benar-benar bertaubat.

Kemungkinan kedua: Hijacked n safely landed [fullstop gak]

Tuesday, April 30, 2013

PeRaNG PoSTeR PRU-13.

Macam-macam poster sepanjang PRU-13 ni. Rajin betul masing-masing berkempen.

Yang ni dari parti BIRU:


Yang ni dari parti HIJAU:



Yang ni dari parti COKLAT:


sekadar gurauan... (",)

SeLaMaT MeNGuNDi.. HaTi-HaTi di JaLaNRaYa & HaTi-HaTi KeTiKa MeNGuNDi.. (",)

Thursday, April 11, 2013

PoLiTiK..

Musim menuju pilihanraya ini, Ramli duduk minum di sebuah gerai bersama Amni sambil melihat-lihat gelagat beberapa orang insan sedang memasang bendera parti pilihan masing-masing.

Amni: Ayah, bagus abang tu kan..
Ramli: Kenapa? 
Amni: Abang tu pasang bendera warna A, tapi tadi Amni tengok, bila bendera warna B tercabut, dia tolong betulkan...
Ramli: Inilah namanya politik kasih sayang...

p/s: politik kan ada batasnya... (",)

Friday, March 15, 2013

uNTuK BaCaaN DeWaSa SaHaJa..

Ajis menelefon Ramli....

Ajis: Ramli, lama tak dengar cerita.. Sibuk ke?
Ramli: Macam biasa la.. Dunia ni kan penuh kesibukan..
Ajis: Betul jugak tu, dunia ni memang macam tu.. Tang mana pun sibuk gak.. Tak sibuk dengan perkara agama, maka akan sibuk dengan perkara dunia..
Ramli: Sibuk dengan agama untung, sibuk dengan dunia, rugi...
Ajis: Harap-harap kat syurga tak sibuk lah kan...
Ramli: Eh, kat syuga pun ahli syurga sibuk jugak la...
Ajis: Sibuk apa?
Ramli: Jimak...
 ________________________________

"Sesungguhnya penghuni syurga itu bersenang-senang dalam kesibukan" (Surah Yaasin: ayat 55)

Dalam menafsirkan firman Allh swt ini, Ibnu Mas'ud, Ibnu Abbas, Al-Auza'i dan Muqatil berkata: "Kesibukan mereka adalah memecahkan keperawanan isteri-isterinya"

Abu Umamah berkata, Rasulullah saw pernah ditanya, "Apakah penduduk syurga melakukan jimak selayaknya seperti suami isteri? Baginda menjawab, "Zakar (kemaluan) yang tidak pernah lemas, syahwat yang tidak pernah padam, dan jimak demi jimak."

Friday, March 1, 2013

LeLaKi LeBiH RaMai DaRi PeReMPuaN?

gambar hiasan semata-mata.. tiada kena-mengena dengan entri.. (",)


Teringat satu komen.. lama dah.. tapi baru ada masa nak balas...

fatin roslan:
Mengikut Geohive, kat dunia ni lebih ramai lelaki berbanding perempuan. on PeReMPuaN LeBiH RaMai??

Jawapan: 
Maafkan saya.... Saya hanya mengikut sumber berikut kerana saya merasakan, dunia sangat hampir kepada kiamat.. Saya juga merasakan, inilah sumber yang lebih baik... (",)

Daripada Anas r.a., Rasulullah saw bersabda “Sesungguhnya di antara tanda kiamat ialah ilmu (agama) dihilangkan, timbul kejahilan (dalam masalah agama), perzinaan berleluasa, arak banyak diminum, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim).
______________________

Di syurga, perempuan lebih ramai dari lelaki:

Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.”(Riwayat Bukhari)
______________________

Di neraka, perempuan juga yang lebih ramai dari lelaki: 

Rasulullah saw bersabda, “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah dari kalangan orang miskin dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah wanita.”(HR. Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya)

Jadi, kalaupun statistik terkini tidak menunjukkan perempuan lebih ramai dari lelaki, namun percayalah bahawa, samada ia telah berlaku atau ia akan berlaku... 

Jadi, apa yang penting??? (cer jawab cer jawab) (",)
 
Wallahu a'lam... 

Thursday, January 31, 2013

LaiN PaDaNG, LaiN BeLaLaNG..

Ramli: Tuan, apakah maksud kehidupan?
Tuan A: Masih bernafas dan bernyawa..

Ramli: Tuan, apakah maksud kehidupan?
Tuan B: Memperoleh kesenangan dan kerjaya yang baik.. 

Ramli: Tuan, apakah maksud kehidupan?
Tuan C: Berjaya di dunia dan akhirat..

Ramli: Tuan, apakah maksud kehidupan?
Tuan D: Taat perintah Allah ikut cara Nabi Saw.. 

Ramli: Tuan, apakah maksud kehidupan?
Tuan E: Akhirat....
Ramli: Apakah dunia ini bukan kehidupan?
Tuan E: Yang kekal itu lebih layak digelar kehidupan...


Jap, kasik pantun sikit.... (",)

Blog dah macam takde tuan rumah,
Perasan sibuk tak sudah-sudah,
Wasatiah tonggak perpaduan ummah.. 
Salam maulidurrasul 1434 Hijrah.. 





Tuesday, January 1, 2013

aKaL vs TaKWa..

Oh 2013, begitu pantas engkau datang..

RaMLi: Kenapa kamu solat dan puasa?
aKaL: Solat dapat sihatkan badan dan puasa dapat kuruskan badan..
TaKWa: Untuk mencari redha Allah..
RaMLi: Kamu sokong hudud?
aKaL: Ia kelihatan masih kurang sesuai dengan keadaan masyarakat kini..
TaKWa: Sokong.. Allah itu kan Maha Mengetahui..
RaMLi: Apa yang kamu dapat dengan membaca Al-Quran?
aKaL: Dapat ilmu..
TaKWa: Bertambah takwa..

p/s: beza kan... (",)

____________________

Ketika sedang berjalan-jalan di pekan Kemunting dan berada di sebelah gerai char kuew tiaw.. (",)

Amni: Ayah, apa tandanya iman kita lemah?
Ramli: Ketika Allah swt bangunkan kita di waktu malam, (lagi-lagi jika sudah berasa agak segar dek kerana pergi ke tandas mahupun membuat susu untuk anak), tapi kita masih tidak mampu untuk tunaikan solat malam walaupun dua rakaat.. Alahai, betapalah ruginya.....

Friday, November 30, 2012

aNTaRa SeLuaR PeNDeK & PuRDaH..

Lama tak menulis.. Ramli agak sibuk sebenarnya.. Ramli kini berada di Langkawi selama sebulan atas urusan kerja.. Ketika sedang berjalan melihat kehidupan manusia yang pelbagai ragam, kawan Ramli bertanya..


Sarip: Ramli, kau rasa kan, kenapa kebanyakan orang arab yang jalan-jalan kat Langkawi ni, isteri dia berpurdah, tapi suami dia pakai seluar pendek je? kan macam tak kena dan tak serasi je tu..

Anda rasa, apakah jawapan yg patut Ramli berikan??

A) Mungkin mereka tetap serasi kerana bagi sebilangan wanita mereka, berpurdah hanyalah budaya.. Tidak melambangkan siapakah mereka sebenarnya.. Ketika isteri adalah cerminan bagi suami.. Bagaimana suaminya, mungkin begitulah isterinya.. 

B) Kadang-kadang kita tidak boleh menilai seseorang dari luaran je.. Walaupun yang lelaki berseluar pendek. mungkin amalan-amalan agamanya yang lain, masih dalam keadaan yang baik.. 

C) Suami yang kurang soleh adalah ujian untuk isteri yang solehah..

D) Entahlah..

E) Ke anda ada jawapan lain?

Friday, October 26, 2012

KeWuJuDaN SeKoLaH TaHFiZ: Di MaNa SiLaPNYa?

Kisahnya bermula di sini...

Ramli berehat sebentar di kawasan Rehat dan Rawat ketika manusia berbondong-bondong untuk pulang beraya di kampung. Tiba-tiba, di hadapan Ramli seorang pelajar perempuan sekolah rendah mula menangis sendirian.. 

Ramli: Kenapa dik? Ada apa-apa masalah ke?
Adik: Saya kutip derma untuk sekolah tahfiz.. Tapi kebanyakan orang pun larikan diri dari saya.. Apa hina sangat ke kerja yang saya buat ni?

Taknak adik tersebut sedih-sedih sangat, Ramli pun keluarkan dompet, sambil menukar topik perbualan...

Ramli: Adik jual apa tu? Macam menarik je.. Meh bagi abang tengok.. Boleh jugak abang beli..
Adik: Ni ada minuman tenaga, madu dan surah yassin yang sesuai utk hiasan kereta.. Membeli sambil menderma..
Ramli: Kasik abang minuman tenaga tu ye... Jangan nangis-nangis lagi ye...

Selesai urusan pembelian, kelihatan anak muda tersebut sedikit ceria dan meneruskan jualannya kepada orang lain...

Jadi, dimanakah silapnya? 

Cuma bagi saya, silapnya bila kita menyuruh pelajar-pelajar tahfiz yang mencari dana unuk menampung kos perbelanjaan sekolah tahfiz... Biarlah kita yang dewasa yang menguruskannya.. 

Atau mungkin kita perlu meneliti terlebih dahulu segala kos perbelanjaan sebelum membina sebuah sekolah tahfiz? (secara jujurnya, saya sendiri tidak ada kekuatan untuk membina sekolah tahfiz jika tiada sumber kewangan yang kukuh)

Atau mungkin sudah tiba masanya kita perlukan bantuan dari pihak kerajaan dalam menampung kos perbelanjaan sekolah tahfiz sebagaimana  bantuan yang diberikan kepada sekolah kebangsaan?

Atau mungkinkah kewujudan sekolah tahfiz merupakan ujian untuk kita semua samada kita mahu membantu atau sekadar memandang sepi kehadiran mereka?

p/s: salam hari raya eiduladha... moga lebih banyak perkara yang sanggup kita korbankan untuk agama Allah swt.. Apalah ertinya agama tanpa pengorbanan kan.. (",)

Thursday, October 18, 2012

TiPS MeMBeRi HuTaNG..


Andaikata ada insan ingin meminjam wang daripada anda... Apakah perkara yang perlu anda pertimbangkan?

Mendengar kisah-kisah kehidupan manusia, menyebabkan aku terfikir akan beberapa perkara:

1) Berilah jumlah pinjaman yang sesuai dengan kemampuan anda.. Makna kata, duit yang diberi pinjam tidak mengganggu perjalanan kehidupan anda..(kalau takde duit, cakap je takde.. sebagai contoh, tak perlu anda memberi terlebih dahulu duit yang anda simpan untuk ansuran bulanan kereta anda, dengan HARAPAN si peminjam akan membayar kembali dalam masa terdekat.. orang kata, mmg harapan tipis la..) (",) 

2) Jangan memberi pinjam dengan niat untuk menuntut kembali. (nak bayar, bayar.. tak nak bayar, aku halalkan.. cenggitu la lebih kurang)

3) Berilah pinjam dengan niat membantu dan semata-mata kerana Allah swt.. 

Anda rasa macamana? Ke ada perkara-perkara lain yang harus dipertimbangkan.. (",)

Friday, October 12, 2012

CaRa uNTuK BeRHeNTi MeRoKoK..


Seseorang bertanya, bagaimanakah cara yang paling mujarab untuk berhenti merokok??

Jawapannya ialah..

Bilamana hendak merokok, mulakanlah dengan Bismillah.. Dalamilah maksud kalimah tersebut, insyaAllah mudah-mudahan akan terbantutlah niat anda untuk merokok.. 

Senang bukan.. (",)

p/s: sekadar untuk melepaskan rindu menulis blog... almaklumlah, baru balik dari pertapaan.. (",)


Tuesday, August 7, 2012

NiKMaTNYa MiNuM KeTiKa SeDaNG BeRPuaSa..

Malam Sabtu itu, isteri Ramli kurang sihat dan Ramli sekadar berbuka ala kadar.. Pagi Sabtunya pula, Ramli bersahur juga ala kadar.. Seperti orang bujang sahaja rasanya.. Kata orang, hendak merasai bagaimanakah berbuka dan bersahurnya orang yang susah..  

Usai solat Subuh, Ramli mengemas rumah.. Mengemas dan terus mengemas seakan-seakan esok adalah hari raya... Selesai mengemas, Ramli terasa terlalu letih.. Tekaknya kering.. Mungkin terlalu bekerja keras ditambah lagi hanya berbuka dan bersahur dengan sesuatu yang ala kadar..

Ramli merebahkan sebentar badannya di atas tilam... 

Kemudian, Ramli menuju dapur.. Terus minum seteguk air.. Alahai, nikmatnya.. Baru satu teguk. tiba-tiba Ramli teringat bahawa dia sedang berpuasa... Terus Ramli batalkan niat untuk membuat tegukan yang berikutnya.. Dalam hati Ramli berkata, takpelah, terlupa.. Dimaafkan.. Untung jugak dapat minum seteguk.. Nikmat Allah.. (",)

Tapi kan.. Rupanya.... Ramli hanya bermimpi.. Ketika Ramli merebahkan badan itulah, Ramli bermimpi terminum air..  Ramli lihat jam, baru setengah jam dia tertidur.. Namun ajaibnya, badannya sudah kembali bertenaga.. Tekaknya sudah tidak kering.. Bolehlah dikatakan bahawa ia seperti mimpi yang telah menjadi kenyataan... Alhamdulillah.... (",)

---------------------------------

Teka-teki Ramadhan:

Usai Kuliah Subuh Ustaz Harun Din, pagi Ramadhan itu,   Mardhiah siswazah universiti yang sedang bercuti, menunggu ayahnya di kereta..

Mardhiah: Lamanya Mardhiah tunggu ayah.. Ayah buat apa..
Ayah Mardhiah: Ayah beratur untuk bersalaman dengan ustaz..
Mardhiah: Ye lah kan, ayah bolehlah pergi salam.. Mardhiah mana boleh bersalaman dengan ustaz tu..
Ayah Mardhiah: Haa, ayah ada teka-teki, apakah cara yang Mardhiah boleh lakukan, agar Mardhiah boleh bersalaman dengan ustaz tu???

p/s: ce jawab.. ce jawab.. (",) 

Tuesday, July 24, 2012

aPaBiLa MaSJiD KuRaNG MeSRa..

Di sebuah masjid, di bumi Malaysia..

Pakcik Ali yang baru berjinak-jinak ke masjid kelihatan mendatangi masjid dengan baju t-shirt biasa dan seluar slack tanpa mengenakan kopiah..

Pakcik Abu: Ali, cubalah datang masjid pakai baju melayu, pakai kain pelekat dengan kopiah, kan elok sikit..
Pakcik Ali: hmm....
(Beberapa hari kemudian, Pakcik Ali tidak lagi kelihatan datang ke masjid.. Sekarang, salah siapa??)

______________________________

Di sebuah surau, di tempat orang.. 

Ada sekumpulan belia.. Mereka selalu datang ke surau.. Tapi Ramli kesian.. Mereka tidak diberi peluang untuk menjadi bilal apatah lagi menjadi imam.. Walhal Ramli rasa, suara dan bacaan mereka lebih baik dan bertenaga.. 

Jika esok-esok, di surau pakcik, yang ada hanyalah golongan yang sebaya dengan pakcik, saya tahu mana silapnya.. 
______________________________

Johan membawa isteri dan anaknya bertarawikh di sebuah masjid, di dalam sebuah kampung.. 

Pakcik Man: Budak kecik tak boleh bawak datang masjid.. Budak-budak lelaki sekalipun, kalau tak sunat, jangan bawak datang masjid.. Nanti kalau dia kacau orang lain solat, sorang batal solat, satu saf boleh batal.. bla bla bla bla bla.....
Johan: (Senyap.. Mungkin itulah perbuatan yang paling hikmah yang Johan boleh buat.. Sebab jika Johan terus berkata-kata pada ketika itu, takut2 lain jadinya..)
Pakcik Man: Kamu dok kat lorong mana?
Johan: Kat lorong 3..
Pakcik Man: Rumah yang mana?
Johan: Saya menantu Ustaz Kassim.. 
Pakcik Man: (Terus diam..) 
Johan: (Beredar dengan sangkaan yang baik..)

Imam Syafie berkata:
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil itu tidak pernah faham landasan ilmu”. 

Sunday, July 15, 2012

Di HaRi LaHiRKu...

Hari itu hari Jumaat.. Hari ketiga aku demam.. Ketika yang lain sedang sibuk melakukan persiapan untuk kenduri doa selamat dan tahlil arwah bapa mertuaku, aku hanya mampu berbaring keseorangan di dalam bilik.. Kedengaran laptop dipasangkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.. "Wahh, sungguh menikam di kalbu.. Seperti berada di wad ICU," bisik hatiku.. 

Sejurus selepas itu, tidak semena-mena aku berasa sungguh tidak larat.. Dadaku sesak.. Ketika itu, aku tidak punya kudrat untuk memanggil sesiapa.. Mulalah aku terbayang, inilah saatnya aku akan pergi meninggalkan dunia ini.. Mungkinkah kenduri doa selamat dan tahlil arwah itu juga nanti adalah untukku?? Oh, tidak.. Aku masih muda.. Bagaimana dengan nasib isteriku nanti?? Tiba-tiba seakan ada suara berkata, "Kenapa perlu engkau risau tentang isterimu?? Isterimu seorang wanita yang sangat tabah dan berdikari..". "Betul jugak," kata hatiku..

Aku cuba mencari alasan lain....Bagaimana dengan anakku?? Dia kan masih kecil?? Tiba-tiba suara itu datang lagi sambil berkata, "Bukankah anakmu lebih berkelakuan baik bila bersama isterimu dan lebih banyak mengada-ngada bila bersamamu?" Arghh sudah... Aku sudah tidak punya alasan... 

Sebenarnya, terlalu banyak persoalan yang timbul selepas itu.. Namun, kesemuanya terjawab dengan baik sehingga aku benar-benar bersangka dunia bukan lagi tempat untukku...   

Aku hanya pasrah menantikan saat itu.. Andaikata aku punya masa untuk melakukan solat sunat untuk kali yang terakhir, aku sendiri tidak pasti samada aku mampu melakukannya atau tidak kerana aku tersangat-sangat tidak punya kudrat untuk bangun dan meminta pertolongan.. Seakan sukar untuk dipercaya, saat itu aku langsung tidak punya kudrat untuk mengangkat tanganku.. Mulutku seakan terkunci.. Dada dan kepalaku tersangat sakit.. Aku hanya bersangka, mungkin inilah kesakitan orang yang hampir kepada kematian.. Dan aku cuma berharap, moga dengan kesakitan itu, Allah swt mengampuni dosa-dosaku.. 

Aku pasrah dan terus pasrah.. Hampir setengah jam aku melalui saat itu.. 

Namun, sebaik sahaja isteriku menjengukku di bilik, tidak semena-mena kudrat dan tenagaku kembali pulih.. Aku sudah mampu berbicara.. Dan aku hanya mampu beristighfar berulang kali.. Rupa-rupanya, Allah swt sekadar memberikan aku sedikit kesempatan buat merasai saat itu..

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah.. Aku masih punya kesempatan dan waktu untuk beramal dan melakukan lebih persiapan untuk kehidupan akhirat yang pasti akan datang padaku... 

Dan nampaknya, aku juga masih diberi kesempatan untuk menulis di hari lahirku.. 

Tuesday, July 3, 2012

ReaLiTi KeHiDuPaN Di KuaLa LuMPuR..

Walaupun Ramli agak sibuk mempersiapkan diri untuk program bakat bolasepak"Misi Mencari Ramli", Ramli sempat juga mencuri sedikit masa untuk berborak-borak dengan kawan lamanya, Faris..  

Ramli: Faris, lama tak jumpa.. Ko dah kahwin ke?

Faris: Ishh, aku kalau kawin, mesti ajak ko punya..

Ramli: Apa yang ko tunggu lagi tu.. Hensem dah hensem dah, nak kata tak baik, lagi baik dari aku, nak kata tak bekerjaya, dah jadi pegawai kerajaan dah..

Faris: Disebabkan aku bercadang nak jadi suami, ayah, anak dan menantu yang baik, jadi aku mahukan isteri aku duduk kat rumah dan jalankan tugas yg baik sebagai seorang isteri dan ibu.. Aku cepat kesian kalau isteri aku bekerja.. Jadi bila aku buat kira-kira, masih tak cukup lagi pendapatan aku sebanyak RM2800.00 sebulan sebagai pegawai kerajaan yang hidup di Kuala Lumpur untuk memberikan kehidupan yang selesa kepada keluarga aku..

Ramli: Ko biar betul.. Takkan tak cukup kot.. Punya banyak gaji macam tu tak cukup lagi?

Faris: Kalau aku kerja kat kampung mungkin cukup, masalahnya sekarang aku kerja kat KL..  Aku dah kira-kira dah.. Memang tak cukup.. Aku pun pelik, kenapa tak cukup... Walhal dah kerja pegawai dah.. Orang lain, keje kerani je pun, boleh rileks je walaupun anak dah sampai 2-3 orang.. 

Ramli: Haa, itulah keajaiban perkahwinan.. Oklah, cuba ko buat kira-kira.. Tang mana yang tak cukupnya tu.. 

Faris: Meh bagi aku kertas dan pen.. Tolak tepi cerita kos sara hidup 5-10 tahun yang lepas.. Ini cerita tahun ni untuk golongan macam aku yang duduk kat kl ni..

Faris pun mula menconteng di atas lembaran kertas... Lebih kurang beginilah contengannya:

Gaji bulanan: RM 2800.00
Bagi kat mak ayah: -RM 300.00
Bayaran bulanan kereta (Proton Persona): -RM 700.00
Bayar bil: -RM 150.00
Perbelanjaan untuk minyak dan tol, untuk sebulan: -RM 250.00
Perbelanjaan dapur atau makan untuk sebulan: -RM 300.00
Bayaran balik pinjaman PTPTN: -RM 200.00
Kos sewa rumah jika hidup bujang di Kuala Lumpur: -RM 200.00
Simpanan tetap: -RM 200.00
Perbelanjaan pelbagai (bayaran zakat, dll): -RM 100.00
Maka, baki yang tinggal (simpanan utk kenduri kahwin): RM 400

Bila dah kawin (ada sorang anak):
Baki bawa ke depan: RM 400.00
Tambahan duit sewa rumah jika hidup berkeluarga, sebulan: -RM 600.00
Sebagai menantu yang baik, bagi kat makayah mertua: -RM 300.00
Kos perjalanan ulangalik balik kampung, kurang2 sebulan sekali: -RM 300.00
Kos untuk lampin pakai buang dan susu, sebulan: -RM 400.00
Perbelanjaan pelbagai (baju anak isteri  dan lain-lain): -RM 200.00
Nafkah kepada isteri aku: -RM 200.00
Maka, baki yang tinggal: -RM 1600.00

Faris: Jadi, sebab ni lah aku terpaksa tangguhkan dulu niat aku untuk berkahwin.. Takpe kan...
Ramli: Hurmm....

Tuesday, June 26, 2012

iKLaN JaWaTaN KoSoNG..

Mungkin semua sedia maklum, masalah pengangguran agak meruncing di negara kita.. Kadang-kadang kita rasa, punya susah-payah kita belajar dulu-dulu, ingat segala macam teori, guna kalkulator saintifik, buat persamaan itu dan ini, alih-alih berniaga pasar malam je..(yang selalunya hanya memerlukan kemahiran 3M.. tapi takpe, untungnya jauh lebih banyak dari kerja makan gaji)... Cuma, nak berniaga kat pasar malam pun, tak semua orang punya modal untuk memulakan perniagaan.. Masih ramai lagi yang menganggur.. 

Tapi takpe, sebagai mengubat kekecewaan, ni ada satu iklan jawatan kosong untuk semua..


Klik pada gambar untuk tumbesaran..

Sebelum terlupa.. Ustaz ada pesan: 
Agama tanpa mesyuarah itu, nafsu, 
Agama tanpa pengorbanan itu, palsu..

Sekian.. (",)

Friday, June 15, 2012

HuMaN RiGHT: iS iT aLRiGHT?

Bila bicara tentang 'Human Right' atau Hak Asasi Kemanusiaan..

Anita: Jom kita pergi solat jumaat, orang perempuan akan jadi imam, kita jadilah makmum..
Rosnah: Ish, pelik je.. Mana boleh perempuan jadi imam solat jumaat.. 
Anita: Jangan risau, inilah yang dikatakan 'human right'..

Anita: Jom kita ikut kempen tu... Perempuan mahu hak yang sama dengan lelaki.. Perempuan mahu hak untuk dibenarkan tidak berbaju ketika di tempat awam..
Rosnah: Ish, mana boleh.. Kena tangkap nanti..
Anita: Takpe, jangan risau.. Inilah 'human right' yang sedang diperjuangkan.. 

Cuba bayangkan kalau perkara ni berlaku di padang mahsyar: (bayangkan je.. bukan betul-betul)

Rosnah: Boleh ke kita masuk syurga.. Ke masuk neraka.. 
Anita: Jangan risau, mesti masuk syurga.. Kita boleh tuntut 'human right'.. 
Rosnah: Dah.. Dah.. Jangan nak 'human right' sangat.. Yang aku nampak, neraka adalah 'right place' untuk kita sekarang ni... 

Tak ke naya namanya tu.. hmmm..... (",)

p/s: 
-itu baru atas nama 'human right', kalau atas nama 'art', macam-macam lagi perkara pelik yang telah berlaku... aduyai.. 
-satu tugas yg berat kepada ibubapa untuk mendidik anak-anak kepada jalan agama dalam keadaan masyarakat terkesan dengan konsep 'dunia tanpa sempadan'... T_T.. seorang abang pernah bagitau, it's about quality, not quantity..
-di arab saudi, ada tuntutan agar wanita dibenarkan mengambil lesen memandu supaya akhirnya nanti bolehlah mereka memandu sendirian.. sukar sy menyokong mana-mana pihak kerana budaya di negara sana adalah berbeza sama sekali.. (orang kat sana kalau memandu, lain macam ganasnya.. diorang kalau kereta kemek2 pun, rileks je.. ) ermm... anda rasa macamana? (",)

Sunday, June 3, 2012

aNTaRa MiNaT DaN KeLuLuSaN..

Di sebuah kedai serbaneka 24 jam, di kaunter pembayaran:
Jurujual melayu: Abang beli arak ni untuk siapa?
Lelaki melayu: Untuk kawan..
Jurujual melayu: Kami tak jual kat orang Islam.. Kalau nak jugak, kena mintak kawan beli sendiri.. 

Arak ni hukumnya jelas.. Tiada tolak ansur.. Semestinya, jangankan tolong beli, tolong jual pun sebolehnya jangan.. 

Tapi apa2 pun, doakan yang terbaik.. Mungkin hari ini kita lihat seseorang jauh dari agama.. Satu hari tidak mustahil, orang tu jadi muslim yg hebat.. 

Aku pernah jumpa samseng sekolah yg dulunya digeruni rakan sebaya, hari ni dia lebih baik dari aku.. 
Aku pernah jumpa seorang maknyah yang dulunya hidup di lorong2 gelap, hari ini dia lebih baik dari aku..
_________________________________

Belasan tahun yang lalu, ada seorang budak lelaki menduduki peperiksaan UPSR.. 

Selepas UPSR, dia mendaftarkan diri di tingkatan satu.. Dia mendaftar di aliran biasa dan bukan di aliran agama.. Sesiapa yang mendaftar awal, dapatlah berada di aliran agama yang agak terhad.. Dia cuma menurut walaupun sedikit kecewa kerana tidak dapat belajar Bahasa Arab seperti rakan-rakannya di aliran agama..

Menelusuri menengah rendah, budak lelaki itu mula meminati subjek agama.. Subjek agama seakan mudah dihadam.. Subjek agama untuk PMR mencatatkan keputusan yang cemerlang.. Namun rupanya, dek kerana tidak mengambil subjek Bahasa Arab semasa PMR, dia tidak dapat berada di tingkatan 4  sekolah agama..

Subjek agama untuk SPM juga mencatatkan keputusan yang cemerlang.. Usai SPM, dia ingin meneruskan pengajian dalam bidang agama.. Namun, sekali lagi subjek Bahasa Arab menjadi asbab untuk budak lelaki itu tidak dapat berada dalam bidang agama semasa di menara gading.. Dia cuma mampu berada dalam bidang sains..

Mujur, dapat juga budak lelaki itu belajar Bahasa Arab sebagai bahasa ketiga di menara gading.. Namun ia juga belum mencukupi.. Dan kini, dia terus menghadapi kesukaran untuk menjelmakan minatnya itu kepada segulung kelulusan dalam bidang agama.. 

Dulu, budak lelaki itu agak ralat kerana ia seakan-akan bermula dari rentetan tidak mengambil subjek Bahasa Arab semasa di tingkatan 1 yang mana ketika itu dia hanyalah seorang budak mentah yang masih belum mampu menilai potensi dan kecenderungan diri..

Namun kini, budak lelaki itu menenangkan hatinya dengan berkata, pasti ada hikmah di sebalik perancangan Allah swt.. Wamakaru WamakarAllah wAllahu Khoirul Makirin...   

p/s:  Bila sudah ramai yang bertanya kenapa budak lelaki itu tidak mencuba program imam muda, dia hanya menjawab, dia cuma ada minat dalam agama, dan belajar agama secara tidak formal, tetapi bukanlah pelajar berkelulusan agama.. (",)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...